Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menempelak tanggapan bahawa
pihak yang mendedahkan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam
Scorpene sebagai pengkhianat negara.
Katanya, usaha pendedahan rasuah oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
perlu disokong, bukan dihina dan dilabel sebagai pengkhianat.
“Apa yang dilakukan Suaram adalah langkah terpuji dan perlu disokong.
Mereka tidak patut dilabel sebagai pengkhianat. Mengapa pihak yang
mendedahkan rasuah dianggap pengkhianat?
“Orang-orang yang mengamalkan rasuah itulah sebenarnya pengkhianat
negara,” katanya ketika mencelah perbahasan di Dewan Rakyat, semalam.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain
Mohamed Hashim membangkitkan usul supaya satu undang-undang kononnya
untuk mengenakan tindakan kepada NGO yang menerima dana asing.
Menjawab usul tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Nazri Aziz berkata, adalah tidak menjadi kesalahan jika menerima
dana asing untuk tujuan kebaikan.
Nazri berkata, walaupun undang-undang mengenai perkara tersebut
digubal, seseorang itu perlu dibuktikan di mahkamah adakah dana yang
diterima digunakan untuk tujuan tidak baik atau sebaliknya.
Suaram
adalah organisasi yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS,
syarikat pembuat kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal
selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.
Suaram ditohmah sebagai pengkhianat kerana mendapat bantuan dana
asing sebanyak RM570,000 sejak 2007 dari Yayasan Open Society Institute
kepunyaan George Soros yang dilabel sebagai penyagak matawang oleh
mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997.
Dana yang diperoleh ditegaskan oleh Pengarah Suaram, Kua Kia Soong
tidak ada kena mengena dengan operasi perniagaan spekulasi mata wang
itu, sebaliknya diguna untuk pencerahan hak asasi manusia di negara ini.
Penerimaan bantuan asing bukan perkara baru bagi NGO Malaysia.
Bantuan dari negara Arab dan Eropah tidak dipersoalkan. Hanya Suaram
yang menjadi mangsa kerana berani mendedahkan skandal kapal selam
Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Rasuah kes Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Najib – Abdul Razak Baginda.
Skandal ini berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia,
Altantuya Shaaribuu yang diletup mengguna C4 dari Kementerian Pertahanan
pada 2006.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.