Memaparkan catatan dengan label Datuk Eskay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Eskay. Papar semua catatan

Terima Kasih wahai PAPA GOMO.

| comments

Assalamualaikum,

Baru-baru ini alam maya digemparkan oleh Papa Gomo yang konon-konon ada pendedahan 'terbesar' yang dinantikan para pencacai UMNO sekalian, dinyatakan akan dikeluarkan video itu pada jam 10 pagi, maka ramai penganut UMNO ini menunggu bersengkang mata menanti pendedahan yang dibuat oleh Papa Gomo itu.

Semalam Papa Gomo mengeluarkan sebuah video CCTV bertajuk "Bapak Anwar di Ampang Apartment" yang didakwa menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Eskay memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China. [Utusan]

Sedangkan sebelum itu diura-urakan bahawa perlakuan itu berlaku didalam sebuah HOTEL, bagaimana boleh menjadi sebuah pangsapuri?

Malahan Utusan Malaysia sendiri menyatakan kenyataan yang Datuk Eskay sudah mendedahkan kepada POLIS bahawa lokasi kejadian adalah didalam BILIK HOTEL, boleh baca [Utusan].

Mari kita saksikan VIDEO yang dikeluarkan oleh Papa Gomo.


Lihat dua perbezaan kenyataan ini, Eskay kata Anwar lakukan hubungan seks di hotel, tapi Papa Gomo dedahkan pula rakaman video CCTV di Apartment Ampang dan mendakwa Anwar lakukan hubungan seks di pangsapuri. Sekejap hotel sekejap apartment, mana satu yang betul?

Adakah adegan yang menunjukkan DS Anwar Ibrahim di lift Apartment Ampang ini akan membawa Datuk Eskay ke sebuah hotel di Kuala Lumpur? Mungkin selepas ini blogger United Malays No Otak yang lain akan kata DS Anwar Ibrahim lakukan seks di stadium pula.

Sehari selepas video seks ini tersebar, DS Anwar Ibrahim telah membuat laporan Polis untuk menafikan dirinya di dalam video seks itu. Jika Pihak Polis ada bukti bahawa DS Anwar Ibrahim di dalam video itu, kenapa Polis tak tangkap DS Anwar Ibrahim kerana membuat laporan palsu?




Polis buat apa terhadap kes ini?Atau hanya membiarkan rakyat terus dipermainkan persepsi mereka terhadap DS Anwar Ibrahim?Ini suatu rancangan PEMBUNUHAN KARAKTER yang paling dahsyat dirancang kepada seorang ahli Politik.Mengalahkan Zionis di ISRAEL sudah UMNO dan Barisan Nasional ini.


Oleh itu kami amat ber TERIMA KASIH kepada Papa Gomo kerana telah mendedahkan KONSPIRASI AGUNG ini sendiri.Papa Gomo sanggup berkorban dipotong elaun untuk Pakatan Rakyat apabila membuka pekung UMNO dan rakan-rakan yang semakin bercelaru hari ke hari?





AAAA

Sah, trio datuk T akan ditangkap.

| comments


Biadap sekali trio datuk T bila memanggil semua wartawan ke tayangan "perdana" video lucah di carcosa seri negara tempoh hari,Bukanlah budaya dalam masyarakat kita yang punya sopan santun ini untuk terima perkara seperti itu secara terbuka. percayalah, kesan kejahatan mereka nanti akan buat kita menyesal jika tidak dibendung.

Perbuatan 3 ekor beruk bodoh ini menjadi pencetus pada penyebaran vcd-vcd lucah yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang. kita dapat lihat betapa golongan songkok tinggi menjadi begitu rakus dan berahi sekali. dan keberahian mereka itu sama-sama mahu mereka kongsi

Dengan restu dan keizinan pihak berkuasa.maka bertaburan lah VCD lucah disebarkan klik sini kalau nak Vcd lucah, ini dilakukan demi survival politik puak songkok tinggi yang sudah hampir ke penghujungnya.

Hasil dari perbuatan 3 beruk jantan berahi inilah dijadikan inspirasi hingga terhasil peristiwa 6 jun lalu bila seorang pemandu bas cuba mencabul kehormatan seorang wanita dengan cuba "memberahikan" wanita tersebut dengan penayangan Percuma Video lucah , sila baca disini

kesalahan yang dilakukan adalah sama iaitu penayangan video lucah, namun tindakan pihak berkuasa dalam hal ini sangat berbeza. si pemandu bas segera ditangkap dan dihukum, tetapi trio datuk 3 beruk itu masih bebas sehingga kini.. adakah seksyen 292 kanun keseksaan kerana menayang bahan lucah  dikecualikan buat 3 ekor beruk ini atau ada tangan-tangan ghaib yang menghalang tindakan diambik keatas mereka.

Sedarlah semua akan bahayanya apa yang dilakukan mereka ini, kita harus tumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang semakin hancur itu. mereka harus kita sekat dari terus berkuasa jika kita sayangkan negara dan generasi akan datang. 

Tumbangnya Barisan Nasional beban negara itu akan memastikan 3 ekor beruk itu dihumban ke penjara disamping pembongkaran lebih banyak skandal pemimpin pusat sekarang.

pilihan ditangan anda sama ada anda mahu negara berkebajikan atau negara"berkelucahan"

namun yang pasti trio datuk T beruk akan ditangkap dan dihumban ke penjara bila Umnogok -Be-End  tumbang pada PRU13 nanti

@TUKANGLAWAN rasa pemimpn tertinggi umporno in terlalu suka melihat video lucah, pasti mereka menonton bersama isteri anak dan cucu , mana tidaknya, mereka sanggup merelakan dan mengrelakan penyebaran VCD lucah itu

VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis- Shuhaimi

| comments



SHAH ALAM: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.

Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan.

“Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya,” ujarnya ketika dihubungi.

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan undangan Negeri Seri Muda itu berkata polis perlu bertindak tegas terhadap pengedar VCD lucah jika tidak mahu dianggap sebagai jentera Umno dan Barisan Nasional.

“Janganlah sampai rakyat yakin bahawa polis memang benar-benar bersekongkol,” kata Shuhaimie.

Beliau memberi reaksi berikutan laporan media bahawa terdapat ketua-ketua kampung di Selangor, bahkan di Melaka telah menerima salinan VCD lucah tersebut, yang dipos ke rumah-rumah mereka.

Shuhaimie yakin tindakan itu didalangi oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

“Apa yang dikatakan Najib membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa cara sekalipun dan ini adalah salah satu buktinya, walaupun dengan cara tidak bermoral. Jangan hairan apabila satu ketika nanti, VCD lucah akan turut diedarkan dari rumah ke rumah,” ujarnya.

Beliau menambah, Umno semakin gelisah dengan program ‘Jelajah Selangor Tawan Malaysia’ yang bertujuan memberi penerangan ke kesemua daerah di Selangor.

“Umno-BN resah, ketakutan dan tiada idea, lalu perkara yang paling hebat dan mampu dilakukan hanyalah mengalihkan tumpuan dari isu sebenar.

“Ketika kita membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup, dan penyelewengan pemimpin BN, mereka sibuk mengedarkan bahan lucah. Polis seharusnya bertegas dan mengambil tindakan,” katanya.

sebelum itu jugapolis dikatakan sengaja membiarkan VCD lucah tersebut disebarkan di selayang (baca sini)

Azalina bidas Rahim Thamby chik

| comments

SHAH ALAM: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno” katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor April lalu.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

“Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya.

Eskay punya kaitan dengan pemisah thai - wikileak

| comments



KUALA LUMPUR: Laman web WikiLeaks  telah membocorkan maklumat bahawa salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. 

Malah lebih mengejutkan Eskay juga dikatakan mempunyai pengetahuan dan kaitan dengan gerakan pemisah Thailand yang berselindung di Malaysia.

Eskay berkongsi maklumat mengenai pergerakan kumpulan pemisah tersebut dan aktiviti yang dijalankan kepada pegawai kedutaan AS berpangkat tinggi, dalam satu  mesyuarat yang diadakan pada 5 Febuari 2006.
Butiran mesyuarat itu dihantar dalam satu kabel rahsia oleh Penasihat Politik Mark D Clark kepada Jabatan Negara AS di Washington, sebelum  dibocorkan oleh WikiLeaks.

“Eskay boleh muncul dan berhubung dengan kumpulan pemimpin-pemimpin lama pemberontak dan kumpulan simpati dari selatan Melayu Thailand.
“Pandangannya tentang pemberontakan ialah yang paling terperinci kami pernah dengar sepanjang lima hari perjalanan di utara Malaysia dan dijejaki dengan tepat berdasarkan maklumat dan pendapat-pendapat daripada pihak yang dipercayai.
“Beberapa rakyat Malaysia mencurigai Eskay dengan pertubuhan pemisah Melayu dan mengatakan Eskay telah terlibat dalam perniagaan kontroversi pada masa lalu,” kabel itu dipetik.

Eskay yang  merupakan bekas Konsulat terhormat Thailand di Malaysia menggemparkan negara pada Mac lalu apabila menayangkan satu rakaman video lucah mengaitkannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau terlibat bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga penyokong setia Mahathir dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Pimpinan Pakatan Rakyat mengecam usaha tersebut sebagai satu lagi siri konspirasi terhadap Anwar.
Ia dibuktikan apabila kerajaan bertindak melindungi mereka, termasuk tidak ada tangkapan terhadap blogger yang menyebar video lucah terbabit.

Eskay juga terlibat dalam kes saman terhadap pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd terhadap projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dan Singapura- salah satu ilham Dr Mahathir.

@TUKANGLAWAN Mintak semua orang renung kembali peribadi si eskay ini, dia boleh digambarkan sebagai seorang peniaga yang akan menghimpit siapa saja untuk kepentingan diri, sanggup lakukan apa saja demi wang ringgit , malah eskay juga adalah lalang, ingatlah betapa bahayanya orang seperti ini.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit