Iklan Menarik Dari Kerajaan Negeri Selangor

| comments

Ini iklan yang menarik, iklan ini memberi penjelasan tentang apa yang telah dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat negeri selangor.


Iklan berbentuk penerangan ini walaupun sebuah iklan oleh kerajaan negeri yang ditadbir pakatan rakyat, namun tiada satu pun logo Parti diletakkan, ia sedikit berbeza dengan apa yang dilakukan oleh umno dan BN.

Jadi kalau di ceruk-ceruk kampung yang masih ada rakyat yang tidak tahu bahawa kerajaan negeri selangor ini bukan lagi milik umno, pasti mereka masih beranggapan "baiknya Umno" kerana beri banyak faedah buat rakyat Selangor. padahal kerajaan sudah bertukar, dan kerana kerajaan sudah bertukarlah mereka kini dapat banyak faedah hasil dari ketakutan umno itu sendiri.

Iklan Ringkas ini digarap dalam bentuk menarik, dan ia memberi penjelasan mudah faham konsep negara berkebajikan.

Dalam masa sesingkat empat tahun sahaja, Kerajaan Selangor telah memperkenalkan banyak program pro-rakyat yang memberi manfaat kepada kehidupan semua pihak, tanpa mengira jalur politik masing-masing.

Jadi nak pilih BN lagi ke?, BN yang punya sifat politik balas dendam itu kelak akan sedikit-demi sedikit membalas dendam pada rakyat selangor, contohnya belum apa-apa pinjaman PTPTN untuk rakyat negeri selangor mahu mereka bekukan.

Sifat mengajar dengan cara itulah sebenarnya jerat menjerut tengkuk, kerana itu BN harus di"sapu" bersih dari negara ini, Mereka tak boleh harap, hanya beri kekayaan buat golongan melayu elit, iaitu kroni rapat mereka sendiri, tapi untuk rakyat apa yang mereka beri?.. beri kesusahan dan kemudian minta rakyat bersyukur.

Jom layan iklan best,



Ada 13 program kerajaan pakatan negeri Selangor untuk rakyat, kalau nak tahu klik di sini


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit