Setelah terlalu banyak laporan polis dibuat oleh banyak pihak berhubung isu penghinaan terhadap agama Islam oleh Makcik hajjah sitt al-wazura, NGO jingga 13 hari ini mengambil langkah drastik dengan memohon campur tangan DYMM SPD Agong setelah JAKIM dan SKMM gagal bertindak terhadap individu terbabit.
"Kegagalan Jamil Khir mahu pun Jakim dan juga SKMM dalam bertindak terhadap individu terbabit, kami berasa selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berharap campur tangan dari pihak istana dapat menyelesaikan isu tersebut."
kata Pengerusi Jingga 13 Saudara Fariz Musa sesudah selesai menyerahkan surat mohon sembah mengadap DYMM SPD Agong.
Aduan telah dibuat kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM), namun sehingga hari ini tiada tindakan serius diambil oleh pihak berkuasa tersebut walaupun kes ini telah berlarutan sangat lama.
Sesuai dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan bagi menjaga kesucian agama di negara ini, Jingga 13 melihat campur tangan istana adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan akidah umat islam.
Menurut Fariz Musa, individu terbabit bukan sahaja menghina Islam tetapi telah turut menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong dengan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa rasa bersalah, malah tiada tindakan tegas diambil.
"Kita sentiasa disajikan dengan berita mahupun isu murtad yang berlaku dinegara ini, perkara ini adalah amat serius serta perlu di tangani segera dan kami melihat pemesongan akidah serta memyebabkan seseorang itu menjadi murtad adalah disebabkan apa yang dimainkan oleh laman sesawang mahupun laman sosial dan inilah cara yang paling halus digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.
KLIK UNTUK SERTAI FB KELAB JINGGA13
KLIK UNTUK SERTAI FB JINGGA13 MUAFAKAT
@TUKANGLAWAN Tidak faham kenapa JAKIM dan SKMM tidak mahu bertindak.
"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.