Mana Hassan Ali, PERKASA, dan puak Penentang LGBT Dalam Isu Penulis Lesbian

| comments

Rupanya puak-puak ini cuma berani melalak cari perhatian je rupanya, tak pun mereka melalak-lalak tanpa tahu apa yang mereka lalakkan.

Puak-puak ni melalak sebab nak serang Pakatan rakyat, ye la, manakan tidak , makin mereka sedar akan kecundang, makin kuat la lalakan mereka, ibarat seorang tua yang hampir ajal, maka racaunya makin hebat .

Itulah PERKASA, dan Puak yang sebelum ini terpekik pekik kononnya berkata jika Pakatan menang akan dibenarkan LGBT dikembangkan di negara ini. orang yang kononnya hebat memperjuangkan dan ingin menyelamatkan Akidah pun mana pergi?

Kenapa dalam isu penulis pro-lesbian, Irshad Manji yang dikatakan akan mengadakan program bertemu peminat di ibu negara pada hujung minggu ini. puak-puak pro KERAjaan itu berdiam diri?, apakah mereka melalak selama ini kerana permainan politik saja, bagi memperdaya dan menipu ramai orang?

Dewan Pemuda PAS lebih dulu sedar dan menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara, mana PERKASA, dan puak Anti LGBT tu?, bisu? atau tidur

"Jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudaratkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam," kata Nasruddin yang merupakan Ketua Pemuda PAS.

Nasruddin juga berkata, buku baru bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta yang sedang dipromosi aktivis Islam liberal berkenaan, dalam siri jelajahnya di rantau ini, merupakan pandangan yang bertentangan dengan agama.

"Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka.

"Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini,
" kata Nasruddin lagi dalam satu kenyataan .

Hah, nampaknya, kalau biar terus kerajaan umnoapco memerintah, ramai la budak-budak jadi lesbian, sebab apa, sebab KERAjaan sekarang tak mampu bendung perkara macam nei. KDN tak pantau ke benda ni, kan tanggungjawab KDN pantau bahan bercetak.

Hai, buku promot LESBIAN KERAjaan Umnoapco nak biarkan je ke? Hassan ALi mana, rosak akidah budak nanti, PERKASA tidur ye?, yang dok demo pasal LGBT mana.. takkan tunggu bayar dulu baru turun demo kotttttttttttttttttttttt



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit