Najib Melawak Lagi, "woi, boleh blah la"

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Pengumuman gaji minimum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya bersifat sandiwara bagai memancing undi menjelang pilihan raya, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Choo Chon Kai.

Najib tak cool, kita tukar PM baru
 “Selain paras gaji minimum yang diumumkan jauh kurang daripada apa yang dituntut oleh gerakan masyarakat, pelaksanaan tersebut hanya akan berlaku selepas enam bulan dan kemunginan besar akan ditunda lagi seperti yang berlaku kepada pegawal keselamatan.

“Kalau kerajaan Umno BN benar-benar ingin melaksanakan gaji minimum, sepatutnya ia dilakukan sekarang. Apabila hak pekerja dituntut, maka taktik melambatkan menjadi lumrah pemerintah,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan tindakan terbaru Najib itu yang bakal senasib dengan pengumumannya sebelum ini berhubung gaji minimum untuk pegawal keselamatan.

Malah katanya, kerajaan BN sebelum ini tidak berniat untuk melindungi hak pekerja bahkan sanggup menggadaikannya demi menjaga keuntungan kroni dan pemodal besar.

Tuntutan pekerja di Malaysia yang perlu ditunaikan segera demi menjamin kesejahteraan hidup adalah gaji minimum RM1,500, jaminan kerja, kawalan harga barang, kebebasan menubuhkan Kesatuan Sekerja, bebas daripada beban cukai GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), perumahan selesa dan penghentian penswastaan perkhidmatan asas.

“Semua tuntutan tersebut tidak mungkin jadi realiti dengan kerajaan Umno BN sekarang yang hanya tahu merompak rakyat biasa untuk kapitalis,” kata Chon Kai.

Malam tadi, Najib mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula RM800 atau RM3.85 sejam.

Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Sudahlah, najib dah kering idea, bukan dulu najib ke yang kata, kalau pakatan rakyat beri gaji minima pada pekerja negara akan bangkrap, puiiiiii malu la woi... boleh blah. jijik tgk muka najib


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit