Memaparkan catatan dengan label israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label israel. Papar semua catatan

Kenapa Israel Mahu Gencatan Senjata?

| comments (1)

Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.
Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.

Apa tidaknya ?

1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.
israel f16 Igauan Israel menjadi realiti...

Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam

4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.

5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.

6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.

7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.

8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.

9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.

Ingatilah firman Allah swt :

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -

Surah al-Imran ayat 54

Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)

Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….
Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin

 
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Beranikah Najib Kecam Israel ?

| comments (1)


TAHUKAH ANDA APA PENDAPAT PM KESAYANGAN MELAYU UMNO TENTANG ISU PALESTIN ?

beliau berkata bahawa : "Malaysia bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza.


Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan tersebut agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban.


Aktiviti keganasan ini sekali gus menunjukkan betapa perlunya proses perdamaian di Asia Barat. Untuk itu, kami juga menggesa campur tangan daripada kuasa besar dunia bagi menjamin keamanan di wilayah tersebut."




______________________________________________________


NAK JAGA HATI SEKUTU MEREKA SI APCO MILIK YAHUDI TU TERPAKSA LAH NAJIB ALTANTUYA KATA TINDAKAN PEJUANG PALESTIN MEMPERTAHAN TANAHAIR MEREKA DARI TERUS DICEROBOH SEBAGAI AKTIVITI KEGANASAN.

NAJIB TAK TAHU KE, BILA RAKYAT PALESTIN PERTAHANKAN TANAH AIR MEREKA IA DIKIRA JIHAD.

TAK PAYAH LAH NAJIB PURAK-PURAK BIMBANG,NAK KATA NAJIB NI PRO PALESTIN ENTAHLAH, BUKANKAH PEMIMPIN UMNO NI LEBIH RAPAT DENGAN PEMIMPIN ZIONIS, KALAU TIDAK TAKLAH ZAHID HAMIDI BERTEMU MENTERI PERTAHANAN ISRAEL, TAK PULAK PELOBI ISRAEL DIBAYAR UNTUK NAIKKAN IMEJ PEMIMPIN UMNO DIMATA PRESIDEN AMERIKA, DAN TAKKAN LA SYARIKAT MILIK ORANG YAHUDI DIBAYAR UNTUK PASTIKAN UMNO TERUS BERKUASA.

lOGO 1 MALAYSIA PUN SAMA MACAM LOGO 1 ISRAEL, CAMNE TU.. KAH..KAH..KAH, CUBA SELAK-SELAK BALIK POSTING LAMA TUKANGLAWAN, KITA TENGOK PEMIMPIN MANA YANG RAPAT SANGAT DENGAN YAHUDI.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gambar Najib Menjilat Yahudi ?

| comments

Selama ni, puak umno dan akhbar penjilat umno sibuk mahu memburukkan Anwar Ibrahim kononnya Anwar itu bersubahat dengan israel dan yahudi, jika tak percaya ingat balik satu masa dulu bila kenyataan Anwar berhubung isu keselamatan israel, kenyataan Anwar diputar belitkan dan Anwar dikecam teruk oleh Media Tv3 setiap malam. ( baca sini ) dan ( Sini ).

Tapi siapa sebenarnya yang bersahabat baik dengan yahudi, siapa pula yang selama ini membenarkan Israel berdagang dengan negara ini, tak lain tak bukan KERAjaan malaysia yang hipokrit inilah yang membenarkan kerjasama ekonomi dijalin antar negara ini dengan negara Israel, Malangnya wang dari urusniaga itu disumbangkan untuk beli peluru menembak rakyat palestin. ( baca sini ).

Kita juga dah tahu bahawa Mahathir punya kawan rapat berbangsa Israel, satu ketika  Mahathir begitu terdesak untuk bertemu dengan Bush sehingga Jack Abramoff, seorang ahli lobi Zionis dibayar sebanyak AS$1.2 juta untuk mengatur pertemuan dengan Bush.

Tak cukup dengan itu, ada dakwaan bahawa Mahathir berkawan rapat dengan seorang yahudi Singapura bernama Yahya Cohen, ini disiarkan didalam akhbar Jewishnews, Yahya Cohen yang pernah menjadi Pengerusi Persatuan Perubatan Singapura adalah rakan sekelas Mahathir sewaktu belajar di Universiti Malaya di Singapura. ( baca disini )

Ini jelas membuktikan betapa umno itu sendiri busuk, namun lebih busuk bila umno yang busuk dan hanyir itu cuba membusukkan orang lain pula. mereka yang berkawan rapat dengan yahudi, tapi mereka cuba menutup perkara itu dengan memangsakan orang lain.

Bagaimana pula dengan Najib?, entahlah, tapi yang pasti ada gambar najib sedang menjilat yahudi, mungkin untuk minta bantuan dalam menangani kes kapal selam yang akan mula panas tak lama lagi.

Jom lihat gambar dibawah.

Gambar diatas kelihatan biasa-biasa sahaja, namun dilaman-laman facebook perkara ini sudah panas, individu disebelah najib adalah yahudi yang sangat kuat kepercayaannya. siapa dia?









Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Jingga 13 Hantar Memorandum ke Kedutaan Palestin

| comments


Jingga 13 hari ini menghantar memorandum dan bukti adanya kerjasama perdagangan diantara kerajaan malaysia dengan syarikat pekapalan milik negara haram Israel.

Penyerahan memorandum itu dimulai selepas menunaikan solat Jumaat di masjid tabung haji sebelum mereka beramai-ramai bergerak ke kedutaan Palestin di jalan U-thant Kuala Lumpur.

Jingga 13 menyerahkan memorandum dan bukti tersebut sebagai tanda sokongan dan soladirasi kepada rakyat Palestin yang diperlaku secara kejam oleh tentera-tentera Israel.

Penyerahan memorandum itu juga adalah untuk meminta campur tangan dari kerajaan Palestin supaya memberi tekanan dan desakan kepada kerajaan malaysia agar hubungan niaga antara negara malaysia dan Israel dihentikan.

Selain Jingga 13, NGO-NGO lain yang terlibat sama dalam menjayakan penyerahan memorandum tersebut ialah AIC Malaysia (Anwar Ibrahim Club), Mapim (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) Dewan pemuda PAS, SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia), Activis 901 dan beberapa badan NGO lain.

Diharapkan dengan penyerahan memorandum tersebut, hubungan dagang antara Israel dan Malaysia akan dihentikan sebagai tanda sokongan kepada rakyat palestin.



Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Sejak Tahun bila Malaysia Berdagang dengan Israel?

| comments

Pasti ramai yang tertanya-tanya, sejak bila sebenarnya hubungan dagang antara Malaysia dan Israel bermula, sejak bila negara ini bersekutu dengan negara yang menceroboh tanah Palestin itu, sejak bila Malaysia mendermakan sedikit wang untuk membangunkan negara Yahudi Israel?

Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 atau awal sedikit dari itu.

Pada tahun 2001 sahaja malaysia sebenarnya telah telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) serta mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu., dan bermula dari tahun itu ia sentiasa berkembang

Nah, ia bukan jumlah yang sedikit, sudah banyak wang dalam negara dialirkan keluar ke negara Yahudi itu. wang itu telah digunakan untuk membangun negara haram itu. mereka mendapat keuntungan yang jelas sangat besar dari kebobrokan pemimpin umno yang berlakon suci.

Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu

Hah, entah barangan apakah yang dikeluarkan oleh negara yahudi itu telah kita pakai dan guna. kenapa ini terjadi, kerana diam-diam kerajaan Malaysia adakan hubungan dagang dengan Israel.

Siapa kerajaan itu, mereka ialah kerajaan UMNO yang menggunakan Khidmat perunding APCO iaitu sebuah syarikat penasihat milik yahudi. Kerajaan Umno yang kebanyakkannya adalah orang melayu yang kononnya Islam, itu tidaklah menjadi sesuatu yang pelik , kerana cara hidup pemimpin agung Umno sendiri tidak mengikut kehendak Islam, malah khabarnya anak bekas Perdana menteri juga merupakan pemilik saham terbesar kilang arak.

Sudah jelas lagi bersuluh, Kerajaan Umnoapco menipu rakyat, sehingga penyokong mereka pun tertipu, bersorak-sorak menuduh Anwar sokong Israel, tapi inilah hakikatnya, mereka ditipu pemimpin sendiri.

"Kuman depan mata nampak ( walaupun takde) gajah depan mata langsung tak nampak ( sebab media umno dok menipu je"


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Jangan Lupa, Baca Ni

| comments

Tukanglawan takut kawan-kawan lupa, jadi "tukanglawan" sengaja nak ingatkan program esok, lagi ramai yang datang mesti esok jadi lebih hebatkan.

Hah, dah lupalah tu, esok kan kita ada himpunan untuk sama-sama nyatakan sokongan kepada Rakyat palestine dengan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan malaysia menghentikan urus dagang dengan Israel.

Kenapa pulak kita mintak urusniaga tu dihentikan?

Mudah je jawapannya, setiap urusniaga itu menjana ekonomi israel, lagipun kapal ZIM yang berlabuh dan turun kontena di pelabuhan kelang hari itu ialah kepunyaan kerajaan israel, sama la seperti kapal MISC... kapal kepunyaan kerajaan jugak.

Jadi kalau nak tahu, duit yang beli peluru, bina kapal kebal, buat tembok pemisah semua tu dari duit ini lah sumbernya.

jadi kalau kita takmo kianati saudara kita rakyat palestin... kalau esok ada kesempatan , jom la sama-sama tunjukkan rasa setiakawan kita, tunjuk kita perihatin. apa lagi kawan-kawan, sebarkan lah artikel ini, kebaikan yang kita lakukan itu ibadah.


~ SILA SEBARKAN ~

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

SAH.. Mahathir mahu jalin hubungan dengan Israel tapi dia lupa

| comments

Baiklah, mula saat dan hari ini, Mahathir jangan lagi banyak bunyi, orang tua ini kalau berbunyi boleh buat rakyat satu negara ini jadi pening, lebih baik mahathir jaga cucu saja kat rumah, dah tua kan, luangkan masa jaga cucu dari sibuk bikin orang pening dan keliru.

Sudah-sudahlah tu, dah terlalu lama jadi perdana menteri, Mahathir terliur lagi ke nak jadi perdana menteri?,    sudahlah, beri peluang pada orang lain pula, orang yang lebih layak dan baik budi pekerti.

Kenapa "tukanglawan" katakan begitu, kerana takut nanti negara akan jadi kucar kacir kerana campur tangan mahathir pula, memang tak dinafikan, dia banyak menyumbang kepada pembangunan negara, tapi harus kita ingat, segalanya dari ALLAH, bukan dari mahathir.

Kalau masih ada orang umno kata negara ini maju ( maaf membangun, kita belum lagi maju) kerana mahathir, mungkin benar lah itu, tapi jangan lupa juga pada jasa Anwar kepada pemimpin-pemimpin pembangkan lain , mahu nafikan?.

Dan jika masih berkeras kata masih mahathir juga yg beri kita tahap kehidupan sekarang, fikir-fikir kembali, selesa benarkah kita ( kecuali segolongan manusia ) bagaimana pula dengan ayat dibawah.
"Malaysia mungkin lebih maju jika mahathir tidak jadi perdana menteri, jika yang menjadi perdana menteri itu seseorang yang lebih bagus dan telus kepimpinannya berbanding Mahathir? mungkin agaknya malaysia lebih maju dari apa yang ada sekarang"

Tak kisah la itu semua, siapa pun jadi perdana menteri bukanlah berjasa, namun sebenarnya bertanggungjawab memastikan negara ini membangun dan memberi keselesaan kepada rakyat, cuma dakwaan mahathir yang terus memburukkan Anwar berkenaan Isu Israel, membuatkan bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai hipokrit, kerana mahathir sendiri  sebenarnya memang mahu jalin kerjasama dan hubungan diplomatik dengan Israel.

Mari baca surat mahathir kepada salah seorang dari 3 Perdana Menteri Israel yang pernah dia hubungi

PERDANA MENTERI MALAYSIA
21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.

Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka.

Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD


Kah..kah..kah, mari ingat semula apa kata Mahathir bila menghentam Anwar berkenaan isu Israel?, katanya Anwar ini jahat, Anwar ini tidak mahu bela nasib penduduk Palestin, tapi rupanya mahathir lagi jahat, utus surat dengan Perdana Menteri Israel walaupun tak ada hubungan diplomatik'
 Tujuannya apa?, tak lain tak bukan mahu jalin hubungan dengan Israel la. kita petik ayat dalam surat mahathir itu.,sila ingat ayat ini.

"Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai"

Jadi SAH sudah mahathir hipokrit, Sah sudah dia memang mahu menjalin hubungan dengan Israel, tak apa la, mahathir memang mudah lupa. ini cuma nak ingatkan dia saja, mahathir pernah cuba jalin hubungan dengan Israel,

Dia.. diri dia, bukan Anwar, Mahathir lupa tu.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Kalau Anda Sayangkan Palestin, Baca dan Sebar Ini

| comments

Kerajaan Umnoapco memang hipokrit, mereka serang Anwar Ibrahim, kononnya Anwar penyokong yahudi, tapi tembelang sudah pecah, umnoApco bukan sahaja bayar khidmat nasihat dari syarikat milik yahudi dengan menggunakan wang rakyat, tapi juga berurus niaga dengan Israel, kapal-kapal dagang Israel bebas berlabuh di pelabuhan negara.

Sehubungan dengan itu, JINGGA 13, sebuah badan NGO yang membokar "kebobrokan" dan pembohongan Umnoapco akan menghantar menghantar memorandum dan bukti hubungan dagang Malaysia-Isreal kepada Embassy of the state of Palestine sebagai tanda membantah tindakan Kerajaan UMNO/BN yang membenarkan kapal-kapal Isreal berdagang di negara Malaysia , ia sebagai soladiriti kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Tahukah Anda JINGGA 13 telah mendedahkan bahawa wujud hubungan perdagangan erat antara Kerajaan UMNO/BN dengan Kerajaan Isreal sepertimana dokumen dan rakan video serta gambar kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang merupakan kapal milik syarikat perkapalan ZIM INTEGRATED SHIPPING LTD yang berpengkalan di Haifa , Isreal pada 20 Februari 2012. 

Kerana sebab itu jugalah Satu Perhimpunan Aman Membantah Kemasukan Kapal Israel Ke Malaysia telah diadakan.di hadapan pintu masuk Westports , Pelabuhan Klang pada 22 Februari 2012 lalu , ini bantahan ekoran kemasukan tiga buah kapal Isreal milik Zim Integrated Shipping Ltd , Israel di Westports, Pelabuhan Klang .

Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Idustri juga turut mengesahkan akan kewujudan dan kehadiran kapal-kapal milik Isreal tersebut yang dimiliki oleh Israel Coporation adalah membuktikan bahawa wujud hubungan dagang antara Malaysia dan Isreal .

Kehadiran kapal-kapal dari israel yang bebas berdagang di Malaysia membuktikan bahawa Kerajaan UMNO/BN mengiktiraf negara haram Isreal walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik . Mungkin bagi mereka hubungan diplomati tidak perlu, perdagangan boleh dijalankan dengan siapa pun asalkan mendatangkan keuntungan.

Sikap dan tindakan tersebut adalah hipokrit kerajaan UMNO / BN tehadap seluruh rakyat Malaysia dan Palestin, Kerajaan UMNO/BN yang konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebenarnya mengkhianati rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel.

Tapi Bagaimana?

Tindakan hubungan dagang dan perniagaan tersebut turut sebenarnya membantu peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara Isreal serta turut menyumbang kepada 'peluru dan senjata' yang merobek dan membunuh umat Palestin tanpa rasa perikemanusiaan oleh para tentera Israel. HUBUNGAN DAGANG ADALAH BUKTI PENGIKTIRAFAN KERAJAAN UMNO /BN TERHADAP ISREAL.


JINGGA 13 juga khabarnya  menjemput semua NGO dan parti2 politik menyampaikan memorandum kepada Embasy of the state Palestin terhadap bantahan hubungan dagang dan kemasukan kapal-kapal Isreal ke pelabuhan-pelabuhan di negara kita termasuk Sabah dan Sarawak.

Apakah JATI akan datang untuk menyelamatkan Ummah, adakah PERKASA akan datang beri sokongan pada rakyat Palestin walaupun mereka bukan bangsa "melayu"?, kita lihat apakah 2 NGO yang berat menyokong Umno itu akan turut serta?, satu lagi, kita tunggu, apakah akan ada sekumpulan lembu datang dan halang penyerahan memorandum ini.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Al-kisah Menteri Lulus Dagang dengan Israel II (Misteri Dokumen W20204004087)

| comments


Jika sebelum ini "tukanglawan" telah siarkan kisah bagaimana menteri telah berbohong dengan mengatakan tiada sebarang hubungan perdagangan di antara Malaysia dengan Israel semasa secara menjawab secara bertulis soalan yang ditanyakan kepadanya dalam perlimen tahun lalu. (baca disini)

Hari ini akan "tukanglawan" kongsikan kepada semua satu Dokumen Misteri yang menunjukkan memang ada bukti kukuh negara ini sekian lama berdagang dengan negara Israel.

Perkara ini bukan baru, cuma bagi kita yang tidak dalam sektor perkapalan atau berkaitan, jika tidak didedahkan mungkin selamanya kita tertipu dengan sifat munafik rejim kerajaan Umnoacpo. perkara ini sudah lama bermain di mulut pegawai-pegawai dan kakitangan Kastam Diraja malaysia, ia juga sudah lama diketahui oleh pekerja-pekerja pelabuhan.

Satu dokumen kastam bernombor pendaftaran W20204004087 menafikan jawapan bertulis seorang menteri (baca bahagian 1) yang menyatakan segala perdagangan import dan eksport barangan daripada Israel adalah dilarang. Dokumen kastam tersebut secara jelas menyatakan pengimport yang tertera dalam dokumen tersebut adalah seperti dibawah


Chayon Distributor-Computers Limited, 4, Haomanut Street, 42504, Netanya, Israel
Baiklah, sekarang kita sudah tahu barangan tersebut diimport dari Netanya, Israel oleh Chayon Distributor-Computer Limited., Kemana pula barangan tersebut dihantar?, ianya dihantar ke. 

No PT12692, Mukim Ampangan Tuanku Jaafar Industrial Park 71450, Seremban, Negeri Sembilan, MALAYSIA.

Atau adakah lagi nama tempat selain dari negara ini menggunakan nama Mukim Ampangan?, atau adakah negeri lain selain dari malaysia ini bernama Negeri Sembilan?, atau mungkin seremban itu di negara itali?.

Lebih hebat dikatakan diatas dokumen tersebut turut mempunyai cop Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia, juga butiran kadar caj berat barangan IATA.

Apakah kadar caj IATA itu?

Ia adalah satu sistem penetapan kadar caj IATA ini digunakan di semua pintu masuk utama Negara. IATA tidak akan menyenaraikan kadar caj bagi negara-negara yang tidak mempunyai hubungan dagang

Apakah ini bukan bukti Malaysia ada urusdagang dengan negara Israel?, Mengapa menteri mahu nafikan? apakah kepentingan atau apakah mereka takut rakyat marah?.

lagi sekali satu pertanyaan, Mengapa menteri itu berbohong.

Jom Baca artikel berkaitan

Bahagian1- Al-kisah Menteri Lulus Dagang dengan Israel I (Menteri tipu dalam parlimen)




Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

12 kejahatan Yahudi

| comments


Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelaskan 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah seperti berikut:


1. Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta kerana tidak mahu mandi bersama mereka.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah." (33:69)


2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh.

"Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman):

"Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)".

Mereka menjawab:

"Kami dengar, dan Kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):" amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman." (2:93)


3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah langsung.

"Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya." (2:55)

"Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah Engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu.

Mereka berkata:

"(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu)." (4:153)


4. Merubah perintah Allah.

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah daripada benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa Kami '; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik." (2:58)

"Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka)." (2:59)


5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina.

"Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)." (2:67)


6. Menulis Al kitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah.

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." (2:79)


7. Memutar-mutar lidahnya untuk meyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli.

"Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. dan mereka pula berkata: "(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)." (3:78)


8. Mengubah Firman Allah.

"(Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?" (2:75)

9. Menyembah patung sapi.

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)."
(2:51)

"Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim." (2:92)


10. Mengatakan tangan Allah terbelenggu.

"Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan." (5:64)


11. Menuduh Allah itu faqir.

"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) Yang mengatakan: bahawasanya Allah miskin dan kami(yahudi) ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasanyYang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa Yang sentiasa membakar." (3:181)

12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka.

"Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu." (5:24)




Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Kantoi bodoh.

| comments

ALLAH tu kalau nak membuktikan sesuatu itu, terlalu mudah, manusia nei menipu lah macam mana pun,tak akan mampu melawan kekuasaan ALLAH.

Media tajaan UmnoApco cuba memburuk-burukkan Anwar, tuduh Anwar ialah seorang penyokong tegar yahudi. tapi sekarang terbukti jelas semua tuduhana itu begitu mudah disangkal.

Mungkin ALLAH sengaja mahu isu israel dicanang TV3 dan utuasan milik umno supaya akhirnya apa yang umno cuba selindung diketahui juga oleh rakyat

Malaysia ialah sekutu perniagaan Yahudi. sekarang tahulah kita, negara ini salah satu penyumbang peluru untuk anak-anak palestin,

Kenapa begitu, mudah jawapannya, setiap dagangan itu wang, wang itu digunakan oleh yahudi untuk beli perluru dan rampas tanah palestin. dan ya malaysia penyumbang ke pada terjananya wang itu.

Itu pun ada lagi yang nak menafikan.. katanya kapal ZIM kepunyaan syarikat yahudi itu cuma berlabuh, tak lebih dari itu. jom baca kata-kata nista dibawah

Ketua Korporatnya westport, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.

Menurutnya, ada kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.

Memang ada, tetapi hanya untuk singgah. Mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali kita melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu."

ohh mungkin benarlah kata-kata tu, tapi seperti yang "tukanglawan" katakan, kalau ALLAH tu nak tunjuk, kejap je. kata tak lakukan apa-apa dagangan, tapi kenapa tibax2 ada lori kontena bawak kontena ZIM melintas.. sudah-sudahlah menipu. kan dah Kantoi bodoh..

Sila lihat pada minit ke 11.15 dimana ALLAH menunjukkan memang malaysia berdagang dengan rejim yahudi...

Ini yang dinamakan Kantoi bodoh, buat kenyataan kononnya tiada perdagangan, ALLAH tunjukkan memang ada perdagangan bila kontena ZIM lalu ketika sidang media.



Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Al-kisah Menteri Lulus Dagang dengan Israel I (Menteri tipu dalam parlimen)

| comments


Pembongkaran isu hangat Kapal Israel masuk dan berdagang dinegara ini menggetarkan umnoapco, mereka yang selama ini menggunakan isu Isreal untuk cuba melagakan Anwar dengan Tuan Guru Nik Aziz namun nampaknya mereka hanya membuka pekung sendiri.

Akhirnya terserlah Malaysia menjalin hubungan dagang dengan Israel, entah barangan apa yang dibawa masuk dan entah barangan apa yang dibawa keluar, kita tidak tahu, tapi dasar orang meniaga, jika keuntungan jadi matlamat utama, mereka tidak fikirkan orang lain, apa yang mereka fikir hanya wang untuk mereka terus hidup mewah.

Malangnya ada punca wang tersebut juga menjadi penyebab air mata anak-anak palestin. ada yang jadi yatim piatu kerana ibubape mereka dirobek peluru Israel.

Isu perdagangan Malaysia dengan Israel sebenarnya telah dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen pakatan ('tukanglawan" akan dedahkan siapa dia kemudian),  ia dibangkitkan dalam sesi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas yang berlangsung tahun lalu.

Kenyataan dari blog beliau adalah seperti dibawah,

Dalam sesi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas yang sedang berlangsung sekarang, saya telah membangkitkan isu perdagangan di antara Malaysia dengan Israel.

Bermula dari perbahasan Belanjawan 2012 peringkat dasar bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, saya telah mengemukakan pertanyaan kepada Menteri untuk memberikan penjelasan berhubung satu dakwaan bahawa Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Negara Rejim Zionis Israel.

Pada 7 November 2011, Menteri telah memberikan jawapan bertulis kepada pertanyaan saya di mana Menteri telah menyatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk hubungan perdagangan dengan Israel lantaran dari Dasar Luar Negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan juga larangan perdagangan di bawah Akta Kastam 1967 (AKta Larangan Import dan Eksport) Pindaan 2008.



Jadi apakah menteri berbohong bila mengatakan Malaysia dan Israel tidak mempunyai sebarang hubungan dagangan, walaupun dasar tidak membenarkan, tetapi sebelum kenyataan menteri itu dikeluarkan, telah beberapa kali maklumat kapal Israel singgah di negara ini untuk berdagang di hebahkan.

Apakah menteri itu menipu atau tidak tahu ada kapal israel telah masuk ke Malaysia?

Jika mahu bukti kapal Israel masuk berdagang dinegara ini, Video dibawah cukup menceritakannya.


Apa pendapat anda, apakah kerajaan malaysia memang menjalin hubungan dagang dengan Israel?, jika ya mengapa kita tidak tahu, apakah ia sengaja disembunyikan?, untuk tujuaan dan kepentingan siapa?

Nantikan pendedahan bukti dokumen Kastam dalam siri ke 2 akan datang


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Antara Anwar, Najib, Hamas dan Israel

| comments

Sibuk sangat TV3 suku dan Utusan menyerang Anwar kononnya memnyokong Israel dan mahu meminggirkan perjuangan rakyat Palestin, akhirnya Umnoapco menjerat leher sendiri.

Pendedahan oleh Jingga13 mengenai bukti kemasukkan 2 buah kapal dari israel baru-baru ini menunjukkan betapa fasiknya kerajaan sedia ada, mereka kononnya amat suci sekali, mereka menyerang habis-habisan Anwar di media tanpa henti. akhirnya terserlah mereka sekutu dagang Israel,

Penyokong yahudikah Anwar bila pemimpin tinggi Hamas adakan pertemuan dengan Anwar, lebih penting ialah pemimpintersebut ialah Kalid Mashal, iaitu pengerusi Biro Politik Hamas.

Khalid Mashal adalah pengerusi Biro Politik Hamas dan salah seorang tokoh pimpinan Hamas tertinggi dan dihormati. Justeru pertemuan Anwar-Khalid itu dengan sendirinya membuktikan Anwar istiqamah dalam perjuangan dunia Islam,” Kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Untuk pengetahuan kita pengerusi Biro Politik Hamas adalah jawatan paling kanan dalam Hamas selepas pengasas pertubuhan itu sendiri, jadi apakah ertinya ini. jika Anwar penyokong yahudi, mana mungkin beliau sudi mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang itu.

Berbanding Perdana Menteri,Najib Razak yang membayar jutaan ringit untuk mendapat nasihat dari syarikat milik yahudi Apco Worldwide, Anwar dilihat lebih dipercayai gerakan Islam kerana sejarah perjuangannya bermula sejak zaman mahasiswa.

Jadi, sekarang tahukah kita siapa sekutu dagang Isreal yang menyumbang peluru-peluru bagi membunuh rakyat palestin, dan sapa pula yang diiktiraf Hamas sebagai sekutu mereka. ini antara Najib dan Anwar, siapa betul dan siapa salah.

Bila najib nak terima cabaran debat yang dibuat oleh Anwar?, rakyat dah lama tunggu.


Baca juga: 
1- Panas!!! Lebih Banyak Kontena Israel Akan Masuk Malaysia
2- Mahathir Hipokrit, Ada Hubungan Dengan Yahudi?
3-Anwar Jawab Isu Israel yang di"spin" umno

4-Jingga 13 dan Pemuda Pas Demo Bantah Kapal Israel
5-Najib Demam Lagi, Anwar Ajak Debat isu Israel


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

Najib Demam Lagi, Anwar Ajak Debat isu Israel

| comments

Kali ini memang najib akan demam dan terus kekejangan, senjata yang digunakan untuk cuba memburuk-burukkan Anwar sudah makan diri, Najib sekarang sudah tersepit, mungkin nak sebut nama Anwar pun Najib sudah rasa cemas, apalagi jika dengar perkataan "debat" sudah pasti najib akan terus demam.

Itu belum lagi bila tersebut perkataan "Israel" Najib sudah pastilah akan pengsan bertalu-talu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai isu Palestin- Israel, ini bukan main-main lagi. ini betul-betul satu cabaran dari Anwar, Najib pula jangan asyik mengelak, jangan la jadi perdana menteri yang pengecut.

Najib yang sebelum ini di Johor pernah dengan "angkuh" berkata, "jika anwar berdebat dengannya pasti Anwar akan demam" namun sehingga hari ini dengan pelbagai desakan dari banyak pihak, Najib terus mendiamkan diri. (baca sini)

Najib hanya berani bercakap, tapi terlalu takut untuk berhadapan dengan Anwar, sedangkan Anwar dengan terbuka berkata dia sanggup beri kelebihan buat Najib jika mereka berdebat (baca sini)

Menurut Anwar debat ini perlu bagi menjelaskan perkara sebenar ekoran pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepadanya sejak mutakhir ini.

Saya tak pernah ada hubungan dengan Israel. Siapa sebenarnya yang berurusan dengan kerajaan Israel? Parti mana? Habis kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Klang tu milik siapa?,” (baca sini) Soal Anwar di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.

Pimpinan kerajaan Umnoapco-Barisan Nasional (BN) termasuk Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berulangkali menafikan pembabitan mereka dengan Israel, walaupun bukti kukuh dibawakan.

Orang ini melalak, menjerit tapi nak berdepan tak berani malah Muhyiddin, Hishammuddin (Hussein) pun. Kita telah dedahkan dokumen, penglibatan kapal dan segala kelengkapan Israel yang berdagang di Malaysia.
Mereka kata Anwar ini bermuka-muka, menyokong Israel. Cukuplah dengan penipuan ini. Sekarang giliran rakyat untuk bangkit dan menolak kezaliman. Dan jika betul kita debat soal Palestin,” kata Anwar lagi

Sebelum ini Umnoapco dengan sengaja cuba melaga-lagakan hubungan Anwar dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan mensensasikan kenyataan bahawa beliau menyokong usaha bagi memastikan keselamatan Israel.

Anwar menegaskan isu Palestin-Israel adalah selari dengan pendirian Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan, aspirasi rakyat Palestin dihormati dan negara Palestin ditubuhkan.

Pendirian saya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah. Kalau nak iktiraf Israel, saya katakan prasyaratnya berat. Adakah Israel nak undur, nak serah Baitulmuqaddis? Kalau tidak, tak boleh ada hubungan (dengan Israel),” tegas beliau.

Ahhh.. umnoapco jangan berselindung disebalik TV3( baca sini AIC hantar memorandum pada media prima) dan Utusan lagi, segala rahisa kejahatan Umnoapco dah terbongkar, tak perlu lah menuduh orang untuk tutup jahat sendiri. 

Najib kalau anak jantan cepat la terima cabaran Anwar, dah lama sangat rakyat tunggu. takkan nak tunggu Umnoapco kalah baru nak berdebat. takkan Najib berani hanya setakat minum kopi dengan Anwar je. (baca sini)

Penakut rupanya, cakap bukan main, sekarang yang demam bukan Anwar, tapi Najib

Baca Lagi
1- Panas!!! Lebih Banyak Kontena Israel Akan Masuk Malaysia
2- Mahathir Hipokrit, Ada Hubungan Dengan Yahudi?
3-Anwar Jawab Isu Israel yang di"spin" umno

4-Jingga 13 dan Pemuda Pas Demo Bantah Kapal Israel
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit