Maka benarlah seperti yang ditulis didalam blog activist901.com berkenaan nilai sebenar yang rakyat dapat dari gula-gula kerajaan barisan nasional menjelang PRU13 ini. sekali pandang macam banyak.. tapi itulah nilai sebenar kita
Sibuklah disana sini media "saraan" rejim pemerintah itu memainkan isu baiknya hati kerajaan barisan nasional itu memberi baucer tunai bernilai RM500 kononnya perihatin sangat kepada rakyat.
Namun berapa jumlah sebenar diri kita pada pandangan mata puak umnoapco ini?
Dibawah adalah kiraan yang telah dibuat , jangan terkejut kerana kerajaan yang dengan angkuh mengatakan ekonomi negara itu semakin mantap sehingga sanggup membazir duit ingin membina menara-menara tercanggih dan tertinggi itu hanya memberi nilai seperti yang dibawah kepada rakyat.
RM500 dalam masa 5 tahun (1825 hari).
1 hari = 500/1825
= RM0.27 ( 27 sen)
Apalah yang boleh dibuat dengan 27 sen sehari sedangkan kita membelanjakan puluhan ringgi malah ratusan ringgit sehari. Apakah yang boleh kita buat dengan bantuan 27 sen sehari di saat harga barangan melambung tinggi sekarang.
Janganlah kita lupa pada taktikx2 umnoapco itu, bila dekat pilihanraya, maka rasuah diberi secara berleluasa. wang ditabur, projek sana sini dijanjikan.
Dalam masa yang sama, bila rakyat dinilai dengan harga cuma 27 sen sehari, harga gula dinaikkan, harga bahanapi dinaikan, tepung, beras, ikan, roti semua naik harga. belum lagi cukai penyedia perkhidmatan telekomunikasi., dan dengarnya selepas PRU13 nanti jika rejim umno masih berkuasa GST akan diperkenalkan.
Tak apalah, kita bukan lagi bodoh, terutama anak-anak muda, sudah pandai menilai, apatah lagi dengan kecanggihan teknologi sekarang, cuma masalahnya warga tua di kampung, di felda-felda mereka sangat mudah terpedaya dengan media pemerintah... dan apakah selamanya kita sanggup membiarkan mereka ditipu?.
Berbalik kepada bantuan RM500 tersebut, pesan kepada ibu bapa kita, pakcik-pakcik kita, ambil sahaja, kita perlu jadi bijak. kita ambil apa yang diberikan, tapi undi kita tidak semurah itu nilainya.
Undi kitalah yang menentukan nasib generasi akan datang, sanggupkah kita generasi akan datang terus diperbodoh lagi, sudah cukup lah 50 tahun lebih rejim penguasa memerintah, sudah sampai saat mereka perlu pencen, jika degil kita yang akan paksa mereka pencen.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.