KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
"tukanglawan" terjumpa satu artikel pendek di laman facebook, ia adalah luahan seorang remaja yang bernama Muhammad Syafiq Mohammad ( facebook disini ), jadi setelah membaca artikel tersebut, "tukanglawan" rasakan ia wajar dikongsikan pada kawan-kawan lain juga, kerana ia artikel yang sangat baik.
Mari kita baca luahan hati Syafiq.
Mari kita baca luahan hati Syafiq.
Setengah orang KUTUK saya sebab sertai BERSIH 3.0..Cuba kongsi pengalaman apa yang sebenarnya berlaku di sana pun, saya dipersendakan. Kononnya baru kena tear-gas, dah kecoh. Orang lain kena tembak live-bullet & bom phosphorus di Palestin, tak kecoh macam Bersih (walhal diaorang ni setakat sedut asap rokok je, tak pernah rasa tear-gas CS yang dinaikkan isipadunya)
Gambar hiasan |
Malahan, ada yang kutuk duduk rumah lagi baik, Bersih 3.0 adalah satu perbuatan yang sia-sia, menyusahkan diri sendiri saja & segala tuntutan kononnya wujud penipuan & manipulasi dalam pilihanraya TIDAK AKAN DILAYAN pun...
JAWAPAN SAYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH....
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.
“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.
“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
SAYA YAKIN USAHA KAMI MUNGKIN TAK SEBESAR MANA, SEKADAR BERHIMPUN DENGAN AMAN, BANGKIT BERSAMA RAKYAT DEMI MASA DEPAN TANAHAIR ... TAPI IA SUDAH CUKUP MENGGERUNKAN KERAJAAN HINGGA SANGGUP MENGARAHKAN POLIS UNTUK BERTINDAK KASAR KE ATAS KAMI...
SEKURANG-KURANGNYA JIKA DITANYA ALLAH SWT, KAMI SUDAH PUN MENENTANG KEMUNGKARAN TERSEBUT & MEMBANTAH RAKYAT TIDAK RELA DITIPU WALAU SEDIKIT PUN...
sila sebarkan , juga kongsikan pengalaman atau suara hati anda , emailkan ke infotukanglawan@gmail.com
1- #CeritaBersih3.0 - Luahan Hati Seorang Pemuda
2- #CeritaBersih3.0 - Regim semakin gila dan gelabah!
3- #CeritaBersih3.0 - Polis Wanita Tumbuk Makcik 71 Tahun
4- #CeritaBersih3.0- Tubuh Dibasahi Darah Angkara Polis
5- #CeritaBersih3.0 - Wajah teruja anakku berubah... 2- #CeritaBersih3.0 - Regim semakin gila dan gelabah!
3- #CeritaBersih3.0 - Polis Wanita Tumbuk Makcik 71 Tahun
4- #CeritaBersih3.0- Tubuh Dibasahi Darah Angkara Polis
6- #CeritaBersih3.0 - Cerita Aziz Bari
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.