Perkasa Yang Serang Masjid Tak Solat Sebab Tak Reti

| comments

Sekumpulan 50 ahli Perkasa didapati tidak solat maghrib semata-mata mahu mengganggu majlis ilmu yang sedang berlangsung, walaupun Imam masjid menasihatkan supaya tindakan itu dihenti dan segera menunaikan solat berjemaah.

Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim menceritakan kembali kejadian memalukan di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar itu pada Ahad lalu.

Insiden tersebut menyebabkan Ahli Parlimen, Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hampir terkena balingan kasut ketika khusyuk mendengar tazkirah daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekumpulan ahli Perkasa berkumpul sejak pukul 3 hingga 5 petang berdekatan Rumah Terbuka KEADILAN Kedah yang diadakan di pejabat KEADILAN Negeri. Tapi pada jam 7 petang, mereka mula memenuhi kawasan depan masjid pula.

Masa masuk waktu Maghrib dan selepas melaungkan azan, Imam turut memanggil kumpulan tersebut supaya masuk ke dalam masjid mendengar tazkirah serta sama-sama menunaikan solat dan meminta mereka pulang jika enggan memberi kerjasama.

“Tapi mereka masih tidak berganjak, terus berkumpul di luar masjid sehingga kami semua selesai solat. Suasana bising sangat dan mereka mengganggu jemaah lain tunai solat,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Untuk mengesahkan perkara tersebut, beliau sendiri ke belakang saf dan mendapati tiada langsung ahli Perkasa yang turut berjemaah.

Kumpulan Perkasa senang nak kenal kerana mereka pakai baju Skuad Perkasa, kuning hitam.

“Selesai solat, makin kuat pula maki hamun dan kata-kata kesat oleh mereka. Suara perempuan pun ada, tak tahu masa bila mereka solat,” ujarnya yang juga Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa).

Kah..kah..kah, dah macam apa entah lagi, sudah la pegi masjid kacau majlis orang, tak tahu malu pulak tak solat, kemudian terjerit-jerit macam mawas  tak cukup dengan tu cuba rempuh masjid, ni orang islam ke... sebab "tukanglawan" tengok kawanx2 yang bukan Islam leboh pandai hormat masjid  berbanding puak perkasa yang perkosa masjid nei... malu.. malu.....


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit