Memaparkan catatan dengan label Fariz musa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fariz musa. Papar semua catatan

JAKIM dan SKMM gagal, NGO jingga 13 mohon campur tangan Agong

| comments


Setelah terlalu banyak laporan polis dibuat oleh banyak pihak berhubung isu penghinaan terhadap agama Islam oleh Makcik hajjah sitt al-wazura, NGO jingga 13 hari ini mengambil langkah drastik dengan memohon campur tangan DYMM SPD Agong setelah JAKIM dan SKMM gagal bertindak terhadap individu terbabit.

 
"Kegagalan Jamil Khir mahu pun Jakim dan juga SKMM dalam bertindak terhadap individu terbabit, kami berasa selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berharap campur tangan dari pihak istana dapat menyelesaikan isu tersebut."







"Semua agensi enggan mengambil tindakan serius dan apa yang kita lihat masing-masing cuba lepas tangan walaupun secara terang-terang lawan sesawang mahupun laman sosial itu menghina serta boleh memesongkan akidah umat Islam dinegara ini,"
kata Pengerusi Jingga 13 Saudara Fariz Musa sesudah selesai menyerahkan surat mohon sembah mengadap DYMM SPD Agong.





Aduan telah dibuat kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM), namun sehingga hari ini tiada tindakan serius diambil oleh pihak berkuasa tersebut walaupun kes ini telah berlarutan sangat lama.

Sesuai dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan bagi menjaga kesucian agama di negara ini, Jingga 13 melihat campur tangan istana adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan akidah umat islam.


Menurut Fariz Musa, individu terbabit bukan sahaja menghina Islam tetapi telah turut menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong dengan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa rasa bersalah, malah tiada tindakan tegas diambil.


"Kita sentiasa disajikan dengan berita mahupun isu murtad yang berlaku dinegara ini, perkara ini adalah amat serius serta perlu di tangani segera dan kami melihat pemesongan akidah serta memyebabkan seseorang itu menjadi murtad adalah disebabkan apa yang dimainkan oleh laman sesawang mahupun laman sosial dan inilah cara yang paling halus digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.





KLIK UNTUK SERTAI FB KELAB JINGGA13

KLIK UNTUK SERTAI FB JINGGA13  MUAFAKAT
 @TUKANGLAWAN  Tidak faham kenapa JAKIM dan SKMM tidak mahu bertindak.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Jakim, SKMM jangan Jadi setan bisu

| comments


Masih ingat lagi dengan "surau Al-Musyrikin" ciptaan TV3 yang  kariahnya adalah puak-puak songkok tinggi umnoapco, sehingga kini laporan polis oleh Jingga13 berhubung perkara itu tidak diberi perhatian serius, khabarnya polis masih tidak membuat sebarang siasatan berhubung perkara itu.

Dan apa tindakan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) kepada TV3 selepas tersiarnya rungutan dan  aduan rakyat di sesawang sosial dan blog-blog?..apakah mereka hanya diam membisu menunggu arahan Apco yahudi laknat?

Apa pula fungsi Jakim dalam hal seperti itu?,  bukankah mereka yang perlu tampil mempertahankan Agama ISLAM dari dicemari?

Menyedihkan, dalam hal-hal seperti ini mereka jadi setan bisu, mereka tidak serius menangani perkara yang sangat sensetif ini, kerana pada pendapat mereka Islam itu tidak lebih penting berbanding kekuasaan umnoapco dan bagaimana umnoapco harus terus berkuasa.

Paling mendukacitakan ialah bila pada 7 sept 2011 yang lepas, bila satu kumpulan gabungan blogger pro Pakatan yang menggelarkan diri mereka JINGGA13 dihalang dari menghantar memorandum berkenaan salah laku ‘Makcik Hajjah Sitt Al- Wuzara’ di ibu pejabat JAKIM di putrajaya. Pihak polis dipanggil untuk mengusir mereka.

Sebenarnya isu ‘Makcik Hajjah Sitt Al- Wuzara’yang menghina kesucian dan menghina Islam di blog dan laman sosial Facebook ini telah berlanjutan terlalu lama,  tetapi masih tidak dikenakan sebarang tindakan, nampak benar SKMM dan JAKIM tidak tegas dan tidak ambil tahu hal seperti ini, apatah lagi mahu membela kesucian Agama ISLAM, memang jauh panggang dari api. 

Sikap SKMM dan Jakim yang kurang memberi kerjasama serius dalam hal ini di bimbangi akan mengundang permasalahan lebih serius jika dibiarkan sahaja,

“Kalau ia boleh (terus) dilakukan, kita takut ada pula yang mengambil tindakan yang sama, menghina agama lain,” 

Tegas Fariz Musa iaitu Penyelaras JINGGA13 ketika sidang media di Kelab Shah Alam, Selangor semalam.

Justeru, beliau mendesak Jakim dan SKMM mengambil sikap lebih tegas dan tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan dan pendakwaan

“Isu bersifat politik diutamakan. Seperti blogger Hanief, ditangkap dengan segera. Namun, isu yang menggugat akidah umat Islam dan perpaduan kaum dikesampingkan,” kata Fariz lagi.
Keengganan Jakim menerima memorandum berhubung perkara itu ketika mereka berkunjung jabatan itu untuk mengetahui hasil siasatan semalam. jelas bertentangan dengan komitmen yang pernah diberi Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sekitar 29 Mac dahulu sewaktu laporan pertama dibuat. 

Beliau seterusnya mendesak Jamil Khir meletakkan jawatan kerana berbohong dan gagal menangani perkara ini, termasuk membawa individu berkenaan ke muka pengadilan.

“Jamil Khir berbohong kepada rakyat berkenaan kenyataannya sebelum ini.  Beliau hanya seorang Menteri bertopengkan agama. Kita percaya perkara ini semakin parah. Beliau perlu meletak jawatan kerana gagal menangani perkara ini. Maruah Jakim perlu dikembalikan,” 

kata Fariz lagi mengakhiri sidang media berkenaan.

@TUKANGLAWAN  Desak JAKIM dan SKMM  ambil tindakan segera, Jangan jadi setan bisu...



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"



NGO Jingga 13 pula buat laporan SPRM

| comments





Berikutan rasa tanggungjawab dan keperluan untuk mendedahkan sebarang keraguan dalam proses pendaftaran senarai pengundi,gabungan penulis blog dan aktivis yang dikenali sebagai Jingga 13, membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kewujudan identiti palsu dalam sistem pengesahan, laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di putrajaya hari ini.


Menurut Koordinator sekretariat Jingga 13, Fariz Musa, tindakan itu diambil supaya SPRM menyiasat kepincangan dalam sistem daftar pemilih SPR dan sistem pengesahan JPN.

“Jingga 13 mengesyaki berlaku sendikit yang terlibat  secara licik dan tersusun dalam menjalankan taktik kotor tersebut. Ianya pasti didalangi oleh institusi yang bertanggungjawab dalam usaha menjalankan gerak kerja bagi tujuan memenangkan sesebuah parti dalam pilihan raya,”

“Adalah menghairankan bagaimana wujud si penama serta nombor pengenalan baru dalam daftar pemilih SPR beserta maklumat lengkap serta tarikh lahir, jantina, lokaliti, daerah mengundi, DUN dan Parlimen,Tetapi apabila disemak dalam sistem JPN, didapati nombor kad pengenalan tersebut tercatat ‘tiada permohonan atau nombor yang dimasukkan tidak sah,” kata beliau pada media sejurus selepas membuat laporan tersebut bersama Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Nizam Saad




“Jingga 13 mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPN serta SPR menjawab isu kewujudan identiti pengenalan palsu atau tidak wujud dalam daftar pemilih SPR"
kata faris musa lagi.











"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Bersih 2.0 - Fariz Musa, ketua AMK subang dan Sahabat ditahan

| comments

Sekadar gambar hiasan

Lebih kurang jam 3 pagi tadi tukanglawan dikejutkan dengan berita penahanan ahli jawatankuasa pusat PKR, Fariz Musa, Ketua AMK Subang, Juzaharim dan seorang ahli AMK saudara Yusof .

Difahamkan, mereka ditahan kerana pihak polis menjumpai beberapa helai baju BERSIH 2.0 di dalam kereta semasa ditahan di satu sekatan jalanraya di Jalan Gleenmary Shah Alam semasa mereka mahu pulang kerumah selepas bersantai bersama rakan-rakan lain di sebuah warung berhampiran.

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis USJ 8, di Subang

Dari hasil maklumat rakan-rakan yang berada di balai polis seksyen 8 sehingga kini mereka masih belum dibebaskan, pertuduhan juga masih belum jelas, apa yang agak menimbulkan kegusaran , mereka mungkin akan dikaitkan dengan berita penemuan senjata beserta baju BERSIH yang meragukan sebelum ini

Untuk menghalang BERSIH 2.0 ,najib dan hishamuddin dijangkakan sanggup melakukan apa saja untuk memberi imej jahat kepada apa saja yang melibatkan himpunan ini, termasuk menangkap pimpinan yang dianggap menggugat mereka.
@TUKANGLAWAN Yakin najib sangat terdesak sekarang kerana cubaan mengharamkan himpunan ini tidak berhasil.

"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut"


 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit