Memaparkan catatan dengan label A.Samad Said.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A.Samad Said.. Papar semua catatan

Pak Samad Ke Dang Wangi Jam 3 Petang.

| comments

Pak Samad akan ke Balai Polis Dang Wangi jam 3 Petang ini, setelah diminta oleh pihak polis untuk membantu siasatan berkenaan dakwaan melakukan kesalahan membaca sajak pada malam sambutan kemerdekaan 30 ogos lepas.

Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Barulah "tukanglawan" tahu membaca sajak itu satu kesalahan, mungkin gaknya kalau menyanyi , menari atau mengadakan persembahan K-pop barulah ia tidak menyalahi undang-undang.

Benarlah kata Pak Samad, puisi sebagai senjata, sehingga membaca puisi pun akan disiasat.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Umno Sedang diTransformasi jadi Kelab Samseng

| comments

NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Politik negara ini dah macam politik longkang, busuk, hanyir dan kotor, itu semua pembawakan dari dalaman umno itu sendiri.

Tak payahlah "tukanglawan" nak cerita tentang hal dalaman umno yang macam tong najis tu, didalam umno sendiri segala jenis kekotoran ada, rasuh, politik wang, salah guna kuasa, budaya samseng, ugut dan banyak lagi, yang kita semua dah lama tahu.

Budaya politik wang untuk kuasa itu sudah jadi darah daging umno, siapa banyak wang dia akan naik, siapa tak ada wang, tunggu saja pemilihan, wang ditabur macam kertas kosong, sumbernya dari mana agaknya?.

Jadi kerana politik wang itulah, pemimpin umno boleh kita kata tak tulin, jiwa mereka tidak untuk rakyat, tetapi kerana pelaburan besar yang mereka buat, mereka mahu pulangan juga yang besar-besar.

Skandal PKFZ, curi wang NFC, dan skandal komisyen kapal selam, itu tak pelik, sebenarnya banyak lagi penyelewengan berlagu untuk kaut "untung", sebab itulah harga barangan yang ditanderkan untuk banyak kementerian melonjak tinggi, menteri juga mahu kaut keuntungan dari pelaburan.

Kini setelah semuanya terbongkar, satu lagi budaya kotor umno mahu dibawa kepada masyarakat, jika tidak dibendung, kelak akan jadi kebiasaan, dan bila jadi kebiasaan, percayalah negara ini akan jadi huru hara.

Umno kebelakangan ini sudah merekrut remaja yang tiada hala tuju untuk jadi samseng jalanan.

Dengan upah RM10-RM20 remaja ini diajar untuk membelakangkan undang-undang, majlis ceramah pakatan rakyat diganggu. dari Johor ke P.Pinang, budaya ini sudah merebak.

Paling kini ialah di Kuala Lumpur, 2 orang telah cedera dibaling dengan bata, bukan batu biasa, tapi bata bikin rumah (Video disini)  juga dalam masa yang sama, ceramah bekas menteri Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Kuala Kangsar juga diganggu samseng.

Ini bukan kebetulan, ini gangguan dan provokasi yang dirancang. apa tujuannya, menakutkan atau sengaja menggali kubur sendiri.

Apakah budaya ini yang mahu diterapkan, tidakkah orang umno sendiri malu dengan apa yang terjadi, apakah orang umno sedang mendidik anak-anak mereka jadi gangster.

Umno sudah habis modal, ajak cerita isu rakyat kalah, Anwar cabar najib debat, tapi najib meniukus bawah ketiak masam rosmah. najib sudah kelihatan amat lemah sekali.

Jelas la, umno itu sudah lama rosak, dan dari sebuah parti politik, umno sekarang sedang ditransform jadi kelab samseng.

Selamatkan Malaysia sekarang, Umno harus ditumbangkan segera.



Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Pak Samad Adalah Sasterawan Rakyat

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Sekumpulan seniman bebas menyampaikan penghargaan kepada pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said atas pengorbanan yang ditunjukkan Sasterawan Negara itu dalam membela hak rakyat.

 Pemimpin utama Kumpulan Kartunis Independen, Zunar berkata anugerah Seniman Rakyat itu diberikan atas pengorbanan tenaga, minda, bakat dan titik peluh oleh A Samad.

"Hari ini kami, Kumpulan Kartunis Independen mengiktiraf seorang seniman, budayawan yang mengabdikan karya-karyanya demi membela rakyat, demi membuka mata rakyat dan sentiasa berjuang di garis depan membimbing rakyat.

"Beliau tidak mengharapkan darjat dan kebesaran malah sanggup menempuh rintangan biar berdepan dengan kekuasaan dan hujung senapang demi sebuah prinsip dan kehormatan sebagai manusia," katanya.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar ulHaque berkata tidak memadai sekiranya seorang seniman hanya berjaya menghasilkan karya seni demi keuntungan peribadi tetapi mengabaikan penderitaan rakyat di sekeliling.

Seniman seharusnya mengabdikan karya "untuk kepentingan rakyat terbanyak, membela rakyat tertindas dan perakam denyut nadi rakyat," katanya dalam ucapan di satu majlis KKI di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan BERSIH 3.0 untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dipimpin A Samad menarik kehadiran sehingga 100,000 orang pada 28 April lalu.

Dalam ucapannya selepas itu, A Samad turut memberikan semangat kepada kartunis dan seniman supaya terus memperjuangkan kebebasan dan menjaga hubungan dengan tuhan.

"Kalau ada halangan, rempuhlah kerana itulah maruah seorang seniman," katanya yang turut menceritakan pengalaman beliau mengadakan protes 'duduk bantah' di Kuala Lumpur.

Majlis ringkas itu turut diserikan dengan persembahan lagu Mentari Kuning, Menyalalah yang turut disertai Pak Samad dengan isterinya.





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Sambutan Ulangtahun ke-60 PAS.

| comments


KUALA LUMPUR, 29 Sept — Di sebalik siri cabaran dan kemajuan, PAS yang kini berusia 60 tahun akan berhimpun di Kepala Batas, Pulau Pinang hujung minggu ini - bukan sahaja untuk membuktikan ia sebuah yang konsisten dalam perjuangan tetapi menyuntik semangat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sabtu ini, PAS yang kini dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan meraikan sambutan enam dekad kewujudannya di Kepala Batas - tempat kelahiran parti Islam ini dan rakan komponen Pakatan Rakyat.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menjelaskan sambutan kali ini amat penting dan signifikan memandangkan ia diadakan dengan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Kata beliau, ia juga membuktikan PAS semakin matang dalam perjuangan serta berubah mengikut peredaran zaman tanpa menggadai dasar dan prinsip asas parti.

“Ia satu perkara yang amat besar, penting dan signifikan kerana 60 tahun ini melambangkan betapa matangnya umur perjuangan PAS di mana sejarahnya bermula di Pulau Pinang sendiri, jadi ia sangat signifikan apabila tahun ini kita menyambutnya di Pulau Pinang.

“Ia juga menandakan perjuangan PAS yang terus konsisten menegakkan cita-cita perjuangan dengan mengikut kesesuaian zaman, rakyat boleh melihat dalam tempoh ini PAS bukan sahaja sebagai parti pembangkang tetapi telah berjaya buktikan kejayaan di mana kita pernah bersama dengan parti-parti lain termasuk pemerintah semasa zaman kerajaan campuran dan begitu juga kita telah buktikan keupayaan mentadbir negeri seperti Kelantan,” katanya kepada The Malaysian Insider.




Menurut Mujahid, jika hendak dibandingkan dengan parti-parti lain yang kebanyakannya sudah tidak wujud lagi, PAS yang mempunyai keahlian seramai satu juta orang berjaya keluar dari kepompong dan terus wujud dengan melahirkan generasi-generasi pelapis.

“Jadi bermakna PAS telah menyampaikan satu mesej selama 60 tahun ini, PAS bukan sekadar parti yang hidup tetapi hidup untuk menyumbang kepada negara dan mengejar cita-cita berlandaskan prinsip Islam,” kata beliau.

“... dan kalau dibanding dengan parti politik lain yang sebahagiannya sudah pupus dan tidak wujud lagi tapi PAS walaupun tidak pernah menguasai negara tetapi selama 60 tahun ini telah berhempas pulas dalam suasana demokrasi yang agak tidak sempurna is tetap meneruskan hidup dan melahirkan generasi baru seperti saya yang meneruskan menyampaikan cita-cita pengasas atau pemimpin-pemimpin awal,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar memberitahu, PAS yang kini bersama Pakatan Rakyat akan meneruskan perjuangan terutamanya untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tentu dengan perayaan 60 tahun ini, kita harap ia akan memberi impak kepada petugas-petugas parti yang akan bermotivasi apabila mereka mengimbau sejarah lampau agar mereka dapat teruskan cita-cita PAS sejak ia ditubuhkan.

“Ia juga menandakan keupayaan PAS yang tidak boleh dipandang ringan oleh kawan dan lawan, jadi pada saya 60 tahun ini sangat signifikan yang mana kalau kita lihat PAS telah lakukan banyak perubahan dan penjelmaan lekuk ketiga yang memperlihatkan PAS berada di persada dan bukan sahaja orang Islam menyokong PAS tetapi orang bukan Islam juga bersama dengan PAS,” katanya.



Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menegaskan, sambutan 60 tahun akan menjadi satu anjakan dan lonjakan komitmen petugas dan pemimpin kepada parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Ia satu perhimpunan yang akan melonjakkan lagi komitmen PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang mungkin akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Sambutan ini sangat signifikan untuk seluruh ahli PAS untuk mengambil satu semangat daripada perhimpunan 60 tahun ini dan melihat keseluruhan latar belakang sejarah perjuangan PAS yang bermula sejak 1951 dan akan menyuntik semangat dan komitmen yang mana kami adalah generasi yang bertanggungjawab untuk melangsungkan kecemerlangan ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menjelaskan bahawa walaupun banyak perubahan telah berlaku, namun PAS tetap berpegang kepada prinsip perjuangan yang tidak akan digadai sama sekali.

“Ini penting terutamanya semasa kita sekarang mempunyai konsep negara berkebajikan dan kita harap perhimpunan ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk kita jadikan topik ini sebagai topik perbahasan dan agenda terpenting. Ini adalah penting untuk pimpinan semua peringkat, untuk kita satukan dan memperkukuhkan kembali fikrah dan terus melangkah ke hadapan menghadapi pelbagai cabaran.

“Kita perlu terus berdaya maju dan berdaya saing di samping menjadi parti yang benar-benar dapat keluar dari kongkongan bangkangan semata-mata tetapi sebagai sebuah parti yang dapat menyediakan pelbagai alternatif yang dapat kita tawarkan bagi menggantikan Umno-BN,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS dilihat mempunyai harapan cerah untuk menggantikan Umno seterusnya mentadbir negara bersama Pakatan Rakyat.

“Sambutan 60 tahun ini membuktikan PAS mempunyai dasar yang tepat dan teguh, tidak pernah berubah dasar walaupun tidak pernah memerintah negara tetapi kekuatan kita bertahan membuktikan PAS mempunyai masa depan cerah bersama Pakatan Rakyat.

“Dan, kita lihat dalam tempoh 60 tahun ini kita berjaya melebarkan sayap perjuangan parti dengan mengadakan kerjasama politik dengan DAP, PKR dan kita telah wujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mana kita mendapat sokongan yang baik di kalangan orang bukan Islam,” katanya.

Kata beliau, sambutan 60 tahun itu dianjurkan dengan tujuan untuk mengembalikan semangat perjuangan PAS kepada generasi baru terutamanya tentang pimpinan terdahulu yang telah banyak berkorban.

“Objektif himpunan ini adalah untuk kembalikan sejarah perjuangan PAS termasuk jatuh bangun PAS, pemimpin dan sejarah PAS selama 60 tahun ini yang mana kita fikir generasi baru patut didedahkan dengan sejarah lampau.

“Perhimpunan ini juga akan menjadi medan untuk membersihkan PAS dari tuduhan-tuduhan liar yang banyak menyerang kita selama ini,” katanya.

Sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13, Tuan Ibrahim menegaskan sambutan itu juga akan menjadi pemangkin membangkitkan semangat ahli untuk menghadapi BN.

“Melalui perhimpunan ini kita juga mahu mengembalikan semangat kekuatan pimpinan dan ahli dengan kita mengadakan satu munajat perdana pada malam 30 September yang akan dipimpin Mursyudil Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS di pekarangan Dewan Millenium, kemudian disusuli dengan forum sejarah perjuangan PAS.

“Pada 1 Oktober pula selain ucapan pimpinan tertinggi turut diadakan adalah pameran sejarah PAS, ekspo dan pada sebelah malam akan ada ceramah dari pimpinan Pakatan Rakyat,” katanya.

AAAA

Bersih 2.0 - A.Samad Said benci kerajaan Be_eNd

| comments

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

NONE"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

NONEMenghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.

Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.

Selipar, bukan sepatu Nike
Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangi gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis.

NONE"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.

Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepati Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu.

"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad.

Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.

"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga.

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi.


@TUKANGLAWAN Bangga dengan sasterawan ini, dia seorang sasterawan

"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Bersih 2.0 -Sajak pak samad untuk anda

| comments

 Khas untuk semua pejuang,, sebuah sajak khas buat semua pencinta demokrasi, dengarkan lah...
 Peludah Warna   << sila klik untuk dengar


Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

BERSIH 2.0 - Dedikasi Buat Pak Samad

| comments



"Sasterawan negara kecil tubuhnya"

Seorang Sasterawan negara, kecil tubuhnya
Dalam riak wajah manisnya tiada siapa jangka
ia akan menggoyang politikus negara

Seorang Sasterawan negara, kecil tubuhnya
tak guna apa walau selaras senjata
seorang sasterawan negara, kecil tubuhnya
cuma guna sebatang pena.

Politikus jadi serba tak kena
terganggu tidur lenanya dalam istana dihias indah dengan delima,
politikus negara meracau hidupnya tersekat nafasnya
mengenang ......
seorang sasterawan negara, kecil tubuhnya

Sasterawan negara, kecil tubuhnya
mampu mengganggu senyum politikus negara
sasterawan negara, kecil tubuhnya
namun besar jasanya ..
lebih besar dari jasa politikus negara.
Sasterawan negara, kecil tubuhnya
tidak gentar dan takut pada politikus negara
kerana sayang dia pada bangsanya, 
kerana sayang dia pada bahasanya
dan
kerana sayang dia pada negaranya



Sasterawan negara, kecil tubuhnya
boleh saja hidup bahagia dan penuh harta,
tapi untuk apa?
dan untuk siapa?
kerana sasterawan kecil tubuhnya lebih cintakan negara dan rakyatnya


Sasterawan negara, kecil tubuhnya
tidak gentar walau digertak seteru
Sasterawan negara, kecil tubuhnya
mungkin tertanya, adakah anda juga akan turut serta,
mencari sebuah malaysia yang lebih sempurna....
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit