Kerajaan angkuh pijak rakyat

| comments

Orang ramai mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan, seperti mana yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, tetapi bagusnya kerajaan umnoapco sedia ada, mereka sangat bijak, mereka akan lakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuklah dengan "melembukan" rakyat.


Siang tadi.. ribuan ahli majlis peguam dan orang awam berhimpun secara aman diluar parlimen untuk membantahan  penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011yang jika diluluskan akan "melembukan" rakyat.

menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan. tetapi hari ini, kerajaan umnoapco telah mencabuli hak seorang manusia dengan menutup ruang bagi seseorang itu berhimpun dan menyatakan pendapat, ini bukti betapa kerajaan sedia ada sudah terlalu takut dengan gelobang kebangkitan rakyat, 


Slogan "Rakyat didahulukan, pencapaiaan diutamakan" hanya gula-gula Umnoapco untuk terus menipu rakyak, umnoapco barisan nasional jelas dengan akta ini telah membelakangi suara rakyat, malah lebih teruk malaysia yang kononnya lebih demokrasi adalah keterbelakang lebih kuno berbanding Burma yang membuka seluasnya kebebsan bersuara.

Umnoapco sendiri terlalu takut dengan kebangkitan rakyat, sehingga mereka terlupa bahawa kebebasan berhimpun sudah lama diamal di Malaysia sebagaimana tindakan Datuk Onn Jaafar membantah Malayan Union sebelum merdeka.


Pemimpin Umno kini sudah terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri, mereka sudah tidak waras lagi, mungkin kerana terlalu banyak minum susu lembu dari kondo sharizat, otak mereka dicemari kuman"Enterobacter sakazakii",ketakutan mereka melampau lampau.

Siang tadi akta tersebut telah diluluskan, walaupun ahli parlimen dari pakatan rakyat telah membantah dengan keluar dewan, namun kerajaan angkuh Barisan Nasional tergopoh-gopoh meluluskan undang-undang itu.

Jadi selepas ini, kerana himpunan aman tidak lagi dibenarkan, negera ini akan jadi negara termundur dalam demokrasinya.

Suara rakyat disekat, jangan pula sampai nanti  majlis perkahwinan dan kenduri Arwah juga jadi haram kerana undang-undang bodoh ini. jangan pula berhimpun untuk makan malam juga jadi haram kerana pemimpin umno sudah gila. dan jangan pula sampai rakyat bangkit memijak pemimpin umno itu kerana rakyat sudah tidak tahan lagi diperlakukan seperti "lembu shahrizat".

Kerana negara ini sedang menuju kegelapan, apakah rakyat mahu berpeluk tubuh dan melihat sahaja. anda punya tugas besar pada PRU13 nanti, jika anda tidak mahu generasi akan datang jadi "lembu shahrizat" maka anda wajib kebumikan rejim Umnoapco dan sekutunya Barisan Nasional.
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit