Memaparkan catatan dengan label Menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menteri. Papar semua catatan

Terbukti Noh Omar Terlalu Bijak.

| comments (2)


Noh omar nak wajibkan passport untuk binatang. kah..kah..kah

Janganlah bodoh sangat, idea ini sudahlah bodoh malah menyusahkan pulak.

 
Kalau orang bela hamster, tiap kali hamster tu beranak kene pegi ambik pasport untuk binatang tu, begitu jugak kucing, kene ada pasport jugak. ikan emas pun sama, malah kalau bela burung sekali pun, wajib ada pasport.

Cuma yang payahnya gambar apa nak diletak di passport tu, mungkin gambar kucing atau ikan atau hamster atau arnab seminggu dilahirkan, ambil gambar dan tampal dekat passport untuk haiwan tu.

Ternyata la noh omar sangat bijak, sudah kering idea agaknya menteri ni, sampaikan binatang pun nak wajibkan ada passport, apa kisah pulak bangla, nepal, vietnam dan indon yang tak ada passport, yang itu lebih dulu kene selesaikan.

Cuma nak tanya noh omar, lembu dan Udang pun kene ada passport jugak tak, contoh kalau noh omar ternak 50 ribu ekor udang, mungkin kene ada 50 ribu passport jugak agaknya. kah..kah..kah.. noh omar sangat bernas, inilah daya fikir terhebat seorang menteri.






 
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Sibuk Konsert K-Pop Terbesar, Dapat Ribut Besar Tahu lah.

| comments

Maka tersiar la di utusan milik umno, satu konsert besar K-Pop terbesar bakal melanda negara, apa nak jadi negara ni, perlu ke ada konsert besar-besar dari luar negara nei, kalau sibuk dengan konsert besar-besar camni datang ribut besar baru semua ada akal.

Bukan apa, tengoklah budak-budak perempuan yang jadi artis k-pop nei, pakai skirt pendek sampai nampak seluar dalam, maka tak hairan la nanti remaja akan terikut-ikut, maka ramai la anak remaja yang pakai ala-ala artis k-po sehingga nampak seluar dalam, kemudian jenayah rogol pun meningkat.

Bab ini hassan akidah tak pulak bising, sikit pun dia tak mengamuk bila budaya k-pop nei menular, mungkin sebab najib pun peminat k-pop maka hassan ali relakan saja. mungkin nanti bila remaja melayu nak jadi artis k-pop akidah mereka tak sedikit pun terancam, itu fikir hassan ali.


Ingat lagi tak kes najib pegi layan k-pop, bagi "tukanglawan" itu tindakan yang memalukan sepatutnya remaja-remaja ni diasuh supaya rajin membaca ke, rajin mengkaji ke, tapi pe em popular ni galakkan remaja layan k-pop pulak, malah dia begitu teruja jumpa artis k-pop.

Kita kene tanya jugak dekat rais yatim, bagaimana pulak musik asli tempatan, musik tradisional nak jadi apa pulak, sebab negara ni dah sibuk dengan k-pop, Kerajaan buat karnival pun nak ada k-pop supaya ramai leh terkinja-kinja termasuk pemimpin umno, kita memang nak mansuh musik tradisional ke dengan bawak dan buat konsert k-pop besar-besaran nei.

Dan paling hebat, utusan milik umno yang konon pembela orang melayu nei menyiarkan dan promosikan konsert tak ada faedah tu, supaya remaja melayu terus hanyut dalam alunan rentak k-pop.






Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ada Menteri Agama Tapi "Bisu" Bila Islam Diserang.

| comments (2)

Islam sekali lagi dihina dan diperlekehkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia.

Soi Lek yang secara berani mengutuk pelaksanaan Hudud di Malaysia dengan mengatakan 1.2juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan.

Dalam kenyataan lain, Soi Lek juga mendakwa negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara yang paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Persoalannya sekarang, di mana suara mereka yang berautoriti dalam institusi agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom? Adakah penghinaan sekeji ini terhadap agama Islam masih lagi mengulik mimpi pihak penguasa yang sepatutnya menjadi benteng barisan hadapan?

Satu penegasan dan tindakan mesti dilakukan sebagaimana keseriusan yang dilakukan oleh Jakim terhadap gejala kerosakan aqidah umat Islam. Hudud yang datangnya daripada Allah SWT mengatasi ideologi serta logik akal pemikiran manusia.

Justeru, penegasan tindakan yang sama mesti dilakukan Jakim khususnya Datuk Seri Jamil Khir  terhadap perbuatan merosakkan aqidah umat Islam serta pemahaman orang bukan Islam terhadap hudud tanpa sebarang pengaruh parti politik.

Amat sedih juga buat umat Islam, apabila para mufti turut menutup mulut terhadap penghinaan ini. Malaysia dengan komposisi mufti di setiap negeri dan antara mufti teramai di dunia, tidak mampu memanfaatkan tanggungjawab yang diamanahkan.

Bukanlah bertujuan menghina para mufti yang bertaraf ulama serta disanjungi masyarakat, akan tetapi inilah isi hati betapa suara berpengaruh mufti itu perlu diterjemahkan kelapangan masyarakat yang teraba-raba mencari kebenaran.

Persoalan undang-undang jenayah Islam yang menjadi kewajipan terhadap umat Islam untuk dilaksanakan mestilah menjadi tanggungjawab pemerintah serta mereka yang diberikan autoriti besar dalam negara untuk berusaha ke arah itu.

Di samping kita berusaha memahamkan masyarakat Islam terhadap Undang-undang Islam, jangan kita membutakan mata terhadap tentangan yang dilakukan oleh Musuh Allah swt yg berniat jahat terhadap Islam.

Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyerus semua pihak, ahli politik, ahli akademik, NGO dan juga individu menjadi agen penerangan soal keindahan undang-undang Islam.
Pihak kerajaan Barisan Nasional perlu menggunakan jentera media kerajaan untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa undang-undang Islam tidak zalim malah menjamin hak asasi manusia.

Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Potong RM10 Gaji Menteri Kerana Salah Guna Kuasa?

| comments

Seorang ahli Parlimen telah memfailkan usul untuk memotong RM10 gaji Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri kerana didakwa telah menyalahguna kuasa dengan menggunakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat Suara Inisiatif Sdn Bhd

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua berkata beliau memfailkan usul tersebut hari ini kerana mendakwa Ismail telah menggunakan jawatannya untuk agenda politik BN dalam menyiasat akaun Suara Inisiatif.

"Sebaliknya, beliau gagal untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lima syarikat yang berkaitan dengan Umno yang tidak mengemukakan akaun mereka, ada yang sejak tahun 2007.

"Syarikat-syarikat ini dan pengarah mereka, termasuklah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan
," kata Pua.

Katanya, YGP Holdings Sdn Bhd, di mana Khairy dan Abdul Rahman  adalah pengarahnya, tidak memfailkan akaun teraudit sejak 31 Disember 2006, tetapi tiada tindakan diambil terhadapnya.

Ia juga mendedahkan bahawa National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi), rakan kongsi dalam syarikat penerbangan murah terbaru negara, Malindo Airways, tidak mengemukakan akaun teraudit sejak tahun 2007.

Di samping itu, beberapa syarikat yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation Sdn Bhd, yang dimiliki ahli keluarga bekas menteri, Datuk  Shahrizat Abdul Jalil, belum lagi mengemukakan laporan tahunan mereka sejak 30 Jun 2007.

Pua berkata, keputusan beliau memfailkan usul tersebut dijustifikasikan lagi oleh laporan ketua audit negara mengenai kegagalan SSM mengambil tindakan terhadap pengarah-pengarah syarikat yang berhutang bayaran kompaun lebih setengah juta ringgit.

Walaupun sejumlah besar kompaun belum dibayar, tetapi para pengarah berkenaan masih didapati
aktif mendaftarkan syarikat baru, tanpa apa-apa halangan.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Azalina Othman Pengerang Mengamuk Di Parlimen

| comments (2)


Bekas menteri satu jabatan yang satu ketika dulu menggemparkan negara dengan perbelanjaan membeli beberapa barangan dengan harga terlampau tinggi dan tidak munasabah hari ini mengamuk di parlimen.

Azalina Othman mengamuk sambil menuduh-nuduh setiap peserta himpunan membantah  projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing telah dibayar RM30 oleh pihak penganjur. kah..kah..kah.

Sama ceritanya seperti himpunan BERSIH 3.0 yang lalu, ada juga menteri yang bangun dan tuduh setiap peserta himpunan dibayar.

Apa azalina ni ingat pakatan rakyat nei macam umno ke tabur baru orang datang himpunan? lain la umno, bukan setakat bagi RM30 tapi dapat T-shirt percuma, siap dijamu makan lagi.


Macam biasa kalau nak tau tu la sebab ketua cawangan kaya-kaya, yang datang 100 orang tapi claim 300 orang. kah..kah..kah, banyak-banyak simpan boleh beli kereta mewah banyak-banyak.

Berangnya azalina hari ini menampakkan kejantanan hingga mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangkit untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut, tetapi Azalina  yang hanya mahu menuduh tanpa asas terus membebel tanpa beri ruang Nurul Izzah  bercakap.

Itulah, dah tua-tua ni elok kawin... azalina tu dah kawin ke belum, kalau belum kawin la cepat, ramai puak-puak pencacai minat.. bukan dengan azalina, tapi koleksi kereta mewah azalina tu. kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit