Jingga13 tak peduli walaupun kak jat bercuti.
| comments
Pembongkaran sebelum ini melibatkan NFC (baca sini) terus menjadi tumpuan, pendedahan bagaimana sejumlah wang telah digunakan keluarga sharizat terus dibongkar, berikutan itu Jingga 13 telah mengambil keputusan membuat laporan polis berkaitan salahlaku keluarga ketua wanita umno itu yang melibatkan wang rakyat.
Dibawah adalah kenyataan media yang telah dikirim jingga 13 kepada "tukanglawan"
Jingga 13 terus komited untuk membongkar penyelewengan dan skandal NFC yang berterusan walaupun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil telah bercuti selama tiga minggu bagi memberi laluan untuk siasatan SPRM terhadap NFC.
Terbaru, seperti yang didedahkan oleh Sdr Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR bahawa NFC masih mempunyai skandal penyelewengan yang belum didedahkan. Penggunaan RM 593,500 dana NFC untuk membayar penggunaan kad kredit pada tahun 2009 membuktikan salahlaku adalah cukup mendukacitakan.
Penggunaan wang rakyat secara membabi buta dan menyeleweng seperti yang berlaku dalam NFC ini seharusnya menjadi simbol kegagalan pentadbiran kerajaan menjalankan amanah dengan baik dan wajib ditolak oleh rakyat.
Justeru, Jingga 13 menjemput sahabat sahabat media untuk hadir bersama di Balai Polis Dang Wangi pada 17 Januari 2012 pukul 2.00 petang bagi satu laporan Polis Diraja Malaysia. Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan sejajar dengan usaha memerangi rasuah, penyelewengan dan pecah amanah.
Muafakat.Prihatin.Berani
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.