Blog Hina Sabah itu Harus Dikecam - Kak Wan

| comments

Pakatan Rakyat tiada kaitan langsung dengan kewujudan blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ , kononnya mewakili suara ketiga-tiga komponen parti, tegas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anggota Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu mengecam tindakan blog tersebut mencerca dan menghina rakyat Sabah dalam artikelnya bertajuk ‘Tarian Sumazau untuk golongan rendah akhlak’ yang sudah dibuang selepas dikritik pelbagai pihak.

Saya bimbang ini hanya permulaan kepada siri serangan untuk membunuh watak Pakatan Rakyat dan parti komponen dalam keadaan Pilihan Raya Umum (PRU) kian hampir.

“Blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ dan orang-orang di belakangnya, sepatutnya berasa malu kerana menghina orang lain dengan cara bersembunyi dan berpura-pura pula kononnya mewakili Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Azizah, KEADILAN, PAS dan DAP sejak sekian lama bekerja keras untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang demokratik, bertoleransi dan bebas daripada kebencian.

Pakatan Rakyat adalah mengenai sikap hormat-menghormati, manakala blog ‘Suara Pakatan Rakyat’ hanyalah mengenai kebencian dan perpecahan. Setiap orang harus mengutuk blog itu,” kata Presiden KEADILAN itu lagi.

Azizah turut melampirkan kenyataan ringkas Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN yang berketurunan Kadazan, Ignatius Darell Leiking.

Darell menyifatkan tulisan blog itu jelas berniat jahat dengan tujuan mewujudkan salah faham di kalangan penyokong Kadazan terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Berdasarkan rekod, blog suarapakatanrakyat.com sudah beberapa kali menerbitkan pelbagai berita mencurigakan dengan isi kandungannya bertujuan melaga-lagakan sesama komponen Pakatan serta menimbulkan provokasi kaum dan agama.


Malah kandungannya sudah beberapa kali dipetik dan diangkat sebagai berita penting di akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Terbaru, blog itu hari ini menerbitkan artikel bertajuk ‘Memang Tarian Sumazau Berbentuk Pemujaan’ . Kandungannya sekali lagi mengait dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

"tukanglawan" sebelum ini sudah ingatkan pengunjung tentang 2 blog palsu yang dikesan cuba menyamar sebagai pendokong pakatan rakyat, tetapi kandungan didalam blog-blog berkenaan sering menimbulkan keraguaan seperti sengaja mengapi-apikan serta menghasut untuk membenci satu sama lain, ia sesuatu yang sangat pelik. sila baca sini dan sini untuk rujukan kes penyamaran tersebut.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit