Siang tadi Presiden Persatuan Bersatu Nambikkai (Sebut tembikai) Kalai Vanar telah menunjukkan bukti taat setia terhadap BN.
Presiden Persatuan Bersatu Tembikai itu telah juga membawa beberapa orang pemuda yang dikhuatiri melayu tak berwawasan walaupun mereka memakai baju bertulis melayu berwawasan untuk menyerang dan menimbulkan huru hara di hadapan pejabat PKR di Tropicana Damansara.
Dijangkakan tindakan presiden persatuan bersatu Tembikai itu yang memulakan provokasi dengan dibentengi beberapa pemuda-pemuda melayu yang kelihatan malu-malu akan mengakibatkan beliau dianugerahkan gelaran datuk kerana begitu berjaya menunjukkan keberanian terpekik pekik di bawah hujan renyai.
Dikatakan juga pemuda-pemuda melayu yang diupah dengan bayaran lumayan RM30 beserta makan tengah hari itu akan mengalami demam-demam kerana jarang sekali dibasahi hujan.
Ini adalah siri "roadblock to putrajaya" yang diadakan oleh penyokong tegar BN selepasbeberapa siri serangan lalu termasuk serangan puak jahiliah perkasa yang tidak pandai menghormati masjid seperti yang mereka tunjukkan baru-baru ini.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
+ comments + 1 comments
Bukan Persatuan Tanam Tembikai ka tu ... lebih baik balik tanam tembikai.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.