Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan beberapa langkah yang
dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap NFC berikutan
kegagalannya memenuhi syarat perjanjian yang ditandatangani dan prestasi
projek yang tidak dicapai.
Salah
satu langkah yang dipertimbangkan adalah mengambil tindakan
undang-undang sivil (bermakna menyaman NFC), seperti yang dilaporkan
oleh Ketua Audit Negara.
KEADILAN menolak langkah mengambil tindakan undang-undang sivil ke
atas NFC atas dasar ia tidak menjamin bahawa dana awam RM250 juta dapat
dikutip sepenuhnya, berasaskan perkara-perkara berikut:
1. Perjanjian yang dimeterai adalah di antara Kerajaan Malaysia dan
NFCorp, maka sebarang tindakan undang-undang sivil seperti saman akan
hanya melibatkan NFCorp;
2. Perlakuan penyelewengan dan pembelian aset mewah yang tidak ada
kena mengena dengan projek fidlot kebangsaan banyak berlaku di dalam
syarikat-syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri
Shahrizat Jalil, bukannya NFCorp;
3. Syarikat-syarikat ini secara undang-undang tidak mempunyai apa-apa
tanggungjawab atau obligasi kepada kerajaan atau pun perjanjian dana
awam RM250 juta kerana ia hanya melibatkan NFCorp, maka ia tidak boleh
disaman;
4. NFCorp tidak mempunyai aset yang besar dan mengalami kerugian
sejak ia beroperasi. Jika Kerajaan Persekutuan berjaya sekali pun di
dalam tindakan saman sivilnya, NFCorp boleh sahaja diisytiharkan muflis
tetapi tidak masih mampu membayar kembali RM250 juta yang dipinjam.
Oleh sebab itulah, KEADILAN sejak dari awal lagi mengesyorkan kepada
Kerajaan Persekutuan untuk mengenakan “jaminan peribadi” (“personal
guarantee”) terhadap Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya agar
semua harta mereka (termasuk hartanah mewah yang dibeli melalui
syarikat-syarikat milik keluarga mereka tetapi menggunakan dana dari
NFCorp) boleh disita bagi mendapatkan kembali RM250 juta dana awam yang
diselewengkan.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa termasuklah Peguam Negara dan
Bank Negara Malaysia sepatutnya telah pun mengambil tindakan di bawah
Akta Anti Pengubahan Wang (Anti Money Laundering Act, AMLA) seperti yang
pernah disyorkan sebelum ini, agar sebarang aset mereka boleh dibekukan
dan disita.
Saya mengalu-alukan pendedahan di dalam Laporan Ketua Audit Negara
2011 mengenai NFC kerana ia melambangkan sikap Dato’ Seri Najib Tun
Razak yang hanya mahu melengah-lengahkan tindakan diambil ke atas NFC
(dengan harapan Barisan Nasional menang PRU13 dan isu ini boleh
dipadamkan). Pendirian Kerajaan Persekutuan yang hanya mahu mengambil
tindakan undang-undang sivil, bukannya tindakan tegas dengan mengenakan
“jaminan peribadi” atau pembekuan aset/sita aset di bawah AMLA
mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak berniat mendapatkan kembali
RM250 juta dana awam yang telah disalurkan kepada NFC.
KEADILAN akan tetap bersuara demi memastikan segala usaha diambil untuk mendapatkan kembali wang RM250 juta tersebut.
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
Pengarah Strategi KEADILAN
16 Oktober 2012
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.