#CeritaBersih3.0 - Regim semakin gila dan gelabah!

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
 Artikel asal oleh Aiman Athirah Al Jundi, Merdeka Review  

28 April 2012, seawal pagi telah membuktikan ketertiban para peserta Duduk Bantah BERSIH 3.0.  Mereka kelihatan sangat profesional, penuh semangat kekitaan, persaudaraan, perpaduan bahkan bersedia menjadikan himpunan itu sebagai satu rapat rakyat daripada pelbagai keturunan yang sangat aman pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. 

Ini terbukti dengan kehadiran ramai kalangan mereka bersama seisi keluarga, ayah ibu, anak-anak, tua muda, kecil besar bahkan termasuk juga rakan-rakan kita dari kalangan OKU - Orang Kelainan Upaya.  Ada yang hadir dengan berkerusi roda, berpapah, bertongkat dan berdukung.

Andainya rakyat memang hadir ke situ untuk bertempur dengan pihak Polis, tentulah ratusan ribu rakyat itu lebih mampu menumpaskan keselamatan yang jauh lebih sedikit bilangannya.  

Tetapi itu tidak berlaku bukan?  Bahkan rakyat pasrah melarikan diri selepas REGIM PDRM yang mendapat perlindungan dan jaminan suaka selamat REGIM BN membuat tindakan ganas menyepak, menerajang dan mengheret rakyat dengan muka terseret di atas tar jalan raya!

Sangat sadis situasi pada petang itu.  Ironinya ratusan ribu rakyat itu majoritinya masih upaya menahan sabar dan hanya pasrah dalam pekik raung meminta tolong agar dihentikan pembelasahan regim dalam raut calar petang Sabtu 28 April.

Kamera, Video Kamera, Handphone berkamera rakyat dirampas bagi melupuskan bukti kehancuran demokrasi kolot Regim UMNO Barisan Nasional.

Seketika saya sangat merasakan itulah manifestasi kedzaliman Regim Tel Aviv ke atas ummat Palestine!

Tragedi keganasan Polis yang sebenarnya terus berulang!  Langsung tidak menampakkan hasrat dan iltizam untuk berubah dan bertindak secara matang Rakyat yang kalian ganasi itu adalah rakyat kita, rakyat Malaysia.

Hatta kalian juga tahu sebenarnya yang memulakan angkara provokasi adalah daripada kalangan kalian sendiri, meski berbaju kuning BERSIH tetapi jiwa dan gelagat mereka jelas menzahirkan kemunafikan dan kekotoran asuhan Regim!  

Jangan sama sekali mahu berdusta, selagi kalian percaya adanya Tuhan dan Hari Pembalasan!  Setiap yang terlibat, doa kami mereka tidak akan selamat!

Nah, setelah terbukti pada 28 April 2012, ratusan ribu rakyat komited meneruskan acara DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka dengan semua mereka menghala ke sana secara teratur dan aman…. 

Hatta saya sendiri bersama adik-adik Ameerah DUDUK & BANTAH di bahu jalan, bawah tiang lampu trafik depan DBKL seawal jam 10 pagi.  Kami menjadi saksi betapa suasana begitu tertib.  Laungan "duduk duduk, bantah bantah", "buka buka, buka dataran", "bersih bersih, bersih bersih, bersih bersih...", dan bila lagu Negaraku dinyanyikan maka kelihatan ramai yang duduk tadi terus berdiri.  Ini adalah bukti semangat hormat, setia cinta dan sayangkan Negara yang tidak pernah berbelah bahagi.

Semua yang hadir di situ adalah kelompok rakyat Malaysia yang sangat prihatin terhadap urus tadbir Negara.  

Kelompok yang sangat prihatin terhadap keselamatan dan kedaulatan Negara akibat terlalu banyaknya bukti penyelewengan dalam Daftar Pemilih SPR dan pemberian hak warganegara kepada pendatang-pendatang asing atas kepentingan survival BN.

Rakyat yang hadir pada hari itu hakikatnya adalah wira-wira baru Negara.  Dan jangan Najib mahu berpaling daripada janjinya bahawa dia dakwanya akan mendengar denyut nadi dan hasrat rakyat!  

28 April 2012 itu ratusan ribu rakyat membanjiri Kuala Lumpur.  Apakah Najib tidak upaya mendengar denyut nadi BERSIH 3.0?  Najib sebenarnya mahu apa lagi?  Sedang dilandakah Najib dengan sindrom penafian?

Selepas terbukti limpahan ratusan ribu rakyat Malaysia hadir, mengapa Regim lebih memilih untuk "BERKERAS HATI" tidak membuka laluan masuk ke Dataran Merdeka?  Tempat itu bukan kawasan larangan umum.  Tempat itu bukan kawasan persendirian.  

Bahkan dalam banyak masa, tempat itu menjadi persinggahan anjing, kucing dan tikus!  Tempat itu juga adalah kawasan pelancongan awam.  Tempat terbuka.  Betapa derhakanya Datuk Bandaraya Kuala Lumpur bila menafikan hak "para pelancong BERSIH 3" ini.


Muhyidin Yassin dan para proksi Regim UMNO BN (dari kalangan NGOs baru yang hidup segan mati tak mahu) sibuk menuding jari kepada Penganjur BERSIH 3.0 dan kepimpinan Pakatan Rakyat. 

Sehingga sengaja melupakan punca utama terjadinya DUDUK & BANTAH pada 28 April 2012 itu adalah daripada kepincangan, penipuan dan penyelewengan dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya Negara ini yang diterajui oleh SPR yang mana Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya adalah "baruah" dan "pencacai" UMNO!  Selama ini makan duit membesarkan anak bini daripada hasil haram, menipu dan memperbodohkan rakyat Shame on you Muhyidin!

Setakat berhujjah bahawa Dataran Merdeka tidak tergazet sebagai kawasan himpunan dalam akta yang baru?  Maka apakah laluan dan persinggahan yang kami semua lalui pada hari itu tergazet?  Umum tahu akta itu ditolak rakyat.

Dunia tahu betapa akta itu adalah satu pembohongan Regim untuk melakukan silap mata bahawa kononnya Regim Najib telah berubah dan iltizam untuk menghormati hak berhimpun rakyat.  Nah, bukankah tragedi malang rakyat pada 28 April 2012 baru-baru ini adalah bukti kukuh bahawa Regim UMNO-BN ini sebenarnya dalam kegilaan dan kegelabahan yang cukup parah?

Selepas terkesima dan hampir tidak percaya dengan kata-kata Hishammuddin Hussien Onn pada 27 April, sehari sebelum BERSIH 3.0 mengambil tempat yang antaranya berkata 

"Apa pun yang berlaku esok (28 April) saya telahpun menyerahkan tugas kepada Polis...", kini saya fahami.  

Rakyat sebenarnya sengaja diizinkan untuk berkumpul sesak dari semua arah... sedang pihak polis telahpun siaga untuk "menghukum" rakyat.  Ratusan ribu rakyat sebenarnya dijadikan "senjata" oleh regim untuk bertindak kerana mereka tahu dalam keadaan yang sebegitu ramai itu, selepas melepaskan air berkimia dan gas pemedih mata maka tentulah jumlah yang ramai itu dengan sendiri menjadi satu kelebihan kepada pihak polis!

Dengan hanya satu tembakan gas pemedih mata hakikatnya ratusan ribu rakyat yang tidak bersedia dengan kedzaliman itu telahpun lari bertempiaran.  Bergelimpangan. Undur kehairanan.  Saya menyaksikan ramai terpinga-pinga…"what is going on"


sila sebarkan , juga kongsikan pengalaman atau suara hati anda , emailkan ke infotukanglawan@gmail.com




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit