Ibu Pejabat Keadilan di Petaling jaya siang tadi digemparkan dengan kedatangan lebih kurang 6 buah kereta polis yang sarat dengan anggota, mengiringi pegawai tinggi dari Ibu Pejabat polis Dang wangi semata-mata mahu menyerahkan 2 writ saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan presiden Keadilan Azmin Ali. ( baca disini ) ,(sini) dan (sini)
Baiklah, mengapa tindakan tergesa-gesa ini dilakukan, apakah rumput dipadang dataran merdeka itu lebih suci dari 8 tuntutan rakyat pada himpunan BERSIH 28 April lalu?, itu soalan pertama yang harus kita semua jawab.
Jika kita setuju bahawa rumput dipadang itu lebih suci dan penting berbanding 8 tuntutan rakyat terhadap sistem pilihanraya negara yang tercemar dan sangat meragukan itu, sama la seperti kita merelakan dan menghalalkan penyelewengan wang dana NFC yang sepatutnya digunakan untuk menternak lembu bagi meningkatkan pasaran tempatan.
Apakah kita tidak rasa bersalah bila membiarkan saja wang NFC disalahguna untuk membeli kondo mewah dan melancong ke luar negara sehingga dana yang dikeluarkan itu tidak mencapai sasaran utamanya.
Apakah kita juga tidak rasa bersalah bila membiarkan sahaja sistem pilihanraya dikotori dan diaturkan supaya rejim pemerintah kekal berkuasa padahal itulah hak anda yang cukup besar.
Persoalannya masih sama, apakah rumput di dataran merdeka lebih suci berbanding tuntutan bagi satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih ?.
Itu soalan yang anda sendiri tahu jawapannya. sudah tentu rumput tidak lebih penting berbanding tuntutan satu sistem pemerintahan negara yang adil dan lebih bagus bagi rakyat malaysia, lain la jika rumput itu khas mahu beri lembu NFC makan, memang harus sangat rumput itu dibelai dan disiram hari-hari .
Keduanya, apakah ini sebenarnya satu usaha memperlahankan momentum pakatan rakyat yang kini semakin mendapat sokongan dari rakyat, dengan kredibiliti najib yang semakin teruk, usaha-usaha umno melalui media massa untuk memburukkan pemimpin pakatan seolah tidak berjaya, mereka sedar momentum pakatan perlu diperlahankan, supaya umno boleh berehat dan bernafas sebentar.
Usaha untuk mengusung pemimpin pakatan ke mahkamah kerana kesalahan menggalakkan rakyat sedar akan hak mereka, akan membuatkan pemimpin pakatan rakyat sibuk turun naik mahkamah, dan ini akan membataskan pergerakkan mereka, itu sangat perlu kerana pilihanraya semakin hampir, saat ini terlalu runcing buat umno, kemaraan pakatan rakyat membuatkan umno semakin sampai ke penghujungnya.
Najib pula yang sedang dihantui kes kapal selam yang sudah mula timbul ke permukaan, ini membuatkan najib gelabah dan sangat tertekan.
Apa lagi yang mampu najib lakukan, dalam keadaan pemimpin nombor wahid umno itu perlukan talian hayat, isu kapal selam yang turut terpalit kisah pembunuhan model dari Mongolia perlu dialihkan supaya isu yang sedang dibicarkan di mahkamah perancis itu tidak didengar oleh rakyat.
Mereka terdesak, umno sedang terdesak, kuasa yang ada diperguna semaksima mungkin dan sekali lagi pemimpin pakatan mahu dijadikan mangsa keadaan, supaya najib terus dilihat sebagai seorang pemimpin bibir merah yang kononnya suci.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.