PAS menolak penubuhan panel bebas untuk menyiasat dakwaan insiden keganasan polis ketika menangani perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.
Parti itu juga menolak perlantikan bekas ketua polis negara Tan Sri Haniff Omar mengetuai panel siasatan itu kerana didakwanya akan "bersifat prejudis" terhadap peserta BERSIH berhubung insiden tersebut.
Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata asas penolakan penubuhan panel itu dibuat kerana mendakwa kerajaan "menolak peranan" Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mampu berbuat demikian.
"Kita nampak secara jelas kerajaan menolak peranan Suhakam. Sedangkan Suhakam (mampu) membuat penyiasatan berasaskan kepada proses demokrasi dan hak asasi manusia," katanya lagi
Mahfuz mengulas keputusan kerajaan melantik enam orang panel diketuai Hanif bagi menyiasat insiden kekasaran polis dalam perhimpunan tersebut yang menyaksikan penggunaan gas pemedih mata dan air kimia untuk menyurai peserta.
Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena turut mendakwa penolakan peranan suruhanjaya dibuat kononnya badan itu "memberi pandangan yang tidak berpihak" kepada kerajaan.
Sebelum ini, suruhanjaya itu mengeluarkan laporan bahawa polis telah melanggar hak asasi manusia apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan kemudahan awam semasa perhimpunan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu.
Mengulas pelantikan Haniff itu, Mahfuz berkata PAS menolaknya kerana mendakwa kerajaan "memilih orang yang memihak kepada kerajaan dan prejudis terhadap peserta BERSIH 3.0".
Menurut Mahfuz, ia berikutan dakwaan Haniff yang menyatakan wujudnya pihak yang bersimpati kepada komunis dalam perhimpunan itu dan wujudnya dakwaan ada asas untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.
"Ini cukup jelas, pelantikan Haniff menunjukkan bahawa panel ini menjadi alat dan kepentingan untuk menghalalkan tindak tanduk polis dan kerajaan terhadap peserta BERSIH," tegas Mahfuz.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan jawatankuasa pemandu BERSIH dan peserta yang didakwa dikasari polis supaya mengemukakan bukti berhubung kekasaran tersebut untuk siasatan Suhakam.
"...walaupun (Suhakam) tidak diminta oleh kerajaan (untuk berbuat penyiasatan) kerana itulah peranan mereka (selama ini)," katanya.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.