Bukankah didalam perlembagaan malaysia sudah tertulis setiap rakyat berhak untuk menyuarakan haknya, atau adakah malaysia ini sebenarnya negara POLIS, dimana semua kehendak dan suara rakyat harus disekat bagi mengekalkan kuasa pemerintah yang sudah diketahui ramai sangat lemah dan tidak berupaya lagi mentadbir negara.
yang lawaknya lagi NGO-NGO dikerahkan untuk membuat laporan polis, media massa digunakan untuk menakutkan orang ramai dan ada juga sgerombolan songkok tinggi mula menjaja maklumat palsu... dengan harapan himpunan kali ini akan gagal. namun percaya lah.. rakyat sudah tidak tahan lagi dengan apa yang KERAjaan pusat lakukan, penyalahgunaan kuasa untuk memenangi pilihanraya sudah sampai ke penghujungnya lihat sini dan sini .........ehh sini pon ade
jadi bangkitlah semua wahai rakyat malaysia, anda punya hak bersuara, ini peluang kita menuntut perubahan. kita sudah mereka, kita layak bersuara, jangan jadi penakut hanya kerana ditakut-takutkan, bila kita bersatu dan jadi kuat, hanya kuasa Allah dapat melemahkan kita. jadilah wira untuk diri sendiri, jadilah wira yang mampu menyelamatkan negara dari terus dikhianati barisan nasional, ayuh bangkit....
percayalah, suara kita suara keramat.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.