Memaparkan catatan dengan label Pekerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pekerja. Papar semua catatan

Menteri pijak Pekerja

| comments

Sekadar gambar hiasan, jangan sampai anda dipijak


Ini memang betul-betul panas, kalau anda sebagai pekerja dalam apa sektor sekali pun tak rasa apa-apa memang anda nei kaki jilat, tak pun bodoh macam "lembu sharizat", ini satu keadaan paling kritikal buat para pekerja.

Apakah anda masih mahu duduk diam sambil tersenyum, bersetuju dengan pindaan Akta pekerja 1955 yang akhirnya membawa kecelakaan kepada semua kaum pekerja ?, jika lulus nanti pindaan ini hanya akan membebankan dan langsung tidak memberi kelebihan kepada para pekerja.

Jika diluluskan nanti tidak ubahlah para pekerja seperti buruh kontrak dari negara asing, contoh paling ringkas dan mudah, sama saja pekerja nanti seperti Amah atau " orang gaji indon" mengapa jadi begitu?

Manakan tidak, jika amah indonesia mahu berkerja, ia harus melalui agensi pembantu rumah, jika akta pekerja 1955 dipinda, para pekerja akan mengalami nasib sama, jika mahu bekerja perlu melalui agensi pembekal tenaga kerja.

Apalah nanti nasib suami anda, anak-anak anda atau juga bapa anda.. hak mereka dinafikan, tiada kemudahan dan tiada keistimewaan, mereka akan diikat seperti "lembu Shahrizat"

Jika anda tidak mahu ini semua terjadi.. bangkitlah wahai pekerja semua, jangan biar anda dipijak -pijak oleh pemimpin gila dan tamak kuasa,

MTUC Selangor Wilayah Persekutuan dalam mesyuaratnya telah memutuskan untuk menentang sekerasnya cubaan meminda akta ini, mereka akan adakah perhimpunan secara besar besaran, pekerja nadi utama negara ini, bangunlah semua jangan tidur lagi...

Tidak cukupkah pemimpin rakus gila itu cuba menutup mulut dan suara rakyat dengan akta baru, kini kaum pekerja mahu dijadikan "lembu sharizat" pula. apakah anda mahu berdiam diri.....dicucuk hidung tak melawan?

Ohh tidak mungkin, anda sudah matang.. anda akan bangun..... lawan tetap lawan



PERHIMPUNAN MTUC BERSAMA PEKERJA - MEMBANTAH PINDAAN AKTA KERJA 1955

Tarikh 2 Dicember 2011, Masa 5.00pm-7.00pm,
Lokasi-Dewan Seksyen 19, Shah Alam, Selangor
*Program perhimpunan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Am pada 20/11/2011



Sayangi dan lindungi hak pekerja, mari bincang disini

Piket Pekerja

| comments

Sedang panas dilaman sosial facebook, akan ada piket pekerja seluruh negara hari ini membantah pindaan akta pekerja 1955.

Kegusaran timbul apabila sidang parliment mengusulkan pindaaan akta pekerja 1955, dan khabarnya disokong oleh menteri umnoapco barisan nasional.

Kenapa MTUC ( Kongres Kesatuan  Pekerja Malaysia) begitu keras membantah pindaan ini, dan apakah kesan langsung yang bakal dialami pekerja jika akta ini dipinda?

Mudah sekali jawapannya, MTUC sudah pasti mahu melindungi hak- hak dan kepentingan pekerja, jadi mereka mambantah pindaan itu kerana sudah pasti kesan buruk akan dialami pekerja seluruh malaysia jika pindaan itu diluluskan.

ok begini secara mudahnya.

Syarikat besar selepas akta itu diluluskan akan mengambil pekerja-pekerja kontrak sahaja.jadi anda tidak dapat bonus, elaun, cuti sakit , cuti tahunan dan banyak lagi inisetif akan dilupuskan.
mengapa itu terjadi?

Kerana anda hanya seorang pekerja kontrak.. jadi anda tidak layak mendapat apa-apa imbuhan dan keistimewaan sebagaimana pekerja tetap sekarang.

anda juga tidak dapat membeli kediaman dan kereta, kerana anda bukan pekerja tetap.

selepas akta itu dipinda..
taraf anda sama seperti seorang mat bangla.itu sahaja.

Jadi.. adakah anda akan turun piket pada petang ini nanti?.. tepuk dada.. anggung kepala...



Opsss.. masih belum habis, persoalannya, siapa yang bakal dilantik menjadi kontraktor pembekal tenaga kerja itu?.. mungkinkah kroni

Jika kerajaan sekarang sanggup meniaga dengan rakyat, memang sudah haruslah kerajaaan itu ditukar dengan kerajaan yang lebih baik.

Kerajaan Negeri Pakatan umumkan bonus raya

| comments



Melalui laman Tweeter nya, Menteri Besar Selangor memanggil sidang media untuk mengumumkan pemberian duit raya kepada semua penjawat awam gred 54  ke bawah sebanyak RM500 menjelang raya ini, ini sebagai bantuan kakitangan kerajaan selangor supaya tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan yang dinaikkan sesuka hati kesan dari salah percaturan kerajaan BN menaikkan harga gula, minyak dan tarif elektrik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bonus tersebut diberikan supaya tidak ada diskriminasi terhadap kakitangan kerajaan negeri dan kewangan Selangor mengizinkan pemberian tersebut.


"Sebelum ini kita telah umumkan mahu beri pemberian bonus sebanyak RM500 kepada semua kakitangan kerajaan negeri.tetapi selepas kerajaan pusat umumkan pemberian bonus setengah bulan gaji maka kita ikut kriteria tersebut. Kita tidak mahu ada diskriminasi dan kerajaan negeri mampu dari segi kewangan," katanya


Kerajaan Selangor mengumumkan sekali bayar iaitu menjelang Jumaat , manakala kerajaan Pulau Pinang dalam bentuk 2 kali sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan pusat.Kerajaan Pusat dikritik sesetengah kakitangan terutamanya yang memegang jawatan diperingkat pengurusan dan profesional yang tidak merasai "duit Raya" tersebut.

Kerajaan Selangor membelanjakan sekitar RM 4.38 juta kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai bonus khas,manakala kerajaan negeri Pulau Pinang pula membelanjakan sebanyak RM1,649,500.00.

Selain dari kerajaan negeri Selangor, kerajaan Pulau Pinang dibawah PakatanRakyat juga mengumumkan perkara yang sama buat kakitangan yang bekerja dibawah agensi kerajaan masing-masing agar dapat meyambut hari raya dengan gembira.



Baru-baru ini kerajaan Pusat memberikan hadiah khas kepada kakitangan awam dimana ianya dibayar sebanyak 2 kali iaitu sebelum hari raya dan pada bulan Disember, ini bermakna kakitangan kerajaan hanya mendapat RM250 untuk perbelanjaan hari raya, manakala RM250 lagi sebagai bonus tahunan.


Sementara itu seramai 5,300 kakitangan kerajaan negeri Kedah kumpulan sokongan akan menerima 'duit raya' sebanyak RM500 yang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing esok...


Manakala kerajaan Kelantan juga di jangka akan menurut langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain .

Pemberian bonus raya  ini adalah bukti kerajaan Pakatan Rakyat perihatin kepada kakitangan yang berkhidmat dibawah kepimpinan mereka dan ia juga membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan tetap memberi bonus kepada kakitangan kerajaan seperti yang pernah dijanjikan oleh Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (baca sini)




@TUKANGLAWAN Fikir, bila sektor swasta mahu ikut jejak kerajaan negeri pula.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka


Contoh kegagalan dasar penswastaan oleh be-eNd

| comments


Tindakan pihak pengurusan Dawama Sdn Bhd yang memberikan Notis Cuti Tidak Bergaji (Unpaid Leave) tanpa merujuk kepada Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Dawana adalah suatu yang amat tidak professional.

380 orang pekerja Dawama Sdn Bhd yang merupakan syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah keluaran dewan bahasa dan pustaka (DBP) itu kini terpaksa hidup dalam keadaan yang sukar selepas syarikat itu mengeluarkan notis cuti tanpa gaji, yang juga tidak menetapkan tempoh sehingga bila berkuatkuasa.,

Walau bagaimanapun Kementerian Pelajaran  menegaskan kerajaan membayar  wang jutaan ringgit kepada syarikat itu tanpa sebarang bayaran tertunggak.

“Pengurusan syarikat yang sepatutnya dipecat bukannya para pekerja. Ketika umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa, tindakan ini zalim dan tidak bertanggungjawab.Inilah akibat dasar penswstaan yang tidak mematuhi prinsip. Ia sepatutnya membela kebajikan pekerja, tetapi sebaliknya hanya mengkayakan kroni,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali..

Malah Dawama Sdn Bhd juga dilaporkan masih belum membawar gaji bulan Julai.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja Dawama, Zainal Awit mendakwa mereka diberikan surat cuti tanpa gaji pada 29 Julai 2011 tanpa sebarang rundingan.

“Dawama memberikan alasan tidak mampu lagi menjalankan operasi. Persoalannya bukankah syarikat ini mendapat tender terus dari kerajaan untuk mencetak buku-buku teks? Bagaimana boleh muflis dan tak mampu bayar gaji pekerja?” soal Zainal.

Beliau menambah, Dawama tidak memasukkan caruman potongan gaji pekerja untuk SOCSO, EPF, potongan zakat dan pinjaman perumahan.

“Kemana perginya wang itu? Ini telah pecah amanah,” kata Zainal dengan nada kesal.





Tambah mengecewakan, 4 memorandum dan rayuan yang dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak 4 kali pada 17 Februari, 6 Julai, 27 Julai dan 30 Julai gagal mendapat jawapan.

Sementara itu mewakili 80 pekerja-pekerja wanita Dawama yang teraniaya, YB Hajah Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Wanita Parti KEADILAN yang juga Merangkap Ahli Parlimen Ampang menyokong usaha dan gesakan Persatuan Sekerja Dawama agar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan dalam isu ini.



"Apa yang berlaku juga menunjukkan suatu bukti kegagalan dasar penswastaan oleh Kerajaan Pusat BN. Penjanjian antara Dawama-DBP-Kerajaan harus dikaji serta-merta agar nasib dan hak pekerja Dawama ini terbela". Ujarnya lagi.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, ditemani Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani  hadir menerima memorandum dari wakil 380 pekerja kilang Dawama di AU3 Keramat, semalam.

Pakatan rakyat komited menjaga hak golongan pekerja, sedangkan dasar penswastaan oleh kerajaan pusat Bn nyata membebankan golongan pekerja dan hanya menjaga periuk nasi kroni mereka, inilah buktinya.

@TUKANGLAWAN Simpati kepada nasib 380 orang pekerja ini, mereka menghadapi kesukaran hidup akibat perbuatan ini.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit