Fathul Bari perlu rujuk buku 'Thawrah Sha'ab'

| comments


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) meminta Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya merujuk semula tulisan Dr Yusuf Al-Qaradhawi di dalam sebuah buku yang bertajuk 'Thawrah Sha'ab', sebelum melemparkan tuduhan beliau mempunyai ideologi Khawarij.

Presiden Abim Amidi Abd Rahman berkata tulisan Yusuf tersebut turut menjawab apa yang cuba dimainkan oleh Ulama Muda Umno itu.

"Tulisan beliau turut menjelaskan kebangkitan rakyat yang dimaksudkan mempunyai ciri-ciri tersendiri, dan Fathul Bari patut rujuk buku tersebut," katanya.

Buku berkenaan diterjemahkan oleh Abim di mana ia mengumpul semua pandangan Yusuf Al-Qaradhawi terhadap kebangkitan rakyat Mesir.

Malah katanya, buku tersebut turut menggambarkan bagaimana pemikiran Yusuf dalam memahamkan umat Islam terhadap fikh kebangkitan, termasuk menyenaraikan ciri-ciri pemerintahan yang adil.

"Beliau juga memberi pencerahan bagaimana tunjuk perasaan yang dituntut, di mana letakkanya hukum dibolehkan unjuk perasaan dan demonstrasi," katanya kepada Harakahdaily.

Amidi tidak menolak kemungkinan Umno BN bimbang akan kebangkitan rakyat negara ini sebab itulah bermacam-macam label cuba dilemparkan kepada ulama tersohor itu.

Sehubungan itu, Abim akan mempergiatkan siri video rakaman Yusuf yang menyampaikan mesej kepada belia Islam di negara ini.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit