Memaparkan catatan dengan label Wan Azizah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wan Azizah. Papar semua catatan

Koleksi Gambar Jelajah Merdeka Rakyat Selangor Semalam.

| comments

"tukanglawan" kongsikan beberapa keping gambar program Jelajah Merdeka Rakyat Selangor Semalam.

Antara pemimpin yang sama turut serta dalam program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Ke Selangor ialah Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali & beberapa orang pemimpin lain.

Bermula seawal jam
  9.30 pagi – program itu bermula di Pekan Sungai Besi sebelum ke Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang, Sungai Besar , Sabak Bernam sebelum ke Felda Sungai Tengi Selatan.

Program diteruksan dengan jelajah ke Hulu Selangor, tazkirah dan solat berjamaah di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum ke Pekan Rasa dan seterusnya ke Pusat bandar Baru Batang kali, Hulu Selangor untuk Ceramah Perdana.
 
 
 
 
 
 
 
 
 




 
 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Perutusan Eiduladha Daripada Kak Wan.

| comments

“Memaknai Pengorbanan demi Keadilan”

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd. Selawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Eidul Adha kepada seluruh warga Muslim di Malaysia. Marilah kita bersama-sama doakan kesejahteraan mereka yang sekarang ini sedang melakukan ibadah di Padang Arafah supaya memperoleh haji yang mabrur dan diberkati. Semoga selamat dalam urusan harian di sana dan selamat kembali ke tanahair, Insya Allah.

Eiduladha juga sering disebut sebagai hari raya haji atau hari raya korban. Apakah yang boleh dimaksudkan dengan pengorbanan. Ianya adalah satu proses kesetiaan, ketaatan dan keikhlasan. 

Lihatlah bagaimana ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang redha menerima perintah Tuhan untuk mengorbankan putera baginda Ismail a.s. Namun, ketaatan yang wujud dalam diri Ibrahim a.s itu sangat mengujakan sehinggakan Ismail.a.s juga redha dengan ketentuan yang telah diperintahkan.

Begitulah, kisah ini terkait dalam kehidupan hari ini bahawa pengorbanan adalah ketaatan dan kesetiaan dalam perjuangan yang meletakkan Islam itu dikedudukan yang tinggi.

Islam juga menggalakkan umatnya yang berharta dan mampu untuk mengorbankan sedikit daripada haknya itu untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. 

Janganlah kita lupa akan saudara kita yang menderita dengan tekanan hidup akibat krisis dan perbalahan seperti di Syria, Rohingya, Afghanistan dan serata dunia. 

Kerana bukan korbannya tidak diterima tetapi keikhlasan itu adalah lebih utama seperti kisah Qabil dan Habil yang tercatat dalam Surah Al-Maidah ayat ke 27
Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa

Juga di Malaysia yang terus terbeban dengan ekonomi dan kuasa membeli yang semakin rendah, anak muda yang terkesan dengan bebanan hutang belajar, graduan yang sukar mendapat kerja dan aktiviti jenayah dan moral yang semakin membimbangkan.

Jelas sekali, bahawa Islam itu mendidik umatnya agar sentiasa bersatu dan bersedia untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan agar isu yang berbangkit seperti memperlekehkan hak dan hukum Islam di Malaysia tidak akan berulang dan seterusnya Islam dapat dipertahankan. 

Oleh yang demikian Islam akan sentiasa dimartabatkan dan terus dihormati oleh semua kaum. Maka dikesempatan ini, masih ada peluang untuk kita terus memupuk masyarakat yang penyayang dan saling bantu membantu antara satu sama lain tanpa mengira latarbelakang bangsa dan ideologi politik.

Dalam konteks Malaysia, harus kita lihat pengorbanan itu dari sudut kesedian untuk istiqomah, ikhlas dan memegang amanah untuk memerangi salahgunakuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan. 

Tanggungjawab ini melibatkan pelbagai sektor, dari segi pendidikan, ekonomi, pekerjaan, sosial dan agama serta adat kepercayaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan negeri menjayakan apa yang telah mereka perjelaskan demi kesejahteraan hidup walaupun ada perbedaan kepentingan politik, agama dan bangsa.

Semoga kita semua dapat menghayati apa yang telah Rasulullah S.A.W nyataka semasa menyampaikan khutbah di Hujjatul Wida’ (Haji Perpisahan)

Sesiapa yang telah diamanahkan, maka tunaikanlah amanah itu kepada yang berhak menerimanya..

Justeru, ayuhlah rakyat Malaysia khususnya dan yang Muslim khasnya, kita bersatu dan mengenepikan apa jua perbedaan dan fahaman politik antara kita. 

Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan bersyukur agar kita dapat terus mengangkat agama dan dalam masa yang sama kita memelihara hubungan yang rapat dengan kaum-kaum lain.

Selamat menyambut Eidul Adha 1433H
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lihat Video Ini, Kak Wan Tak Langsung Kekok Memasak.

| comments

Sudah pasti untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, tulangbelakangnya juga perlulah seorang isteri yang baik. 

Sudah tentu dalam keadaan paling kritikal isterilah orang paling rapat untuk memberi sokongan dan nasihat. bayangkan jika isteri seorang pemimpin itu lebih gemar menyanyi, menari dan shooping sakan, kita sudah pasti dapat nilai tahap kepimpinan suaminya bagaimana.

Lihat video dibawah, dirakamkan, ketika Datuk Seri Wan Azizah, isteri kepada mantan Timbalan Perdana menteri yang merupakan ketua pembangkang Parlimen Malaysia sekarang,  Datuk Seri Anwar ketika berada didapur.




Sikit pun tidak nampak kekok atau dibuat-buat, persoalannya, apakah isteri pemimpin seorang lagi juga begitu, atau tahu makan saja?. kah..kah..kah.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden KEADILAN

| comments


Di kesempatan ini saya mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina – Gong Xi Fa Cai kepada seluruh bangsa Tiong Hua di Malaysia. Juga kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menghormati sambutan tahun baru ini.

Mengikut kalendar kepercayaan kaum Cina, tahun ini adalah tahun Naga. Tahun yang akan dipenuhi dengan semangat kekuatan, kesihatan serta membawa nasib yang baik. Kita rasa beruntung dengan keharmonian diantara kaum yang telah dipupuk sekian lama. Inilah semangat perpaduan dan hormat menghormati yang perlu kita semua pertahankan.

Walaupun ada pihak yang terus menyebarkan fitnah dan mangadu dombakan di antara kaum, namun KEADILAN tetap yakin.bahawa rakyat kini sudah matang dan bersedia untuk hidup secara harmoni tanpa membedakan kepercayaan dan budaya itu satu penghalang kepada keadilan serta hak.

Isu-isu penyelewangan dan salah guna kuasa sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Pendedahan terus dibongkar agar rakyat dapat memahami bagaimana pentadbiran negara yang diuruskan itu menyebabkan merundumnya ekonomi negara. 

Malah rakyat dikaburi dengan berita yang kononnya negara berada dilandasan yang selamat. Hakikatnya, lihatlah sahaja harga barang-barang keperluan yang tidak terkawal. Kebebasan rakyat juga disekat. Pandangan rakyat tidak diambil peduli. Generasi kini terus ditekan demi mempertahankan golongan elit yang tamakkan kuasa.

Oleh itu, adalah menjadi kewajiban kita semua sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan keadilan untuk terus konsisten dalam agenda membersihkan Malaysia dari gejala-gejala yang mencemarkan negara. KEADILAN menyeru kepada semua golongan, tidak kira di kampong atau pun kota, anak muda dan juga mahasiswa, professional dan kakitangan awam, inilah masanya untuk kita sepakat membina kebangkitan bangsa berteraskan maruah, keadilan, penghormatan dan persaudaraan.

Selamat Tahun Baru Cina,
Gong Xi Fa Cai
Dr Wan Azizah Wan Ismail

901 Ucapan Kak Wan

| comments


Semalam , tanggal 9 Januari 2012 adalah suatu detik sejarah baru untuk Malaysia. Suatu peristiwa yang pastinya menggamit jutaan memori perjuangan rakyat yang berlanjutan hampir 14 tahun lamanya.

Seawal pagi lagi, ribuan pendokong dan penyokong keadilan sudah berada di perkarangan letak kereta di Mahkamah Tinggi Jalan Duta menanti kehadiraan Anwar dan saya serta keluarga.

Ini sungguh memberikan semangat dan kekuatan kepada kami sekeluarga untuk mendepani dengan apa jua keputusan hakim mengenai kes fitnah 2 ini yang berlarutan.

Alhamdulillah, dengan berkat doa, usaha dan tawakkal selama ini, mahkamah telah memutuskan bahawa Anwar dibebaskan dari segala pertuduhan yang difitnah kepada beliau.

Tatkala ini, adalah satu saat dan memori yang paling indah bagi keluarga kami. Segala syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T.

Justeru, saya dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga selama ini dengan sokongan dan kesabaran yang menambahkan semangan perjuangan kami untuk membela kebenaran Anwar.

Segala pengorbanan rakyat selama ini, didoakan agar menjadi saksi perjuangan menentang kezaliman, kerana Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Jihad yang paling utama adalah kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim.” (HR Ahmad)

Maka, jelaslah sekarang kebenaran itu adalah hak bagi kita semua yang dizalimi. Insya Allah, kebangkitan rakyat khususnya golongan muda akan menggerakkan zaman demi kesuburan demokrasi.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit