Memaparkan catatan dengan label Memerintah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memerintah. Papar semua catatan

Jangan ditipu umno lagi, lihat bukti ini.

| comments (18)


Lihatlah wahai rakyat semua, inilah yang dilakukan oleh rejim umno barisan nasional bila kuasa anda beri kepada mereka. mereka datang menagih simpati menjelang pilihanraya, mereka beri umpan dan gula-gula untuk terus berkuasa, untuk apa itu semua?

Ada agenda disebalik ketagihan kuasa mereka, tanah rakyat dirampas, umno yang kononnya berjuang untuk bangsa melayu itu sebenarnya melacurkan maruah orang melayu sendiri, bangsa melayu yang kononnya mahu dibela mereka itu dipijak-pijak lebih hina dari pendatang asing.


Video ini bukan video yang disunting, bukan juga video yang dilakonkan, ini ialah rialiti sebenar di sebalik kekuasaan umno di negeri selangor dahulu, hak rakyat diperkosa, pihak berkuasa polis dikudakan semata-mata kerana umno mahu roboh rumah rakyat, mahu rampas tanah rakyat yang kebanyakkannya penyokong setia rejim umno barisan nasional sendiri.

Sila saksikan video dibawah



Bila anda sudah tonton, sila tonton sekali lagi dan beri perhatian pada butiran dibawah

‎ Minit 1:54 - "inilah tanah melayu yang diteroka oleh melayu,pendatang diberi keistimewaan, kita teroka 25 tahun dapat apa? pendatang 20 tahun boleh bagi ic kita teroka sini kita dapat apa?"

‎ Minit 2:06 - "kami duduk disini dah hampir 30 tahun, dihalaunya kami macam binatang"

Minit 2:22 - "melayu dibuat macam sampah...kalau nak menang dia bukan main lagi, bila dah menang apa yang dipandangnya pada kami"

Minit 2:33 -  ‎"masa nak mengundi dia la yang beria-ia sangat, hujan berpayung dia datang"

Minit 2:40 ‎"saya sebagai penyokong kerajaan sebelum merdeka lagi, saya berjuang bermati-matian, dalam masa darurat saya berjuang dengan ( lawan) komunis tapi kerajaan tidak ambik pandang langsung"

‎Dan ayat dibawah adalah bukti betapa umnoapco tidak akan pernah mengenang jasa orang yang memberi undi agar mereka terus berkuasa.
"tapi kerajaan bila nak mengundi saja, datang memungut, merayu, tapi bila dah menang, memandang tidak"

Peristiwa ini berlaku pada 2007 di Rimba Jaya yang merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga . Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain

Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .

MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri (BN) yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .

Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.

Inilah sekelumit kisah tentang rakusnya umnoapco meroboh rumah penduduk Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, saat pemimpinnya bina istana indah untuk dirinya rumah rakyat diroboh dengan rakus, awas, nasib sama mungkin akan menimpa anda.

Umno harus dikuburkan, ayuh pencenkan umno pada PRU13 ini.

sumber info klik sini
Tangisan penduduk klik sini
Kisah Rimba Jaya klik sini

Sebelum UMNO kenakan kita, kita kenakan diorang dulu

| comments


Maka benarlah seperti yang ditulis didalam blog activist901.com berkenaan nilai sebenar yang rakyat dapat dari gula-gula kerajaan barisan nasional menjelang PRU13 ini. sekali pandang macam banyak.. tapi itulah nilai sebenar kita

Sibuklah disana sini media "saraan" rejim pemerintah itu memainkan isu baiknya hati kerajaan barisan nasional  itu memberi baucer tunai bernilai RM500 kononnya perihatin sangat kepada rakyat.

Namun berapa jumlah sebenar diri kita pada pandangan mata puak umnoapco ini?

Dibawah adalah kiraan yang telah dibuat , jangan terkejut kerana kerajaan yang dengan angkuh mengatakan ekonomi negara itu semakin mantap sehingga sanggup membazir duit ingin membina menara-menara tercanggih dan tertinggi itu hanya memberi nilai seperti yang dibawah kepada rakyat.


RM500 dalam masa 5 tahun (1825 hari).
1 hari = 500/1825 
         = RM0.27 ( 27 sen)


Apalah yang boleh dibuat dengan 27 sen sehari sedangkan kita membelanjakan puluhan ringgi malah ratusan ringgit sehari. Apakah yang boleh kita buat dengan bantuan 27 sen sehari di saat harga barangan melambung tinggi sekarang.

Janganlah kita lupa pada taktikx2 umnoapco itu, bila dekat pilihanraya, maka rasuah diberi secara berleluasa. wang ditabur, projek sana sini dijanjikan.

Dalam masa yang sama, bila rakyat dinilai dengan harga cuma 27 sen sehari,  harga gula dinaikkan, harga bahanapi dinaikan, tepung, beras, ikan, roti semua naik harga. belum lagi cukai penyedia perkhidmatan telekomunikasi., dan dengarnya selepas PRU13 nanti jika rejim umno masih berkuasa GST akan diperkenalkan.


Tak apalah, kita bukan lagi bodoh, terutama anak-anak muda, sudah pandai menilai, apatah lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang, cuma masalahnya warga tua di kampung, di felda-felda mereka sangat mudah terpedaya dengan media pemerintah... dan apakah selamanya kita sanggup membiarkan mereka ditipu?.

Berbalik kepada bantuan RM500 tersebut, pesan kepada ibu bapa kita, pakcik-pakcik kita, ambil sahaja, kita perlu jadi bijak. kita ambil apa yang diberikan, tapi undi kita tidak semurah itu nilainya.

Undi kitalah yang menentukan nasib generasi akan datang, sanggupkah kita generasi akan datang terus diperbodoh lagi, sudah cukup lah 50 tahun lebih rejim penguasa memerintah, sudah sampai saat mereka perlu pencen, jika degil kita yang akan paksa mereka pencen.



hah.. tak tau.. kak Timah dah marah

| comments


Jangan fikir orang asal tak mampu berfikir dan menuntut hak mereka. mereka kini tidak mahu ditindas oleh KERAjaan Be-End lagi, mereka kini menuntut hak mereka di atas bumi tumpah darah mereka.tanah nenek moyang mereka.

Itu lah yang disuarakan oleh kak Timah pada konvension pilihanraya PKR yang berlangsung di SACC tempoh hari, beliau menyuarakan apa yang selayaknya mereka terima, malah mereka rasa sangat terhina dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Be-End terhadap mereka



Jika orang asal sudah sedar selama ini mereka ditipu dan ditindas oleh kerajaan Be-End selama ini mengapa ramai lagi yang masih belum sedar dengan apa yang dilakukan oleh KERAjaan be-end  malah lebih menyedihkan masih ada yang mati-mati mempertahankan Parti korup yang diketuai oleh umporno ini.


Ayuh rakyat malaysia, bangun dan tentang sehabis-habisnya KERAjaan kurop ini, kita tumbangkan mereka dan kita heret pemimpin-pemimpin korup mereka ke mahkamah... pilihan ditangan anda, adakah anda masih mahu diperbodohkan oleh KERAjaan  yang sangat korup itu...atau anda mahu bersama menuntut perubahan 

"DEMI RAKYAT"  ayuh tumbangkan Be_end

@TUKANGLAWAN Geng dengan kak Timah... sebab kami memang nak jatuhkan Be_End

"UMNOPORNO PARTI PERKAUMAN YANG SUKA MEMBAZIR"

Serangan hebat terhadap PAS.. taktik lapuk umno SARKIS

| comments




Semakin meroyan puak umno nei.. terutama pemimpin kanan mereka, ibarat orang gila talak.
itu lah yang dilakukan puak -puak itu sekarang, bila fikir-fikir balik, umno - Be-End nei memang dah sampai tahap sasau agaknya.

Bayangkan lah..
tak lama dulu si umnoporno nei beriya-iya ajak PAS rujuk, alasanya untuk perpaduan orang melayu, abis perpaduan dgn kaum lain camne.. kan bangang umno nei, bangang sebab ingat orang akan termakan dengan apa yang dicanang. tapi pemimpin PAS bukan macam pemimpin umnoporno.. so segala usaha Umporno terhenti setakat itu.

Kemudian apasal pulak pucuk pimpinan Umnoporno sibuk sangat tentang pemilihan pemimpin PAS tempoh hari....mungkin umno termimpi atau sengaja memimpikan diri sendiri kononnya PAS tu sebahagian dari mereka... haish.. sungguh tak malu pemimpin umporno nei...

Dan bila PAS tukar slogan pon diorang nak sibuk jugak.. yang korang tiap kali tukar pemimpin tukar sekali slogan tu apa bende.. komen la... takmo pulak...

sudah-sudah la jadi SARKIS wahai umporno.... orang sume dah geli dah....tak malu ke korang..... dah la loya lagi meloyakan.. sesat lagi menyesatkan... takyah la nak jadi huru hara lagi menghuru harakan pulak...

Jom rakyat malaysia, kita kebumikan Parti Umporno yang dah kelam kalibut nei, kita lawan mereka walaupun mereka akan gunakan segala kerja kotor untuk kekalkan kuasa.. suara rakyat suara keramat.. kita berdoa dan berusaha .. aku sangat yakin, umno akan Be-end tak lama lagi

@TUKANGLAWAN teringat antara kegilaan kuasa orang umno nei ialah bila membenarkan bikmama guna gelaran wanita pertama negara.. woi.. sape ko tu..... duduk diam-diam boleh tak.....

Kerajaan dolak dalik kenaikan harga RON95, bahan api

| comments



KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kerajaan berdolak dalik dalam isu kenaikan petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), sehari selepas membuat pengumuman tidak akan menaikkan harga bahan bakar itu.

Ini kerana khamis lalu, Menteri Perdagangan dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tidak ada sebarang kenaikan bahan api, kononnya kerana mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun sehari selepas itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata kerajaan akan mengkaji semula subsidi sekiranya harga minyak mencecah antara AS$110 dan AS$120 setong.

Ia berdasarkan kepada penurunan harga minyak daripada AS$110 setong pada April, kepada lebih AS$100 setong pada masa ini.


Shamsul berkata, dua kenyataan itu jelas bercanggah antara antara satu sama lain, yang menunjukkan bahawa kerajaan Umno- Barisan Nasional gagal membuat keputusan yang penting untuk rakyat.

“Pengumuman yang bercanggah ini menunjukkan hala tuju ekonomi Barisan Nasional yang tidak jelas.

“Penangguhan kenaikan petrol Ron 95 sebelum ini pun hanyalah tindakan untuk mententeramkan rakyat tetapi bersifat sementara. Ini kerana dijangkakan pilihanraya umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat. Selepas pilihan raya tidak ada jaminan pengekalan harga,” kata Shamsul ketika dihubungi.

Malah lebih teruk katanya, kerajaan mungkin memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang disifatkan lebih membebankan kerana melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia.

“Ketika kerajaan mempertimbangkan untuk menarik semula subsidi, apakah kerajaan mempertimbangkan juga untuk menarik semula rancangan projek mega seperti pembangunan menara 100 tingkat, projek di Sungai Besi dan sebagainya?” soal Shamsul.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter, manakala harga LPG pula ialah RM1.90 sekilogram. Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG dinaikkan ialah pada Disember tahun lalu.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit