Memaparkan catatan dengan label Tragedi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tragedi. Papar semua catatan

Menteri Menipu lagi, Kalau dah buih tu buih jugak.

| comments

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng berhubung kejadian kemalangan yang menyebabkan 17 cedera ketika Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Sabtu lalu.

Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata beliau sepatutnya memohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.

Ahmad Shabery menyalahkan takdir kononnya semua yang berlaku sudah takdir,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan semalam.

Kemudian katanya beliau menipu kononnya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman pihak penganjur.

Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononnya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia.

“Ini satu maklumat yang salah,
” ujar Chegubard.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) semalam tampil memberi penjelasan Ahmad Shabery bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor.

Ketua Pengarah Eksekutif MAM Datuk Razlan Razali mengakui bahawa MAM merupakan salah satu dari badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami,” katanya.

Menurut Razlan, pihak penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan melainkan dengan hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar
.

Tengok, menteri menipu, Kementerian buat acaran pun main ala kadar je, so kalau kementerian macam ni apa tugas sebenar kementerian?. Kementerian Belia dan Sukan buat program, jangan rasa selamat walaupun kementerian yang buat, sebab dia ingat dia menteri semua ok. sebab itu kelulusan MAM pun diorang tak mintak.

Yang berjoget dan gelekx2 macam hishamuddin dengan khairi buat tak perlu kelulusan, sebab halal bagi umno, tapi pak menteri benda yang melibatkan Nyawa ini kene ada kelulusan, itu pun tak tau ke?
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Tentera british bunuh orang kampung batang kali (mesti baca)

| comments



12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..

Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.

Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.

Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.

Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.

Satu kenyataan Surat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-

i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.

Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..

Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.
Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British
yang telah ditahan. 


Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun tiada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.

Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?

Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.



 Lagi video disini (harus tonton)

 @TUKANGLAWAN Fikir pasti ada sesuatu yang british mahu dari Malaya dulu.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Dah mula dah, Putus lagi

| comments


Dah mula dah,kes putus jari lagi nei. tiap kali bulan puasa orang melayu islam nei akan korbankan 2-3 batang jari akibat terlebih bijak..

Tak la salah sangat kalau rasa diri tu agak kaya dan suka habiskan duit untuk beli mercun, cakap MEMBAZIR pun korang tak paham apa , tapi jangan la terlebih bijak sampai nak ubahsuai mercun tu

mercun tetap mercun, tak akan  boleh jadi malatov coctail
Seorang remaja Nasrudin Mohd Nazli, 19 kehilangan tiga jari tangan kirinya akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat Kota Bharu kelmarin. tanpa perlu mengubahsuai mercun tersebut, kuasa letupannya kurang sedikit dari C4 ( bom yang digunakan untuk letupkan altantuya)

Mangsa,yang "hanya" putus ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah itu merupakan mangsa kedua akibat mercun di Kelantan tetapi merupakan mangsa pertama yang cedera teruk sehingga hilang jari.

Ketika ditemui di hospital, Nasrudin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika beliau dan seorang rakannya sedang menunggang motosikal di kawasan kampungnya.

"Masa tu saya dan kawan naik motor pusing kampung, saya yang membonceng kemudian cuba memasang mercun bola.,Selepas membakarnya saya cuba untuk melempar mercun itu tetapi tidak sempat menyebabkan ia (mercun) meletup di tangan saya," katanya.

Beliau berkata ketika "meraung - raung" kesakitan beliau melihat ketiga-tiga jarinya sudah tiada sebelum terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan dengan membonceng motor yang sama.


Mungkin selepas kehilangan 3 jari tangan barulah mangsa tersedar akan kegunaan dan fungsi sebenar jari jemari tangannya itu, sekarang mangsa akan mengalami kesukaran dan kesulitan untuk membuat banyak kerja-kerja harian.

Mungkin mangsa kini telah sedar bahawa berkali-kali diingatkan sebelum ini supaya menjauhi mercun, kerana ia merbahaya dan mungkin mengakibatkan kecederaan, namun semuanya sudah terlambat, beliau sudah kehilangan 3 jari tangannya dan beliau harus redha .



Bukankah kita disarankan memperbanyakkan ibadah dalam bulan puasa ini, berjimat cermat dan banyakkan sedekah,jadi buat la apa yang diminta , dapat jugak pahala, bukan main mercun, sudahkah membazir, jari tangan pun mungkin akan terkorban





@TUKANGLAWAN MIntak kita pantau dan jauhi dari membeli mercun, sayangi jari anak anda...



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"

Jahatnya UMNO ( united monkey nasional organisation)

| comments

Dalam kejadian tanah runtuh melibatkan rumah anak yatim di batu 14 (baca disini) Bridge Amal PAS menghantar pasukan paling ramai untuk mencari mangsa tanah runtuh di lokasi kejadian tersebut

Mereka juga di katakan sampai seawal jam 3 petang berbanding pihak UMNO yg hanya tiba pada pukul 4... mereka tidak di berikan liputan oleh media massa ... sebalik nya di FITNAH tidak memberikan bantuan ...

Dalam keadaan yang sangat genting dan kritikal itu tidak seharusnya umno menggunakan media massa untuk mencari publisiti , bukankah seharusnya dalam keadaan genting dan kritikal seperti ini, siapa pun tanpa mengira latar belakang politik dan agama harus membantu satu sama lain. namun kesepatan itu digunakan untuk kepentingan umno barisan nasional.

Adakah kerajaan seperti ini yang kita mahukan?, kerajaan umno barisan nasional yang sentiasa mencari peluang dan manipulasi mengaburi mata rakyat?. bukannya kerajaan yang sentiasa mengutamakan rakyat.

@TUKANGLAWAN Kesal sekali dengan sikap umno, adakah apa yang mereka lakukan selama ini Iklas kerana Allah , atau mereka cuma menangguk di air keruh?. biar rakyat sendiri yang menilai. kerana rakyat sudah tidak bodoh lagi, walaupun ada. cuma  segelintir. itu pun kerana rasa terhutang budi kepada BN, orang sudah naik kebulan , puak umno masih duduk dalam gua.

Projek Lynas: Panel IAEA perlu ikut piawaian keselamatan- Fuziah

| comments


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengingatkan panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang dilantik kerajaan Malaysia supaya mematuhi kod keselamatan IAEA dalam skop kerja penilaian mereka.

Beliau memaklumkan bahawa pakar tersebut akan membantu kerajaan Malaytsia membuat penilaian terhadap Lynas Advanced Material Plant (LAMP) dari 29 Mei hingga Jun ini.
“Kenyataan bahawa kerajaan Malaysia mengguna khidmat IAEA untuk menilai berhubung bahan berbahaya dan penggunaan material yang mengandung aktiviti radioaktif akan menjadi isu utama.
“Namun sekali lagi persoalannya adalah apakah ia mengikut piawaian keselamatan yang akan digunakan sebagai penanda aras,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Fuziah berkata, warga Kuantan memiliki hak untuk mengetahui standard yang digunakan, iaitu sama ada menggunakan piawaian negara China, Australia atau pun piawai IAEA antarabangsa.

“Panel pakar IAEA berkemungkinan adalah mereka yang pro nuklear dalam kapasiti mereka. Namun peranan mereka adalah sebagai penilai, bukannya menjadi ‘promoter’ untuk ‘tugas tertentu’ di Kuantan,” kata Fuziah.

Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN turut mengingatkan bahawa operasi di LAMP jauh lebih rumit dibandingkan dengan Loji Lynas di Mount Weld, Australia.

Apa yang menarik perhatian ialah, AELB (Lembaga Pelesenan Tenaga Atom) masih belum melakukan kritikan PEIA (Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar) terhadap LAMP.

“PEIA terhadap LAMP diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang pada 20 Januari 2008 dan diluluskan 3 minggu kemudian, iaitu pada 15 Februari 2008. Saya hairan mengapa terlalu mudah bagi JAS Pahang untuk meluluskan projek berisiko tinggi seperti ini?
“Ini mengukuhkan pandangan saya bahawa kerajaan Malaysia tidak berupaya untuk memantau atau menguatkuasakan undang-undang keselamatan untuk industri seperti LAMP,” kata Fuziah.

Dalam pada itu, katanya, Lynas pernah menggunakan piawaian negara China dalam permohonan terdahulu kepada kerajaan Terengganu pada 2007, untuk pembinaan projek itu
.
“Ini memperkuatkan hujah saya bahawa Lynas menggunakan piawaian yang berbeza ketika di Australia dan Malaysia.
“Lynas juga mengambil kesempatan dari kelemahan penguatkuasaan di Malaysia untuk mengemukakan cadangan menggunakan piawaian negara China.

Menurutnya lagi, panel penilai itu perlu memikirkan kesan terhadap 700,000 penduduk di Kuantan dan Kemaman, Terengganu dalam jarak 30 kilometer dari projek itu.

“Seluruh dunia akan melihat dengan penuh teliti bahawa panel penilai akan melakukan pemantauan dengan telus dan penuh tanggungjawab.
“Mereka perlu bertanggungjawab kepada nyawa 700,000 manusia di Zon Industri Gebeng yang dibina tanpa zon penampan ini. Panel penilai perlu bertanggungjawab kepada rakyat, terlebih dahulu daripada menjawab kepada kerajaan,kata Fuziah.

@TUKANGLAWAN Bertegas dengan pendirian tukanglawan selama ini, projek LYNAS harus dihentikan serta merta, jangan sampai berlaku banyak kerosakan dan masalah kesihatan penduduk setempat nanti baru mahu menyesal. apa kah pelaburan dan pembangunan itu lebih utama dari nasib rakyat seramai 700,00 orang itu. kerajaan BN jelas bukan kerajaan yang mampu diharap
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit