Lelaki Bawa Kerambit Cuba Dekati Anwar?

| comments

Seorang lelaki yang membawa sebilah kerambit dalam saku jaketnya dikesan cuba memasuki ke dalam satu majlis ilmu di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika kejadian tersebut, bekalan elektrik di masjid itu diputuskan oleh kumpulan yang didakwa ahli Pertubuhan Perkasa Peribumi (Perkasa).

Pada ketika itu, keadaan di perkarangan masjid itu agak huru-hara dengan kehadiran sekumpulan kira-kira 50 orang ahli Perkasa dengan mencetuskan keadaan huru-hara di kawasan rumah ibadat umat Islam itu.

Menurut saksi kejadian, Penyelaras Politik di Pejabat Ketua Umum PKR, Abd Rahman Yusof gerak-geri lelaki itu seolah-olah cuba mara ke dalam masjid untuk mendekati Anwar apabila bekalan elektrik masjid itu diputuskan oleh ahli pertubuhan ektrimis Melayu itu.

Bagaimanapun lelaki tersebut dipercayai tidak meneruskan niatnya untuk mendekati Anwar apabila lampu kecemasan di Masjid itu menyala secara automatik sebaik sahaja bekalan elektrik terputus.

"Saya perasan lelaki yang berdiri bersama ahli Perkasa lain di pintu masjid dengan membawa kerambit apabila hulu kerambit tersebut terkeluar dengan jelas dari poket sebelah atas jaket yang dipakainya.

"Lelaki itu juga sekali-sekala meletakkan tangannya di bahagian poket seolah-oleh bersedia untuk mengeluarkan kerambit itu dari poket bajunya," kata beliau.

Menurut Abd Rahman, apabila menyedari tindak-tanduk mencurigakan lelaki tersebut, beliau bersiap-sedia untuk meluru ke arah lelaki tersebut sekiranya beliau cuba mendekati Anwar.

Menurut Abd Rahman yang juga merupakan Ahli Kepimpinan Tertinggi PKR ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, beliau akan membuat laporan polis dalam jangkamasa terdekat.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit