Memaparkan catatan dengan label Media. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Media. Papar semua catatan

#CeritaBersih3.0 - Just Shup up Your Mouth

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Serba sedikit pengakuan dari saya sendiri dengan penuh ikhlas dan tanpa berpihak pada mana2 pihak..:

Yang tak pergi bersih duduk rumah, dan enjoy dengan kawan, yang mengatakan siapa pergi bersih tu BODOH, just shut up your mouth. Jangan cakap lebih seperti korang pergi.

Saya yang pergi dan tidak menyokong mana2 pihak sekalipun, Saya tahu situasi sebenar ketika itu. 

Ketika permulaan provokasi dan ketika ramai peserta bersih diserang menggunakan tear gas khas dari ISRAIL. I know your opinions is the best untuk lawan orang yang pergi bersih, tapi korang tak tahu langsung perasaan peserta yang dibelasah lebih teruk dari polis, dan tiada polis pon yang sudi backup.

Jika nak dibandingkan dengan polis yang dibelasah oleh peserta @ "polis SB", Polis itu tetap DIBACKUP oleh peserta bersih. Saya sendiri lihat dan tengok. Pliss, shut up your mouth. Jangan tunjuk anda ni cool.

Siapa yang mulakan provokasi, saya juga lihat sendiri dengan mata saya sendiri.

Cuba kaji dari kedua2 pihak.. Jangan hanya kaji satu pihak melalui media yang menipu. 

Dan cuba fikir kenapa jugalah ULAMA' juga turut menyokong bersih.. Kalau fikir jauh, ulama' tidak menyokong keganasan, tetapi hanya menyokong keadilan dalam Malaysia.

Kerana diakhirat juga kita pun akan ditanya kenapa tidak menegakkan keadilan.. Even its abouts politik.Kalau polis, ada sebab mereka tiba2 provokasi.. Ini ayat seorang polis yang telah menenking pada saya sendiri "Korang dah bunuh sorang polis!!!..

Mereka provok dan mengganas kerana ini.. Mereka anggap polis itu mati sedangkan tidak. Mereka mendapat berita yang tidak betul.. Sebab itulah mereka sanggup belasah sesiapa sahaja peserta bersih. Sedangkan berita tersebut tidak betul

malahan kalau saya lihat, peserta bersih itu sendiri yang melindungi polis dari dibelasah oleh peserta yang mungkin menyamar atau terlalu ganas.

Secara jujur saya katakan tidak semua polis teruk. Cuma segelintir polis yang bertindak mengikut perasaan membelasah sehingga lebam itulah yang paling rakyat kutuk dan caci mereka seperti balaci yang membabi buta.

Dan kenapa peserta bersih juga tiba2 provokasi?

Kerana mereka juga ada sebab untuk berlindung, dan mereka telah diserang oleh pihak polis@FRU dengan diltembak TEAR GAS dalam sekumpulan besar peserta yang "CROWDED" dan terpaksa lari menolak orang sekeliling dengan terpaksa.



Inikah idea logik polis?? Cara untuk menyelesaikan masalah?.. Dengan cara itulah pihak polis juga "boleh" membunuh peserta bersih even mereka sebenarnya pelindung rakyat. Peserta ketika itu mungkin terpaksa lari dalam keadaan menutupi mulut, hidung dan mata yang berair dalam keadaan sesak.

Selipar kasut tercabut.. Dan kanak2 serta perempuan terpaksa menahan kudrat yang lemah untuk melarikan jauh dari asap pedih tersebut. Selesaikah masalah? TIDAK! Dan Sebab itulah ada dikalangan peserta bersih tidak berpuas hati..

Dan kerana itulah peserta sanggup bertahan sehingga malam untuk menentang polis.

Saya melihat sendiri pihak polis mengejar peserta bersih lalu terus memukul.. Dan selepas dipukul peserta bersih datang untuk backup, dan mereka berjaya menyelamatkan peserta tersebut, malah berjaya menangkap seorang polis yang membelasah peserta tadi.

Lalu dibawa kedalam peserta bersih yang terlalu lah ramai dan penuh. POLIS tersebut tidak dibelasah malah dihalang oleh pihak peserta dan polis tersebut hanya disoal siasat kenapa mereka sanggup pukul dan sebagainya.. Rakyat sendiri tahu mengambil berat.. Kerana mereka datang dan berkumpul disana bukan untuk PROVOKASI tetapi untuk melaksanakan keadilan secara AMAN dan DAMAI..

Saya pergi dan saya tahu bermula dari awal sehingga habis perhimpunan bersih..

Yes, Saya tahu kita sekarang patut bersyukur dengan penetapan dalam negara Malaysia yang aman damai, tidak ada perang dan sebagainya,

Bukan niat peserta bersih untuk menghancurkan negara dan tidak bersyukur, tetapi mereka hanya mahukan KEADILAN, memperbetulkan dengan KUASA RAKYAT yang mereka ada. Kalau belajar undang, RAKYAT ADA HAK UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN SEKIRANYA KERAJAAN YANG SEDIA ADA TIDAK MELAKSANAKAN SESUATU DENGAN ADIL DAN PENUH PENIPUAN RAKYAT...
JADI JANGANLAH KORANG NAK KESIAN PADA SATU PIHAK SAHAJA.
Tak perlulah nak kata korang lagi tahu sebab yang korang ada hanyalah media pro KERAJAAN even korang dapat tahu dari video di youtube ,facebook, dan twitter. . Video dipotong tanpa mendedahkan hal2 yang benar..

Try to shut up. Pliss.. Saya pergi kerana saya ingin melihat sendiri keadaan situasi sebenar berbanding dari dalam TV. Secara jujur saya nampak siapa yang salah memulakan keganasan. Siapa yang membantah secara aman. siapa yang tidak adil..
Dan Polis MUDA lebih suka bertindak mengikut arahan dan hanya tahu "BELASAH" apabila dapat tangkap peserta bersih. Wallahualam.

Tolong kaji video yang ada dalam youtube sebaik mungkin kalau anda mantap memberi pendapat. Dan siapa yang paling banyak pukul orang.. :')

Minta dishare kalau anda rasa anda juga open minded seperti saya..

#Disalin dari laman Facebook


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kenyataan Media AMK Isu "Letak Jawatan" Sharizat

| comments

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia
11 Mac 2012

Pengunduran Shahrizat bukan remedi buat Najib

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat April hadapan.

Pengunduran Shahrizat ini sekaligus mengiyakan segala siri pendedahan KEADILAN mengenai skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang terbukti gagal dijawab secara berfakta oleh Shahrizat dan keluarganya.

Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau. Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN.

AMK menegaskan bahawa, walau apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat ini, ia sekaligus bukan titik noktah kepada segala pendedahan dan akauntabiliti beliau selaku pihak yang terlibat dan Najib sendiri selaku Perdana Menteri.

Budaya melafaz sumpah, meminta maaf, membuat penafian dan meletak jawatan tidak seharusnya menjadi remedi kepada Umno-BN. Itu tidak menghalalkan segala bentuk penyelewengan yang telah berlaku melibatkan wang rakyat. Mereka yang bersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan. Siasatan dan pendakwaan harus dilakukan segera, dan sekiranya terbukti jelas berlaku penyelewengan wang awam dan salahguna kuasa di dalam skandal NFC ini.

AMK juga percaya, ini tidak seharusnya memalitkan Shahrizat seorang sahaja. AMK melihat ramai lagi Menteri, Timbalan Menteri, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta pimpinan Umno-BN yang harus bertanggungjawab atas salahguna wang rakyat dan salahguna kuasa atas kapasiti kerajaan yang memerintah. Puluhan malah ratusan pendedahan berfakta yang dibuat oleh pembangkang, yang sehingga ke hari ini gagal dijawab oleh pimpinan Umno-BN. Dan ini membawa konotasi jelas, mereka yang terlibat dalam kes-kes ini, seharusnya juga meletak jawatan.

AMK mendesak Dato’ Sri Najib agar bertanggungjawab secara kolektif mengenai hal ini. Dan tidak keterlaluan untuk disebut, sekiranya kebertanggungjawaban ini tidak ditunjukkan oleh Umno-BN, maka kuasa undi rakyat akan dimanfaatkan dalam PRU-13 akan datang untuk memecat Umno-BN daripada mengemudi Malaysia tanpa sebarang kompromi.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia








Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kebebasan Media, Malaysia No Berapa?.

| comments

Kah,,,kah,,,kah,.. tak payah cakap pun semua dah tahu kan, tahap kebebasan media dinegara ini sangat-sangat teruk dan memalukan, kalau tak percaya cuba lihat TV3 ala.. TV3 al-musyrikin tu.,.

Satu soalan yang anda semua kene jawab, Bila sibuk-sibuk TV3 serang Anwar Ibrahim, kenapa mereka tak beri cikit ruang untuk anwar menjawab tuduhan?, kalau berani jawab la, adakah kerana Anwar tolak tawaran atau Anwar langsung tak diberi peluang?.

Kebebasan Media bukanlah bermaksud bebas nak letak apa pun jenis gambar yang boleh menimbulkan kemarahan, boleh menimbulkan sensitiviti sesetengah pihak, bukan juga menyiarkan rancangan apa pun tanpa perlu ditapis, sampai menjolok mata seperti yang TV3 musyrikin buat.

Tapi kebebasan media ialah kebebasan mengkritik sesuatu dasar, bebas menyiarkan berita yang benar dan tidak berat sebelah. bukan macam utusan dan TV3 yang rata-rata semua staff yang berkerja disitu otak dah tepu dan tak takut lagi balasan ALLAH, sampai yang tak benar pun mereka sokong.. apa lah nak jadi, takkan nak beri anak bini makan duit begitu, duit fitnah orang, padahal hakikatnya sendiri tau la..

Kenapa?, nak cakap media negara ini bebas ke?, cubalah jawab mana ruang yang sepatutnya diberikan untuk Anwar jawab semua tuduhan yang dilemparkan TV3 al musyrikin dan utusan meloya, mana ruang untuk pakatan rakyat sampaikan maklumat dan tepis semua cerita buruk yang dikeluarkan media pro yahudi... opps.. maaf.. pro Umno..?

Rejim Umnoapco maha munafik yang dipimpin najib al-tantuya dan rosmah gedik-gedik hari ini sibuk mempromosikan diri mereka, hakikatnya rakyat lihat muka rosmah pun sudah jemu. ini kan pula dengar rosmah menyanyi.

Media menipu, ini gambar sebenar
Tapi masih lagi persoalan utama, mana ruangan untuk pakatan rakyat dan pemimpin utama pakatan rakyat di media massa, jawapannya tak ada... kenapa... sebab media negara ini tidak bebas..

Kerana itulah Malaysia terus mencatatkan prestasi yang buruk berhubung kebebasan akhbar di negara ini meskipun memperbaiki kedudukan dengan mencatatkan tempat di tangga ke-122  dari 179 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders.

Media menipu, logo BN ditutup
Sebab itulah jika lihat sangat ramai penyampai media tak pernah belajar tinggi wujud, jadi blogger, sebar info di facebook dan twitter,tak dibayar pun macam blogger umno yang memang buat duit dari hasil fitnah dan reka cerita,kenapa jadi begitu?

Jawapannya senang, media malaysia nei tak bebas, siar berita pun berat sebelah, jadi wujud golongan yang rasa itu bukan sesuatu yang sihat, dan media serta maklumat harus diseimbangkan...

UmnoApco menyerang guna TV3 dan akhbar, kami balas dan jawab guna Blog, kurang-kurang tak ramai la diperbodohkan rejim maha zalim itu, kurang-kurang yang bijak dan rajin menilai akan tahu siapa benar dan siapa "sekutu sebenar Israel"

Ohh jangan lupa petang ini Himpunan Aman bantah kapal israel turunkan barang di wesport klang, rejim umnoapco tuduh Anwar sokong yahudi, rupanya kerajaan rejim Umnoapco berdagang dengan Israel, duit yang tembak budak palestine, duit kita rupanya. puiiiii...

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kenyataan Media AIC : Qazaf mekanisma Syariah halang fitnah

| comments


Sokong Pelaksanaan Qazaf Sebagai Mekanisme Syariah Untuk Halang Fitnah dan Politik Lucah

Hari ini, 30 Januari 2012, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui barisan peguamnya akan mengemukakan hujah di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur. Ini bertujuan agar Mahkamah meneliti semula keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang telah menolak permohonan untuk mahkamah memerintahkan supaya Ketua Pendakwa Syarie mendakwa Saiful Bukhari berhubung dengan kes qazaf.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat pelaksanaan qazaf ini seharus dipermudahkan oleh Mahkamah, khususnya di dalam kes melibatkan Datuk Seri Anwar ini. Mahkamah Syariah mempunyai kapasiti yang jelas untuk membenarkan Saiful Bukhari dibicarakan melalui prosiding Mahkamah Syariah dan didakwa di atas tuduhan palsu yang beliau kemukakan pada tahun 2008.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 jelas membuktikan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas, malah berniat jahat.


Pelaksanaan qazaf ini, secara jelas berpotensi menutup ruang fitnah daripada dilakukan secara berleluasa, malah ia juga dapat mengekang budaya menggunakan pertuduhan palsu melibatkan jenayah seksual sebagai satu alat politik untuk memusnahkan kredibiliti mana-mana pihak.

AIC melihat pembunuhan karakter ke atas Datuk Seri Anwar sudah menjadi semakin parah. Sekiranya pelaksanaan qazaf ini diperlekeh dan ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ianya bukan sekadar satu ketidakadilan kepada Datuk Seri Anwar, malah secara tidak langsung menafikan prospek perundangan syariah yang jelas menjulang pembelaan hak-hak dan maruah mana-mana individu daripada difitnah sewenang-wenangnya.

Adalah sangat mendukacitakan, di saat Malaysia disebut-sebut sebagai Negara Islam Contoh oleh pemimpin negara, budaya fitnah dan penggunaan politik lucah semakin berleluasa di Malaysia sehingga ke satu tahap yang membimbangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila ianya dijadikan satu senjata politik dan seolah tidak terhalang dan kebal daripada undang-undang.

Justeru harapan besar rakyat Malaysia amnya dan umat Islam yang prihatin khususnya, agar pelaksanaan qazaf ini dapat direalisasikan. Ayuh bersama tolak budaya fitnah dan politik lucah demi kemaslahatan rakyat dan negara, demi menjulang politik baru yang lebih matang dan segar.

Saifuddin Shafi Muhamad
Setiausaha
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden KEADILAN

| comments


Di kesempatan ini saya mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina – Gong Xi Fa Cai kepada seluruh bangsa Tiong Hua di Malaysia. Juga kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menghormati sambutan tahun baru ini.

Mengikut kalendar kepercayaan kaum Cina, tahun ini adalah tahun Naga. Tahun yang akan dipenuhi dengan semangat kekuatan, kesihatan serta membawa nasib yang baik. Kita rasa beruntung dengan keharmonian diantara kaum yang telah dipupuk sekian lama. Inilah semangat perpaduan dan hormat menghormati yang perlu kita semua pertahankan.

Walaupun ada pihak yang terus menyebarkan fitnah dan mangadu dombakan di antara kaum, namun KEADILAN tetap yakin.bahawa rakyat kini sudah matang dan bersedia untuk hidup secara harmoni tanpa membedakan kepercayaan dan budaya itu satu penghalang kepada keadilan serta hak.

Isu-isu penyelewangan dan salah guna kuasa sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Pendedahan terus dibongkar agar rakyat dapat memahami bagaimana pentadbiran negara yang diuruskan itu menyebabkan merundumnya ekonomi negara. 

Malah rakyat dikaburi dengan berita yang kononnya negara berada dilandasan yang selamat. Hakikatnya, lihatlah sahaja harga barang-barang keperluan yang tidak terkawal. Kebebasan rakyat juga disekat. Pandangan rakyat tidak diambil peduli. Generasi kini terus ditekan demi mempertahankan golongan elit yang tamakkan kuasa.

Oleh itu, adalah menjadi kewajiban kita semua sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan keadilan untuk terus konsisten dalam agenda membersihkan Malaysia dari gejala-gejala yang mencemarkan negara. KEADILAN menyeru kepada semua golongan, tidak kira di kampong atau pun kota, anak muda dan juga mahasiswa, professional dan kakitangan awam, inilah masanya untuk kita sepakat membina kebangkitan bangsa berteraskan maruah, keadilan, penghormatan dan persaudaraan.

Selamat Tahun Baru Cina,
Gong Xi Fa Cai
Dr Wan Azizah Wan Ismail
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit