Seorang ahli Parlimen telah memfailkan usul untuk memotong RM10 gaji
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Ismail Sabri kerana didakwa telah menyalahguna kuasa dengan menggunakan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat Suara Inisiatif Sdn
Bhd
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua berkata beliau memfailkan usul tersebut hari ini kerana mendakwa Ismail telah menggunakan jawatannya untuk agenda politik BN dalam menyiasat akaun Suara Inisiatif.
"Sebaliknya, beliau gagal untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lima syarikat yang berkaitan dengan Umno yang tidak mengemukakan akaun mereka, ada yang sejak tahun 2007.
"Syarikat-syarikat ini dan pengarah mereka, termasuklah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan," kata Pua.
Katanya, YGP Holdings Sdn Bhd, di mana Khairy dan Abdul Rahman adalah pengarahnya, tidak memfailkan akaun teraudit sejak 31 Disember 2006, tetapi tiada tindakan diambil terhadapnya.
Ia juga mendedahkan bahawa National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi), rakan kongsi dalam syarikat penerbangan murah terbaru negara, Malindo Airways, tidak mengemukakan akaun teraudit sejak tahun 2007.
Di samping itu, beberapa syarikat yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation Sdn Bhd, yang dimiliki ahli keluarga bekas menteri, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, belum lagi mengemukakan laporan tahunan mereka sejak 30 Jun 2007.
Pua berkata, keputusan beliau memfailkan usul tersebut dijustifikasikan lagi oleh laporan ketua audit negara mengenai kegagalan SSM mengambil tindakan terhadap pengarah-pengarah syarikat yang berhutang bayaran kompaun lebih setengah juta ringgit.
Walaupun sejumlah besar kompaun belum dibayar, tetapi para pengarah berkenaan masih didapati aktif mendaftarkan syarikat baru, tanpa apa-apa halangan.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.