BBC Selar Astro Kerana Tidak Siar Berita Yang Adil

| comments

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

British Broadcasting Corporation (BBC) menyelar tindakan penapisan Malaysia berhubung liputan mereka sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu apabila liputan mereka dikeluarkan daripada laporan Astro.

Ketika minggu Hari Keamanan Media Dunia, adalah bagus sekiranya kebebasan dan berita yang tidak berat sebelah dipaparkan.

“Kami menyelar terhadap sebarang tindakan menghalang berita yang dipercayai yang kami siarkan seluruh dunia termasuk rakan penyiaran,” kata wakil BBC melalui emel kepada The Malaysian Insider.

Syarikat penyiaran British itu menambah, mereka membuat “permohonan segerakepada Astro agar memberikan sebab mengapa menapis siaran dua minit terhadap protes ganas tersebut.

BBC meminta penjelasan segera kepada Astro untuk mengemukakan alasan mereka.

“Laporan anti Kerajaan di Malaysia telah disunting sebelum disiarkan di televisyen satelit Malaysia, dengan bahagian tersebut dipindahkan daripada versi asal BBC,” katanya.

Menurut laman YouTube yang boleh diperolehi dalam kenyataan tersebut, laporan BBC ketika Bersih 3.0 telah dipendekkan kepada beberapa saat termasuk rakaman dengan dua perusuh.

Video berkenaan menunjukkan perbezaan laporan BBC dan yang disiarkan oleh saluran Malaysia boleh di tonton  (di sini)

Ketika sesi temuramah dengan seorang lelaki, dipercayai berbangsa Cina, dia telah berkata kepada BBC polis telah melepaskan gas pemedih mata apabila perusuh berhasrat untuk berunding.

Mereka melepaskan gas pemedih mata berbanding meminta maaf, kami tahu ia hanya tembakan tidak sengaja, kami cuba tawarkan perdamaian, tapi mereka tetap melepaskan tembakan,” katanya.

Dalam temu ramah selanjutnya, seorang lelaki India telah menjelaskan alasan beliau menyertai perhimpunan tersebut dan secara tiba-tiba bertukar ganas ketika jam 3 petang pada Sabtu.

Saya ke sini untuk melihat apa yang ada pada pilihan raya yang adil dan bebas. Itu sahaja.

“Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas dan bersih. Ketika ini, ia tidak bebas. Okay? Jadi saya berhasrat untuk berada di sini kerana ia hari bermakna buat Malaysia,” katanya dikelilingi ribuan peserta yang hadir sebelum halangan di Dataran Merdeka diruntuhkan.

Laporan televisyen tempatan turut mengeluarkan bahagian lain laporan BBC, yang mana menunjukkan rakaman dari sudut atas polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah perusuh.

Kata-kata koresponden BBC, Emily Buchanan turut dikeluarkan daripada petikan berkenaan.

Tidak jelas bagaimana keganasan itu bermula,” katanya dalam petikan yang disiarkan.

“.... namun selepas perhimpunan itu diisytiharkan berjaya dan orang ramai mula pulang ke rumah, halangan itu diruntuhkan ...,” katanya dalam petikan yang disensorkan.

“... pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh,” katanya, dan petikan rakaman itu disiarkan.

Perhimpunan Sabtu lalu memberikan laporan negatif terhadap media antarabangsa, yang mana menyelar pentadbiran Najib.

Menurut BBC, walaupun jumlah peserta yang besar, kerajaan dilihat tidak berminat untuk berubah dan pilihan raya dijangka bakal berlaku Jun depan, terlalu awal untuk pembaharuan dilaksanakan.

Ini bermakna, akan ada lebih banyak penentangan politik.

Perhimpunan Bersih kali ini lebih ganas daripada 9 Julai tahun lalu, Bersih 3.0 telah bertelagah mencari kesalahan kerajaan dan pembangkang siapa yang menjadi pencetus keganasan antara polis dan peserta himpunan,



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit