Pakatan Rakyat tiada medium lain yang mampu digunakan secara berkesan dalam menyampaikan maklumat, oleh itu siri-siri ceramah dilihat sebagai satu cara untuk mengimbangi propaganda yang selalu ditiupkan oleh Kerajaan maha zalim Umno Apco.
Kerajaan berat sebelah dalam negara demokrasi kononnya ini, berkempen setiap hari di rumah-rumah rakyat marhaen, itu tak apalah, namun lebih teruk dari itu, media massa yang ada seperti stesen TV dan Akhbar digunakan untuk menyuntik api kebencian pada Pakatan rakyat, lebih hina, mereka ini memfitnah secara melampau Pemimpin-pemimpin pakatan rakyat.
Jadi lebih malang bila puak-puak umno yang taksub pada anutan mereka itu menjadikan akbar dan berita di televisyen sebagai sandaran hujah mereka, apakah berita yang disampaikan itu tidak berat sebelah, dan mengapa hanya sebelah pihak saja yang buruk, perkara itu perlu mereka jawab dulu sebelum mahu sandarkan hujah dari berita yang jelas jadi bahan gelak.
Jadi persoalannya mengapa kita hanya mahu percaya pada apa yang dipersembahkan oleh akhbar dan berita stesyen TV milik Kerajaan, bila banyak lagi sumber lain yang perlu kita cari dan nilai sebelum buat sesuatu tanggapan.
Sengaja "tukanglawan" ulang perkara diatas sebelum kongsikan satu video ceramah Mat Sabu seperti yang dibawah. tak apalah bagi kita yang sudah bijak menilai, tapi ia sindiran buat penganut umno yang mabuk ditipu setiap hari oleh media massa itu.
Apakah akal mereka letak dilutut?, Baiklah mari lihat Video Ceramah oleh Abg Mat Sabu, Maaf kerana artikel diatas tiada kaitan dengan Video dibawah.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.