Memaparkan catatan dengan label palestine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label palestine. Papar semua catatan

Sejak Tahun bila Malaysia Berdagang dengan Israel?

| comments

Pasti ramai yang tertanya-tanya, sejak bila sebenarnya hubungan dagang antara Malaysia dan Israel bermula, sejak bila negara ini bersekutu dengan negara yang menceroboh tanah Palestin itu, sejak bila Malaysia mendermakan sedikit wang untuk membangunkan negara Yahudi Israel?

Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 atau awal sedikit dari itu.

Pada tahun 2001 sahaja malaysia sebenarnya telah telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) serta mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu., dan bermula dari tahun itu ia sentiasa berkembang

Nah, ia bukan jumlah yang sedikit, sudah banyak wang dalam negara dialirkan keluar ke negara Yahudi itu. wang itu telah digunakan untuk membangun negara haram itu. mereka mendapat keuntungan yang jelas sangat besar dari kebobrokan pemimpin umno yang berlakon suci.

Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu

Hah, entah barangan apakah yang dikeluarkan oleh negara yahudi itu telah kita pakai dan guna. kenapa ini terjadi, kerana diam-diam kerajaan Malaysia adakan hubungan dagang dengan Israel.

Siapa kerajaan itu, mereka ialah kerajaan UMNO yang menggunakan Khidmat perunding APCO iaitu sebuah syarikat penasihat milik yahudi. Kerajaan Umno yang kebanyakkannya adalah orang melayu yang kononnya Islam, itu tidaklah menjadi sesuatu yang pelik , kerana cara hidup pemimpin agung Umno sendiri tidak mengikut kehendak Islam, malah khabarnya anak bekas Perdana menteri juga merupakan pemilik saham terbesar kilang arak.

Sudah jelas lagi bersuluh, Kerajaan Umnoapco menipu rakyat, sehingga penyokong mereka pun tertipu, bersorak-sorak menuduh Anwar sokong Israel, tapi inilah hakikatnya, mereka ditipu pemimpin sendiri.

"Kuman depan mata nampak ( walaupun takde) gajah depan mata langsung tak nampak ( sebab media umno dok menipu je"


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Jangan Lupa, Baca Ni

| comments

Tukanglawan takut kawan-kawan lupa, jadi "tukanglawan" sengaja nak ingatkan program esok, lagi ramai yang datang mesti esok jadi lebih hebatkan.

Hah, dah lupalah tu, esok kan kita ada himpunan untuk sama-sama nyatakan sokongan kepada Rakyat palestine dengan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan malaysia menghentikan urus dagang dengan Israel.

Kenapa pulak kita mintak urusniaga tu dihentikan?

Mudah je jawapannya, setiap urusniaga itu menjana ekonomi israel, lagipun kapal ZIM yang berlabuh dan turun kontena di pelabuhan kelang hari itu ialah kepunyaan kerajaan israel, sama la seperti kapal MISC... kapal kepunyaan kerajaan jugak.

Jadi kalau nak tahu, duit yang beli peluru, bina kapal kebal, buat tembok pemisah semua tu dari duit ini lah sumbernya.

jadi kalau kita takmo kianati saudara kita rakyat palestin... kalau esok ada kesempatan , jom la sama-sama tunjukkan rasa setiakawan kita, tunjuk kita perihatin. apa lagi kawan-kawan, sebarkan lah artikel ini, kebaikan yang kita lakukan itu ibadah.


~ SILA SEBARKAN ~

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit