Banjir Di KL, Azmin Naik Motor

| comments

Hujan tak berenti sejak malam tadi, sehingga waktu ini, awan masih lagi mendung.

Keadaan itu membuatkan kuala Lumpur dan banyak lagi kawasan di lembah kelang, mengalami banjir kilat, Pemimpin-pemimpin dari pakatan rakyat telah secara segera menunaikan tanggunjawab mereka sebagai Ahli Perlimen.

Malah, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa membonceng motosikal untuk menziarahi keluarga mangsa banjir di beberapa kawasan banjir, baik di taman perumahan mahupun kawasan kampung.

"Membonceng motosikal untuk menziarahi mangsa banjir lumpur di Jalan Pinang dan Jalan Kempas, Kampung Melayu Ampang akibat hujan lebat," tulisnya di laman Twitternya


Sementara itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula menziarah  mangsa banjir lumpur Ampang di Lembah Jaya Utara dan sempat beramah mesra dengan mereka.

"Alhamdulillah, selesai lawatan. Mangsa-mangsa banjir menunjukkan kesabaran dan iman yang tinggi. Semoga diberi pahala dan diganti dengan yang lebih baik. Amin"

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar pula merancang untuk menziarahi mangsa banjir di Kampung Pasir selepas menerima maklumat pada tengah malam.

"Banjir kilat di Kampung Pasir, kebanyakan rumah penduduk dimasuki air. Saya akan lawat esok, Insya-Allah," tulis Ahli Parlimen Lembah Pantai itu melalui twitter.
.

Masalah itu sudah menghantui penduduk ibu negara sejak sekian lama tanpa sebarang penyelesaian konkrit dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), bila tiap kali berlaku Hujan lebat yang panjang, pasti Kuala Lumpur akan banjir, mungkin kerana perancangan bandar yang tidak sempurna dari dulu.







Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit