Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bonus tersebut diberikan supaya tidak ada diskriminasi terhadap kakitangan kerajaan negeri dan kewangan Selangor mengizinkan pemberian tersebut.
"Sebelum ini kita telah umumkan mahu beri pemberian bonus sebanyak RM500 kepada semua kakitangan kerajaan negeri.tetapi selepas kerajaan pusat umumkan pemberian bonus setengah bulan gaji maka kita ikut kriteria tersebut. Kita tidak mahu ada diskriminasi dan kerajaan negeri mampu dari segi kewangan," katanya

Kerajaan Selangor mengumumkan sekali bayar iaitu menjelang Jumaat , manakala kerajaan Pulau Pinang dalam bentuk 2 kali sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan pusat.Kerajaan Pusat dikritik sesetengah kakitangan terutamanya yang memegang jawatan diperingkat pengurusan dan profesional yang tidak merasai "duit Raya" tersebut.
Kerajaan Selangor membelanjakan sekitar RM 4.38 juta kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai bonus khas,manakala kerajaan negeri Pulau Pinang pula membelanjakan sebanyak RM1,649,500.00.

Baru-baru ini kerajaan Pusat memberikan hadiah khas kepada kakitangan awam dimana ianya dibayar sebanyak 2 kali iaitu sebelum hari raya dan pada bulan Disember, ini bermakna kakitangan kerajaan hanya mendapat RM250 untuk perbelanjaan hari raya, manakala RM250 lagi sebagai bonus tahunan.


Pemberian bonus raya ini adalah bukti kerajaan Pakatan Rakyat perihatin kepada kakitangan yang berkhidmat dibawah kepimpinan mereka dan ia juga membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan tetap memberi bonus kepada kakitangan kerajaan seperti yang pernah dijanjikan oleh Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (baca sini)
@TUKANGLAWAN Fikir, bila sektor swasta mahu ikut jejak kerajaan negeri pula.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.