#CeritaBersih3.0 - Polis wanita tumbuk Makcik 71 Tahun

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Aunty Ah Mei, seorang makcik berusia 71 tahun mengadu bahawa dirinya ditumbuk oleh polis pada bahagian mukanya, dan lengan tangannya tercedera dipulas, malah diheret secara kasar ke dalam kereta.

Aunty Ah Mei  menghadiri sidang media yang diadakan ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai di stesen LRT Masjid Jamek.selepas  tamat himpunan Bersih pada sabtu lepas.

Aunty Ah Mei mengadu bahawa polis mengheret bajunya, kemudian beliau ditumbuk seorang polis perempuan pada mukanya, di bahagian tengah-tengah antara hidung dengan mulut.  

Kerana marah dengan perbuatan polis wanita tersebut, serta bimbang giginya gugur ditumbuk, lantas aunty Ah Mei menendang kembali polis perempuan itu.  Pegawai polis dalam kereta polis melihat kejadian itu dan terus menghalang polisperempuan itu untuk terus memukulnya, barulah Aunty Ah Mei terselamat daripada dicederakan selanjutnya.

Aunty Ah Mei berjalan dari Jalan Raja Laut ke Jalan Tun Perak semalam, dua kali beliau nampak polis mengejar dan memukul peserta demonstrasi.  "Setengah mampus dibantai, sangat sedih saya lihatnya."

Aunty Ah Mei menangis di situ sebaik sahaja melihat buat kali pertama melihat polis memukul tiga orang.  Beliau bertutur dalam kantonis, menyifatkan polis sebagai "tidak berperikemanusiaan", kerana ramai antara yang dibelasah adalah anak muda yang kurus tubuh badannya.

Aunty Ah Mei juga menyaksikan sendiri bagaimana kira-kira 10 orang polis mengepung, menumbuk dan menerajang peserta perhimpunan.  Beliau mendapati polis menyasarkan bahagian kepala peserta, dan mengheret peserta ke kereta polis selepas memukulnya.

Ketika dirinya ditahan, beliau melihat ramai pemuda yang luka pada bahagian kepala sehingga berdarah.  Ah Mei mendakwa dirinya mampu mengecam wajah polis yang memukul dirinya dan orang lain, menawarkan dirinya untuk mengecam muka polis seandainya polis mahu menyiasat.


5- #CeritaBersih3.0 - Wajah teruja anakku berubah... 
6- #CeritaBersih3.0 - Cerita Aziz Bari 
 

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit