Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sehingga menimbulkan kontroversi sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, berdasarkan
mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan
menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu.
Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.
"Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan
mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan
pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.
“Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis
berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta,"
katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Jumaat.
Beliau mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar baru-baru ini yang
mendedahkan sebuah kelab malam telah beroperasi di Shah Alam yang secara
tidak langsung menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mudah
memberi lesen bagi aktiviti yang dilarang.
Khalid yang juga
Timbalan Pesuruhjaya II PAS berkata, ia bukannya kelab malam pertama
yang dibenarkan di Shah Alam sebaliknya sebuah pusat hiburan yang
beroperasi secara haram sejak 12 Disember lalu.
Jelasnya, MBSA
masih belum bertindak untuk menghentikan operasi premis itu kerana
bimbang terdapat komplikasi daripada segi undang-undang.
"Saya
lihat isu ini sebagai bahan politik. Saya minta MBSA memahami bahawa ia
bukan sekadar undang-undang tetapi ada implikasi politik.
"MBSA sepatutnya bertindak tegas supaya tidak jadi bahan fitnah oleh pihak tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd
Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu masih beroperasi
dan bukannya mengarahkan premis itu ditutup dan disita serta merampas
peralatan serta minuman keras mereka.
"Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.
Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada
tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan
seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan
pihaknya..
"Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.
Khalid bagaimanapun mengakui bahawa Setia Alam di sini merupakan
kawasan perbandaran yang berbeza dengan Shah Alam di mana hampir 70
peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam.
"Kalau mereka
ingin membuka satu tempat hiburan, maka sepatutnya MBSA mendapatkan
maklum balas awam untuk mendengar pandangan penduduk sama ada operasi
kelab malam dibolehkan ataupun tidak," katanya.
P/S :
Sebenarnya beroperasi secara haram tapi telah dipolitikkan...namum ia
akan selesaikan di peringkat Majlis kerana dalam hal ni ia adalah
dibawah bidang kekuasaan pihak Majlis. Kita ada undang-undang jadi kita
kenalah ikut undang-undang.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.