Imam Houlan Ikon Reformasi Badan Kehakiman

| comments

Malaysia tiba-tiba digempar apabila seorang ustaz dengan beraninya telah membaling sepasang sepatu  kepada tiga orang panel hakim, Tan Sri Dato' Zulkifli Ahmad Makinuddin, Dato' Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari. Perbuatan ini telah menceritakan betapa rendahnya keadilan yang diberikan oleh institusi mahkamah tertinggi dalam negara yang seharusnya dihormati seluruh rakyat.

Perilaku Imam Houlan ini adalah satu penghinaan kepada badan kehakiman negara. Persoalan yang utamanya ialah kredibiliti dan imuniti institusi kehakiman yang sudah tidak muncul  penghormatannya dari kalangan rakyat. Mengapa ini berlaku?? adakah ini salah satu pentunjuk rakyat Malaysia sudah hilang sabar dengan badan tersebut. Cukup Menyedihkan.

Mungkin Imam Houslan tidak mempunyai kuasa veto, tetapi saya percaya beliau akan menjadi satu ikon kepada reformasi terhadap badan kehakiman negara. Ini berlaku apabila keputusan yang diberikan oleh ketiga-tiga hakim kurang memuaskan. Kejadian ini harus menyedarkan hakim-hakim untuk menjalan tugas berasaskan intergriti. Seharusnya tugas badan kehakiman menjaga dan memelihara hak-hak rakyat bukannya terpengaruh dengan ideologi-ideologi mana-mana parti politik.

Ayuh sebagai rakyat yang prihatin dan sayang akan negara, bangkit bersatu suara untuk menuntut agar Badan Kehakiman dilakukan satu reformasi untuk menjamin keadilan terus menyuburi negara yang kita cintai, yang bebas dari unsur-unsur politik.

INI HARUS JELAS






Kolumnis: Mulut Kecoh
 
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit