Wah, NFC Memang Kaya

| comments

Ini memang gila, rasanya syarikat penternakan di malayasia ni, NFC la syarikat paling berjaya, walaupun tak berjaya mencapai sasaran jumlah lembu yang harus diternak, tapi jangan sesekali nafikan NFC ini cukup berjaya.

Mana tidaknya, NFC la satu-satunya Syarikat peternakan lembu yang berjaya menternak lembu di dalam kondo mewah, setakat yang diketahui hari ini, 5 buah kondo mewah telah dibeli untuk meternak lembu didalamnya.

Selain itu Lembu-lembu mewah ini juga telah "dianugerahkan" 2 bidang tanah Lot diputrajaya, istimewa lebih lagi bila tanah itu hanya bersebelahan dengan kediaman rasmi perdana Menteri, mungkin rumput disana lebih enak agaknya atau mungkin perdana menteri suka melihat lembu, terutama yang gemok, atas sebab itulah NFC membeli 2 bidang tanah di presient 10 putrajaya itu. hebat sekali NFC, jauh sekali perancangan perniagaan mereka.

Maju dan kayanya NFC ini bila rasanya NFC la syarikat peternakan yang mula-mula "mengangkut" lembu kesana kesini dengan kereta mewah jenama Mercedes, malah lembu-lembu itu juga dibawa melancong keluar negara, hebat dan kaya NFCV ini.

Terbaru selepas NFC mahu bina empayar Farmhouse "Supermarket" di singapura tidak terhenti setakat itu sahaja rupanya.

Diam-diam Syarikat milik keluarga Menteri pembangunan wanita dan masyarakat itu juga rupanya telah diam-diam beli lapan unit hartanah mewah di KL Eco City, Bangsar

Kayakan NFc, tapi masih dapat dana dari kerajaan umno, kenapa?

Mungkin sebab sharizat itu menteri, nanti "tukanglawan" ulas la isu pembelian 8 unit kedai tu

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit