Islam sekali lagi dihina dan diperlekehkan oleh Presiden MCA, Datuk
Seri Chua Soi Lek berkenaan pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia.
Soi Lek yang secara berani mengutuk pelaksanaan Hudud di Malaysia
dengan mengatakan 1.2juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja
sekiranya hudud dilaksanakan.
Dalam kenyataan lain, Soi Lek juga mendakwa negara yang melaksanakan
hudud dianggap sebagai antara negara yang paling korup, tidak stabil dan
tidak selamat.
Persoalannya
sekarang, di mana suara mereka yang berautoriti dalam institusi agama
Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom? Adakah
penghinaan sekeji ini terhadap agama Islam masih lagi mengulik mimpi
pihak penguasa yang sepatutnya menjadi benteng barisan hadapan?
Satu penegasan dan tindakan mesti dilakukan sebagaimana keseriusan
yang dilakukan oleh Jakim terhadap gejala kerosakan aqidah umat Islam.
Hudud yang datangnya daripada Allah SWT mengatasi ideologi serta logik
akal pemikiran manusia.
Justeru, penegasan tindakan yang sama mesti dilakukan Jakim khususnya
Datuk Seri Jamil Khir terhadap perbuatan merosakkan aqidah umat Islam
serta pemahaman orang bukan Islam terhadap hudud tanpa sebarang pengaruh
parti politik.
Amat sedih juga buat umat Islam, apabila para mufti turut menutup
mulut terhadap penghinaan ini. Malaysia dengan komposisi mufti di setiap
negeri dan antara mufti teramai di dunia, tidak mampu memanfaatkan
tanggungjawab yang diamanahkan.
Bukanlah bertujuan menghina para mufti yang bertaraf ulama serta
disanjungi masyarakat, akan tetapi inilah isi hati betapa suara
berpengaruh mufti itu perlu diterjemahkan kelapangan masyarakat yang
teraba-raba mencari kebenaran.
Persoalan undang-undang jenayah Islam yang menjadi kewajipan terhadap
umat Islam untuk dilaksanakan mestilah menjadi tanggungjawab pemerintah
serta mereka yang diberikan autoriti besar dalam negara untuk berusaha
ke arah itu.
Di samping kita berusaha memahamkan masyarakat Islam terhadap
Undang-undang Islam, jangan kita membutakan mata terhadap tentangan yang
dilakukan oleh Musuh Allah swt yg berniat jahat terhadap Islam.
Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyerus semua
pihak, ahli politik, ahli akademik, NGO dan juga individu menjadi agen
penerangan soal keindahan undang-undang Islam.
Pihak kerajaan Barisan Nasional perlu menggunakan jentera media
kerajaan untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa undang-undang Islam
tidak zalim malah menjamin hak asasi manusia.
Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
+ comments + 2 comments
jika tanpa restu umno-apco beranikah raja porno perlekehkan agama islam ? memang umno-apco dari dulu pengkhianat negara & agama ! ABU jangan lupa !
Ini adalah janji dan Sunnatullah.Inilah akibahnya apabila sudah terlalu bergelumang dengan perkara2 bathil.Hijab sudah tertutup; perasaan malu sudah tiada, hati sudah jadi hitam dan keras. Hati sedikit pun tidak tersentuh apabila hukum dan agama Allah yang dikatakan pegangan diri diinjak2 dan diperlekehkan oleh kaum musyrik.Ada telinga dipekakkan, ada mulut dibisukan ada mata dibutakan.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.