Kanak-Kanak maut dilangar Van sekolah dinaikinya

| comments

Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dikatakan telah dilanggar oleh sebuah bas sekolah yang dinaikinya ketika cuba melintasi bahagian hadapan kenderaan berkenaan, dalam kejadian yang berlaku di Batu 3 Sapagaya, Jalan Silam, Lahad Datu baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Aymie Ameera Husaeni, berumur 4 tahun, mendapat kecederaan parah di bahagian kepala dikatakan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Daerah Lahad Datu.

Ketua Balai Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat, berkata siasatan  pihaknya mendapati kemalangan itu berpunca ketika mangsa yang baru sahaja selesai dari sesi persekolahan di sekolah Tabika Taman Aman Jaya, seperti biasa telah menaiki bas sewanya untuk pulang ke rumah.

Sebaik sahaja tiba di hadapan rumahnya mangsa dikatakan bersama beberapa kanak-kanak lain telah menuruni bas terbabit dan kemudian mangsa dikatakan telah bertindak untuk melintasi bas berkenaan melalui bahagian hadapan lalu terjatuh, sebelum terlanggar oleh pemandu bas yang merupakan seorang perempuan berumur 46 tahun, yang bergerak secara perlahan tanpa menyedari kehadiran mangsa di situ,” katanya.

Shamsudin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya telah pun mengambil keterangan lanjut daripada pemandu bas sekolah berkenaan bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit