Memaparkan catatan dengan label perkasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkasa. Papar semua catatan

Bakar bible : SEMBANG BERAHIM PERKASA DARI ZAMAN MAHASISWA BELUM HABIS

| comments (1)

Sebelum ini, terdapat ura-ura yang datangnya daripada Presiden PERKASA, Ibrahim Ali untuk membakar bible sebagai tanda protes kepada tindakan penganut agama kristian yang terus menggunakan kalimah Allah dalam kitab mereka.

Namun begitu, pada hari ini dilaporkan tiada sebarang acara membakar bible yang dilaksanakan dan terdapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Ibrahim Ali banyak sembang!






Ibrahim Ali sebelum ini adalah pemimpin parti lawan UMNO, namun begitu selepas menang dalam PRU12, beliau telah beralih arah dan menghambur bermacam-macam perkara buruk terutamanya kepada pimpinan Pakatan Rakyat.




Ketika zaman belajar, Ibrahim merupakan pemimpin sebuah badan iaitu Kesatuan Siswa Institut Teknologi MARA di Shah Alam. Beliau memegang jawatan sebagai presiden. Betapa radikalnya dan revolusionernya beliau, sila lihat gambar beliau bersama dengan Iman Khoemini di atas.

Ibrahim Ali meeting then Cuban president Fidel Castro in Brazil in 1992 at the Earth Summit

Berikut pula merupakan gambar beliau dengan Fidel Castro.


In Kamunting detention centre, 1974

Namun begitu, ketika penahanan Ibrahim ketika peristiwa Baling dahulu, Ibrahim merupakan tahanan terawal yang dibebaskan. Jika pembaca pernah membaca buku "Dua Wajah" tulis Syed Hussin Ali, disebut bahawa Ibrahim telah dilepaskan dengan menerima syarat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Ibrahim terkenal dengan sikap "SEMBANG" lebih!

Masa BERSIH, katanya berjoging dengan tasek titiwangsa. Kini nak bakar bible, tapi satu apa pun takda

Semoga Ibrahim kembali ke pangkal jalan.


MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM ?

| comments (2)

Terima kasih saya ucapkan kepada respon kepada isu Persidangan Khas PERKASA di Universiti Teknologi MARA yang diadakan 21 Oktober yang lalu.

Pelbagai respon yang saya lihat, ada yang positif dan ada yang negatif. Ia bagus buat saya kerana apabila saya menulis sesuatu maka saya bersedia untuk dikritik. Dan itulah erti kebebasan bersuara dan berekspresi.

Kita masih belum mendapat respon daripada Naib Canselor UiTM berkenaan dengan kebenaran mengadakan persidangan di Dewan Agong Tunku Canselor. Justeru, saya ada beberapa lagi persoalan yang harus dijawab bagi pihak beliau.

Saya begitu musykil dengan kewujudan Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM yang bergiat aktif di dalam kampus. Saya sedia maklum bahawa sebagai 'universiti melayu', perlu bagi UiTM untuk melahirkan lebih ramai pejuang bagi membela nasib orang melayu. Tetapi, adakah ini bertepatan dengan integriti universiti sebagai pusat melahirkan insan tetapi dalam masa yang sama berpura-pura dan 'cakap tak serupa bikin.'

Saya ungkit semua apa yang pernah dikatakan oleh Naib Canselor dahulu bahawa universiti mesti bebas, universiti tidak boleh dipengaruhi oleh politik luar kerana boleh memecah-belahkan masyarakat Melayu. Justeru, bukan semua mahasiswa di UiTM ini mendokong perjuangan PERKASA. Ada juga yang ingin bersama dengan persatuan lain. Tetapi, kenapa pihak pentadbir hanya membenarkan badan yang lembut dengan kerajaan seperti PERKASA untuk bergerak sedangkan gerakan lain diharamkan dan dicantas ?

SIAPA YANG MEMBIAYAI DAN MEMBENARKAN PENUBUHAN KELAB MAHASISWA PERKASA INI ?




Kini, Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM dalam proses untuk menambah keahlian. Sebenarnya, saya tidak ada apa-apa masalah dengan PERKASA. Saya cuma terkilan kerana tindakan ini tidak bertepatan dengan apa yang pernah disuarakan oleh Naib Canselor dahulu. Dimana letaknya integriti beliau sebagai ahli akademik ? Selain itu, saya juga terkilan dengan isi ucapan yang diluahkan ketika Persidengan PERKASA yang lepas yang lebih kepada retorik , menghina dan memecah-belahkan rakyat Malaysia sendiri. Kalau benar mahu menyatukan semua orang Melayu, adakah perlu bagi mereka untuk menghina orang Melayu yang tidak sefahaman politik dengan mereka ?



Lelaki di atas adalah Presiden Kelab Mahasiswa PERKASA UiTM dan kini ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Beliau kini sedang belajar di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM. Saya begitu kagum dengan mahasiswa ini kerana mempunyai semangat yang tinggi hendak memperjuangkan melayu. Tetapi, mengapa perkara yang tidak 'enak' ini didiamkan sahaja ? Mahasiswa katanya perlu bebas dari cengkaman parti politik.



Jika benar orang melayu ingin ke depan. Buang saja politik lama yang sentimen itu. Sudah tiba masa kita berfikiran dengan lebih terbuka bagi masa depan bangsa yang lebih gemilang.

Saya kecewa.

Mohon NC UiTM Respon.

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

PERKASA adakan sidang khas dalam UiTM Shah Alam untuk kempen UMNO

| comments (3)


Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Prof. Ir Dato. Dr. Sahol Hamid berkenaan dengan keadaan institusi pengajian tinggi yang harus bebas daripada cengkaman dan pengaruh politik luar.

Beliau merujuk kepada keadaan huru - hara yang boleh berlaku disebabkan pengaruh parti politik luar. Masih segar diingatan saya bahawa beliau mengatakan dengan adanya pengaruh parti politik di dalam kampus akan menyebabkan mahasiswa melayu berpecah - belah dan melemahkan masyarakat melayu khasnya. Selain tu, mahasiswa akan leka dan lupa kepada matlamat asal ke menara gading iaitu belajar bagi membela nasib anak bangsa.



Namun begitu, pada 21 Oktober 2012 yang lepas, telah diadakan satu Persidangan Khas PERKASA negeri Selangor di Dewan Agong Tunku Canselor, UiTM Shah Alam.



Saya mengakui bahawa PERKASA merupakan Non - Governmental Organisation (NGO) Melayu yang menjadi kumpulan pendesak. Tetapi, jelas PERKASA sememangnya berpihak kepada United Malays National Organisation (UMNO) dan bukanlah badan neutral seperti yang digembar - gemburkan.

Buat pengetahuan pembaca, saya pernah berbual  beberapa kali dengan pimpinan kampus UiTM yang 'rasional'. Mereka menyatakan bahawa jika hendak di bawa badan yang tajam kepada kerajaan seperti Bar Council, SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya, pasti akan ditolak oleh pihak pentadbir. Namun, mereka akan lembut apabila sesuatu program ini hendak diadakan kerjasama dengan Pemuda UMNO, Barisan Nasional, Jaringan Melayu ataupun PERKASA.


Antara yang berucap dalam persidengan tersebut adalah Datuk Ibrahim Ali sendiri sebagai Presiden PERKASA, ucapan beliau seperti biasa berapi - api dan penuh dengan sentimen. Terdapat beberapa perkara yang saya kira sebagai unsur perkauman dan hasutan. Antaranya :

a) Kita perlu kekalkan UMNO sebagai pemerintah, tanpa UMNO punahlah masyarakat Melayu. Malaysia akan diperintah oleh cina.
b) Anwar Ibrahim adalah peliwat sejak zaman sekolah dan universiti, saya kenal siapa Anwar sebenarnya. Hanya mahkamah yang tidak dapat membuktikan perkara tersebut. Sebab itu Anwar terlepas.
c)Nik Aziz hanya bagi RM500 untuk bina jalan tar. Apa kejadah ? Nik Aziz itu 'barang' pun dah tak naik sibuk nak jadi MB Kelantan lagi.
d) Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah Kafir Harbi.

Banyak lagi sebenarnya kenyataan yang bakal merungsingkan pembaca apabila diceritakan nanti. Tapi, saya berasa gusar bagaimana NC UiTM membenarkan persidangan berunsur politik seperti ini diadakan di dalam UiTM kampus Shah Alam sedangkan ini terang - terangkan ingin menghasut masyarakat supaya berpecah - belah.

Tambahan pula, UiTM membenarkan badan yang berpihak kepada kerajaan mengadakan program. Tetapi, mengapa pula apabila SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya ingin menggunakan ruang awam UiTM mereka ditegah ? Itu saya musykil .



Sila lihat nama nombor 6. Saya tuntut Naib Canselor UiTM supaya respon.

Adakah ini tindakan terdesak UMNO dan proksinya supaya dapat berkempen ?

Adakah ini perbuatan yang bertanggungjawab dan jujur selepas beberapa kenyataan dikeluarkan?

SAYA MUSYKIL

Waallahualam..

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Hina Najib Ditangkap, Hina Pemimpin Pakatan Dibiar Bebas.

| comments

Negara yang dipemerintah umno BN mempraktik undang-undang berbeza untuk golongan penguasa dan rakyat terbanyak, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada program Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Rantau, Negeri Sembilan, beliau berkata demikian ekoran mengulas pelakuan remaja yang didakwa menghina gambar Datuk Seri Najib Razak ditangkap polis 5 September lalu.

Sebaliknya, beliau berkata, polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng yang sentiasa mencetuskan kekacauan di program Pakatan Rakyat sekalipun melibatkan kes kecederaan.

Saya sendiri tidak setuju (hina gambar Najib) tapi mengapa kencing pada gambar Tuan Guru Nik Aziz. Buat upacara pengebumian Lim Guan Eng dan baling batu pada bas (Merdeka Rakyat) dan kereta saya, tiada apa-apa (tindakan).

“Apakah mereka ingat rakyat ini najis?” katanya yang turut mengecam kebisuan pimpinan umno BN terhadap tindakan samseng itu.

Ia sama apabila rakyat ambil rasuah dikatakan ‘corruption’ tapi orang besar makan rasuah dipanggil komisen,” katanya lagi depan lebih 5,000 hadirin, sambil menegaskan, pelaksanaan undang-undang yang adil, seharusnya tidak memandang keturunan seseorang.

Justeru, pemimpin yang tidak ikut ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang), sebaliknya ‘rule of the jungle’ (undang-undang rimba) mesti kita jatuhkan,” katanya diikuti sorakan hadirin.

Awal minggu ini, polis menyoal siasat beberapa individu yang didakwa menghina gambar Najib dengan menunjukkan punggung dan memijaknya dalam sambutan Janji Demokrasi 30 Ogos lalu.

Ia sama sekali berbeza dengan layanan polis terhadap samseng upahan umno dan Perkasa, yang terus berleluasa mengganggu program dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Bermula dengan insiden di Sembrong, ia berterusan dengan beberapa siri serangan dan gangguan selepas itu tanpa ada sebarang tangkapan.

Terbaru, cermin hadapan bas jelajah Merdeka Rakyat dipecah dan disimbah cat merah ketika jelajah pertama Merdeka Rakyat minggu lalu.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dalam dewan solat.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Perkasa Yang Serang Masjid Tak Solat Sebab Tak Reti

| comments

Sekumpulan 50 ahli Perkasa didapati tidak solat maghrib semata-mata mahu mengganggu majlis ilmu yang sedang berlangsung, walaupun Imam masjid menasihatkan supaya tindakan itu dihenti dan segera menunaikan solat berjemaah.

Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim menceritakan kembali kejadian memalukan di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar itu pada Ahad lalu.

Insiden tersebut menyebabkan Ahli Parlimen, Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hampir terkena balingan kasut ketika khusyuk mendengar tazkirah daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekumpulan ahli Perkasa berkumpul sejak pukul 3 hingga 5 petang berdekatan Rumah Terbuka KEADILAN Kedah yang diadakan di pejabat KEADILAN Negeri. Tapi pada jam 7 petang, mereka mula memenuhi kawasan depan masjid pula.

Masa masuk waktu Maghrib dan selepas melaungkan azan, Imam turut memanggil kumpulan tersebut supaya masuk ke dalam masjid mendengar tazkirah serta sama-sama menunaikan solat dan meminta mereka pulang jika enggan memberi kerjasama.

“Tapi mereka masih tidak berganjak, terus berkumpul di luar masjid sehingga kami semua selesai solat. Suasana bising sangat dan mereka mengganggu jemaah lain tunai solat,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Untuk mengesahkan perkara tersebut, beliau sendiri ke belakang saf dan mendapati tiada langsung ahli Perkasa yang turut berjemaah.

Kumpulan Perkasa senang nak kenal kerana mereka pakai baju Skuad Perkasa, kuning hitam.

“Selesai solat, makin kuat pula maki hamun dan kata-kata kesat oleh mereka. Suara perempuan pun ada, tak tahu masa bila mereka solat,” ujarnya yang juga Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa).

Kah..kah..kah, dah macam apa entah lagi, sudah la pegi masjid kacau majlis orang, tak tahu malu pulak tak solat, kemudian terjerit-jerit macam mawas  tak cukup dengan tu cuba rempuh masjid, ni orang islam ke... sebab "tukanglawan" tengok kawanx2 yang bukan Islam leboh pandai hormat masjid  berbanding puak perkasa yang perkosa masjid nei... malu.. malu.....


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit