BR1M, Usaha Untuk Terus Menipu.

| comments

BR1M, terpulang pada anda nak anggap apa, bagi "tukanglawan" ia masih gula-gula pilihanraya, bahasa yang agak keras senang sebut ialah "merasuah agar pengundi kelak akan mengundi lagi Barisan Nasional" dan terus diperbodohkan selepas itu.

Masih tegas dengan pendirian, bila orang tanya pada "tukanglawan" berkenaan BR1M ( Bagi Rasuah 1 Malaysia) itu, akan "tukanglawan katakan 

"ambik saja, itu hak anda, kerajaan BN hanya beri 50 tahun sekali, tak salah ambil, cuma jangan tertipu lagi, undi anda hak anda, janagn tergadai hidup hanya kerana RM500 itu"

Sebenarnya pemberian RM500 itu "hutang" yang anda sendiri akan tanggung, wang yang diberikan itu bukan dari simpanan negara, bukan lebihan dari hasil pendapatan negara, ianya adalah dari pinjaman kepada kerajaan,  jadi sudah pasti sesuatu yang dipinjam itu akan menjadi hutang, mana mungkin kerajaan mampu beri wang sebanyak itu kepada ramai orang,  sedangkan belanjawan 2012 yang dibentangkan di parlimen oleh Najib ialah "Belanjawan Defisit"

Baca fakta dibawah

Belanjawan defisit / kurangan bermaksud perbelanjaan kerajaan lebih besar drpd hasilnya.

Jadi bila kerajaan mengalami defisit dlm hasil belanjawan, Bank Negara Malaysia menyediakan pendahuluan sementara kpd kerajaan.

Sekarang apakah kita sudah faham maksud defisit itu?, benar, ia adalah wang yang dipinjamkan untuk terus bertahan.

Baca contoh ayat dibawah.

"Meetwork" milik suami sharizat mengalami defisit dalam perniagaan restoran mewah disingapura, jadi dana NFC yang sepatutnya digunakan untuk ternak lembu telah "dipinjamkan" untuk membantu "meetwork" untuk terus bertahan"

"tukanglawan" bukanlah bijak bila bicara perihal ekonomi ini, namun untuk mudah anda faham ialah wang yang diberikan itu akhirnya menjadi hutang yang terpaksa ditanggung anda sendiri, mengapa?

Wang yang diberikan itu adalah diberi pinjam dari satu sumber, jadi kerajaan pasti harus membayar balik, tapi bagaimana, ekonomi negara tidak seindah yang digambarkan, Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun itu menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion.

Jadi jika Barisan Nasional menang dan masih berkuasa selepas PRU13 nanti, cuba bayangkan bagaimana wang yang dipinjamkan itu akan dibayar balik oleh kerajaan UmnoApco?. apakah mereka akan menaikkan lagi harga barang?, atau mengenakan GST ( cukai barang dan perkhidmatan), naik harga minyak?, atau naikkan tarif elektrik dan air?, 

Apakah mereka yang tidak menerima BR1M juga turut akan terbeban, sedangkan mereka hanya mampu mendengar cerita orang dapat RM500 saja?, apakah itu adil?

Selama lebih 50 tahun kita ditipu hidup-hidup oleh kerajaan sedia ada. sudah cukuplah itu, walaupun najib sibuk meminta maaf atas kesilapan umnoapco BN, tiada lagi peluang kedua buat mereka, pembelit akan tetap pembelit, 

Kta berhak mendapat kehidupan lebih baik, bukan diperbodohkan kononnya negara ini maju oleh kerana usaha mereka,mereka tidak berjasa apa pun, tanggungjawab kerajaan untuk beri keselesan pada rakyat, Selesa sangatkah anda?

Mungkin jika orang lain mentadbir, negara ini akan lebih maju, Selangor dibawah pakatan rakyat adalah contoh terbaik bagaimana pendapatan diuruskan, 
 
BR1M, Rasuah yang diberikan supaya rakyat tertipu lagi. apakah nilai anda untuk 50 tahun malaysia merdeka hanya RM500, padahal " dalam tempoh tidak sampai 5 tahun, nilai air 20 liter padu yang diberikan oleh kerajaan selangor bagi setiap rumah lebih  dari RM500."



Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit