Memaparkan catatan dengan label selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selangor. Papar semua catatan

AMK Akan Mohon Campur Tangan Sultan Selesai Kemelut Air

| comments


KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) NEGERI SELANGOR

21 JANUARI 2013

ISU AIR DI SELANGOR: AMK SELANGOR AKAN MERAFAK SEMBAH, MOHON CAMPURTANGAN KE BAWAH DYMM SULTAN SELANGOR

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor terkesan dengan kesusahan dan kepayahan rakyat di beberapa kawasan di negeri Selangor yang kini masih berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air.

Perkembangan mutakhir turut membayangkan bahawa isu ini dengan sengaja telah dipolitikkan secara melampau oleh pimpinan UMNO-BN dengan memesongkan fakta dan kenyataan sebenar. UMNO-BN menerusi media kawalan mereka secara berterusan memanipulasi isu ini seolah-olah ianya berpunca daripada keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi kelulusan kepada projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) sedangkan realiti sebenar adalah sebaliknya. Hakikatnya, pihak SYABAS selaku syarikat konsesi yang diberikan kontrak menguruskan pembekalan air terawat kepada rakyat Selangor telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kita sedia maklum bahawa sejak tiga tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berunding dengan pihak SYABAS untuk mengambil alih pengurusan air di negeri Selangor. Walaubagaimanapun segala usaha Kerajaan Negeri menemui kegagalan disebabkan keengganan Kerajaan Pusat untuk memberikan kerjasama bahkan secara terbuka menyokong SYABAS.

Lantaran itu, rakyat Selangor terpaksa melanggan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan bekalan air hingga menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan yang tidak memuaskan dan kini mengalami gangguan bekalan air ditambah dengan kadar tarif yang tidak munasabah dan amat membebankan.

Berikutan kegagalan SYABAS menunaikan tanggungjawab dalam membekalkan air terawat yang mencukupi kepada pengguna seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air, AMK Selangor sekali lagi mengulangi desakan supaya SYABAS menyerahkan operasi merawat dan menbekal air kepada Kerajaan Negeri Selangor. Keengganan SYABAS berbuat demikian bukan sahaja melanggar perjanjian yang telah dibuat malah menyusahkan rakyat di negeri Selangor.

Pelbagai langkah telah diambil oleh AMK Selangor dan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor untuk menangani permasalahan ini namun kelihatannya pihak SYABAS yang diterajui oleh Tan Sri Rozali Ismail seperti tidak mahu berganjak dan tidak melakukan sebarang tindakan yang membantu Kerajaan Negeri Selangor. Memorandum demi memorandum telah dikemukakan dari peringkat pengurusan SYABAS sehingga ke Istana Negara oleh pimpinan Pakatan Rakyat Selangor namun sehingga hari ini tiada sebarang hasil positif.

Justeru, AMK Selangor merasakan telah sampai masanya untuk kami turun merafak sembah dan memohon ihsan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj untuk campurtangan di dalam isu ini.

Sehubungan dengan itu, AMK Selangor dengan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan – mewakili rakyat Selangor – akan menggerakkan satu perhimpunan aman iaitu Himpunan Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat pada 25 Januari 2013 di perkarangan Masjid Sultan Sulaiman, Klang selepas solat fardhu Jumaat dan kemudiannya akan diteruskan dengan perarakan ke Istana Alam Shah untuk merafak sembah dan menyerahkan memorandum merayu ihsan ke bawah DYMM Sultan Selangor supaya berkenan untuk campurtangan dan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda bagi membantu usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam mengambil alih SYABAS seterusnya menguruskan sepenuhnya urusan pembekalan air kepada seluruh rakyat negeri Selangor.

AMK Selangor sekali lagi mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi ke atas hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambilalih SYABAS dan percaya bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berupaya memberi perkhidmatan air terawat yang lebih baik kepada rakyat Selangor dengan kadar tarif yang berpatutan dan tidak membebankan.

AZMIZAM ZAMAN HURI





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kelab Malah DI Shah Alam, Apa Sebenarnya Terjadi?

| comments


Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sehingga menimbulkan kontroversi sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu.

Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.

“Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Jumaat.

Beliau mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendedahkan sebuah kelab malam telah beroperasi di Shah Alam yang secara tidak langsung menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mudah memberi lesen bagi aktiviti yang dilarang.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS berkata, ia bukannya kelab malam pertama yang dibenarkan di Shah Alam sebaliknya sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram sejak 12 Disember lalu.

Jelasnya, MBSA masih belum bertindak untuk menghentikan operasi premis itu kerana bimbang terdapat komplikasi daripada segi undang-undang.

"Saya lihat isu ini sebagai bahan politik. Saya minta MBSA memahami bahawa ia bukan sekadar undang-undang tetapi ada implikasi politik.

"MBSA sepatutnya bertindak tegas supaya tidak jadi bahan fitnah oleh pihak tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu masih beroperasi dan bukannya mengarahkan premis itu ditutup dan disita serta merampas peralatan serta minuman keras mereka.

"Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.

Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya..

"Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.

Khalid bagaimanapun mengakui bahawa Setia Alam di sini merupakan kawasan perbandaran yang berbeza dengan Shah Alam di mana hampir 70 peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam.

"Kalau mereka ingin membuka satu tempat hiburan, maka sepatutnya MBSA mendapatkan maklum balas awam untuk mendengar pandangan penduduk sama ada operasi kelab malam dibolehkan ataupun tidak," katanya.

P/S : Sebenarnya beroperasi secara haram tapi telah dipolitikkan...namum ia akan selesaikan di peringkat Majlis kerana dalam hal ni ia adalah dibawah bidang kekuasaan pihak Majlis. Kita ada undang-undang jadi kita kenalah ikut undang-undang.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gempar, Betul Kata Ahli Umno, Bawah PR Selangor Akan Muflis?

| comments (1)

Orang umno kata hanya umno yang paling layak memerintah negeri selangor, hanya umno aje yang pandai urus ekonomi negeri paling maju tu, teringat lagi sebelum PRU dulu, mereka cakap pakatan rakyat mana boleh nak perintah, pakatan rakyat tak reti urus ekonomi negeri.


Diorang cakap macam tu sebab diorang tu dah dibodohkan oleh umno dari dulu, kini dan selamanya, memang bodohlah sebab dah berapa lama kene tipu tak sedar-sedar lagi.

Apa kata baca berita bawah nei.

Selangor merekod jumlah pelaburan tertinggi berbanding negeri lain, dengan catatan RM6.903 bilion, melibatkan 170 projek perkilangan diluluskan, sepanjang Januari hingga Ogos.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, jumlah itu mewakili sebanyak 23.18 peratus daripada RM29.786 bilion keseluruhan modal pelaburan yang diluluskan di negara ini, sepanjang tahun ini.

Daripada jumlah modal pelaburan yang diluluskan di Selangor, sebanyak RM 5.237 bilion adalah daripada pelabur tempatan, manakala selebihnya RM 1.665 bilion adalah pelaburan asing.

“Sebanyak 14,630 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan,
” katanya ketika sesi penggulungan Belanjawan 2013 Selangor, pada Sidang Dun Selangor, kelmarin.

Menurutnya, sebanyak 101 projek diluluskan itu adalah projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM4.112 bilion, manakala 69 lagi  merupakan projek pengembangan pelaburan berjumlah RM2.792 bilion.

Jumlah ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pelaburan di Selangor dan masih berkeyakinan dengan senario pelaburan semasa serta dasar pelaburan berkonsepkan mesra pelabur yang diamalkan Kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Teresa berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan program pertemuan, lawatan dan kunjungan hormat ke kilang dan kawasan industri yang beroperasi di Selangor bagi mendapatkan maklum balas, selain meninjau masalah yang dihadapi.

Ok, mana ahli umno yang masih kata hanya umno pandai urustabir negeri dan kata hanya umno je la yang pandai apa jawapan korang dari "FAKTA" atas nei... kah..kah..kah.. terbukti kata-kata orang umno salah.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

20 Peratus Ibu Tunggal Di Selangor Keluar Dari Paras Kemiskinan

| comments (1)

Sasaran 20 peratus ibu tunggal keluar daripada paras kemiskinan seperti yang disasarkan dua tahun lepas berjaya dilakukan di Selangor.

Angka ini menafikan bahawa Kerajaan Negeri meminggirkan golongan ibu tunggal seperti yang didakwa Umno-BN.

Exco Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, tindakan secara menyeluruh dibuat dan setakat ini seramai 27,320 orang ibu tunggal didaftarkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, hampir 11 program yang mempunyai kaitan berhubung bantuan ekonomi ibu tunggal dilaksanakan termasuk penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Sebenarnya isu berkaitan menifesto ini telahpun kita tangani iaitu elaun kepada ibu tunggal tetapi elaun itu bukanlah khusus dalam bentuk bulanan secara terus kepada beliau tetapi dalam bentuk program bulanan khusus.

“Malah program yang kita buat jauh lebih besar dan banyak,” katanya dalam satu sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor.

Antara program untuk kepentingan ekonomi ibu tunggal yang dilaksanakan adalah Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMIBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA).

Selain itu, program Skim Bantuan Tadika (TUNAS), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan Laman Dapur.

Berhubung satu demonstrasi daripada ibu tunggal Selangor yang bakal diadakan esok, Rodziah menyatakan kesudian untuk menerima memorandum berkenaan.

Ujar beliau lagi, sekiranya ada ibu tunggal yang terlepas mahupun belum berdaftar dengan Kerajan Negeri, mereka masih berpeluang untuk berbuat demikian.

Saya mengalu-alukan dan akan menerima memorandum tersebut. Tetapi dalam masa yang sama ada ketelusan tolong sampaikan senarai mana-mana ibu tunggal yang belum menerima bantuan ini untuk saya tangani secara baik,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kerajaan Selangor Tak Hanya Pandai Cakap, Tapi Buat

| comments

Kerajaan Selangor Tterbukti tak hanya Pandai bercakap, Tapi dalam masa yang pantas berfikir , cari jalan dan lakukan apa yang sepatutnya, bukan macam yang satu lagi tu, masalah tak habis-habis, macam mana nak tuntut balik duit lembu RM350 juta pun masih tak tahu.

Kekurangan bekalan air di negeri selangor bukan kerana air takde di negeri Selangor ni, mana mungkin ALLAH turunkan hujan lebat hampir setiap hari tapi dok canang selangor hampir tak ade air, kene import dari Pahang, itu kan tak logik.

Yang tak cukupnya ialah air terawat, bekalan air punya banyak, kesimpulannya tak perlu nak import air, import air pun kene rawat jugak air tu, jadi penyelesaiaan mudah ialah bina loji rawat air.

Kerajaan selangor mahu buka balik satu loji rawatan air yang lama ditutup dulu, kerana apa ditutup?, kerana kerajaan umno masa tu tak pandai jaga kebersihan alam sekitar, sungai yang bekal air tu tercemar teruk.

Dengan Kos antara RM50 juta - RM80 juta yanga kan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Selangor, 
Loji Rawatan Air Bukit Jelutong yang ditutup pada 1995 itu dijangka dibuka semula dalam tempoh enam bulan dan menariknya akan menggunakan teknologi mambran yang nyata lebih menjimatkan dari bina empangan yang kemudiannya akan buat harga air naik.
Dengan pembukaan semula loji itu akan menghasilkan air terawat sebanyak 50 hingga 100 juta liter sehari (mld) dan menampung lebih daripada separuh permintaan air tambahan di Shah Alam.

Nampak tak apa yang kerajaan Selangor buat, bukan setakat pandai cakap, malah dalam tempoh singkat dah dapat solution dan dah nak mulakan projek tu, SYABAS apa solutionnya? masih nak bina empangan jugak? tukar dulu paip-paip karat bawah tanah tu dan perbanykkan paip bawah tanah supaya bekalan air sampai pada pengguna.

Jangan terus jadi kuda tunggangan umno je dengan cuba memburukkan kerajaan selangor yang terbukti lebih dulu bertindak berbanding SYABAS



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit