Koleksi Gambar Kemalangan Ngeri Di MITC Melaka

| comments

Satu kemalangan negeri telah berlaku di Simpang MITC pada petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang  yang melibatkan lori, kereta dan motosikal.  Seorang pemandu lori dan penunggang motosikal maut dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di Persimpangan Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), di Ayer Keroh.
Pemandu lori membawa muatan dedak, R Chandran, 46, dan penunggang motosikal, R Mukeudan @ Mukudan, 62, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Mayat Chandran tersepit dalam lori dipandunya yang remuk dan dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat tiga jam selepas kejadian manakala mayat Mukeudan tertimbus pasir di bawah sebuah lori lain.

Difahamkan, lori membawa muatan dedak dipandu Chandran dari arah Jasin ke Alor Gajah terbabas sebelum melanggar sembilan kenderaan lain membabitkan empat motosikal, tiga kereta iaitu masing-masing Perodua Kancil, Honda City, Proton Iswara dan lori muatan pasir serta lori tanpa muatan.

Selain dua mangsa yang maut, tiga lagi mangsa masing-masing dua penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta cedera.

 Sedikit gambar








Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Komen

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit