Projek Lynas: Panel IAEA perlu ikut piawaian keselamatan- Fuziah

| comments


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengingatkan panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang dilantik kerajaan Malaysia supaya mematuhi kod keselamatan IAEA dalam skop kerja penilaian mereka.

Beliau memaklumkan bahawa pakar tersebut akan membantu kerajaan Malaytsia membuat penilaian terhadap Lynas Advanced Material Plant (LAMP) dari 29 Mei hingga Jun ini.
“Kenyataan bahawa kerajaan Malaysia mengguna khidmat IAEA untuk menilai berhubung bahan berbahaya dan penggunaan material yang mengandung aktiviti radioaktif akan menjadi isu utama.
“Namun sekali lagi persoalannya adalah apakah ia mengikut piawaian keselamatan yang akan digunakan sebagai penanda aras,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Fuziah berkata, warga Kuantan memiliki hak untuk mengetahui standard yang digunakan, iaitu sama ada menggunakan piawaian negara China, Australia atau pun piawai IAEA antarabangsa.

“Panel pakar IAEA berkemungkinan adalah mereka yang pro nuklear dalam kapasiti mereka. Namun peranan mereka adalah sebagai penilai, bukannya menjadi ‘promoter’ untuk ‘tugas tertentu’ di Kuantan,” kata Fuziah.

Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN turut mengingatkan bahawa operasi di LAMP jauh lebih rumit dibandingkan dengan Loji Lynas di Mount Weld, Australia.

Apa yang menarik perhatian ialah, AELB (Lembaga Pelesenan Tenaga Atom) masih belum melakukan kritikan PEIA (Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar) terhadap LAMP.

“PEIA terhadap LAMP diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang pada 20 Januari 2008 dan diluluskan 3 minggu kemudian, iaitu pada 15 Februari 2008. Saya hairan mengapa terlalu mudah bagi JAS Pahang untuk meluluskan projek berisiko tinggi seperti ini?
“Ini mengukuhkan pandangan saya bahawa kerajaan Malaysia tidak berupaya untuk memantau atau menguatkuasakan undang-undang keselamatan untuk industri seperti LAMP,” kata Fuziah.

Dalam pada itu, katanya, Lynas pernah menggunakan piawaian negara China dalam permohonan terdahulu kepada kerajaan Terengganu pada 2007, untuk pembinaan projek itu
.
“Ini memperkuatkan hujah saya bahawa Lynas menggunakan piawaian yang berbeza ketika di Australia dan Malaysia.
“Lynas juga mengambil kesempatan dari kelemahan penguatkuasaan di Malaysia untuk mengemukakan cadangan menggunakan piawaian negara China.

Menurutnya lagi, panel penilai itu perlu memikirkan kesan terhadap 700,000 penduduk di Kuantan dan Kemaman, Terengganu dalam jarak 30 kilometer dari projek itu.

“Seluruh dunia akan melihat dengan penuh teliti bahawa panel penilai akan melakukan pemantauan dengan telus dan penuh tanggungjawab.
“Mereka perlu bertanggungjawab kepada nyawa 700,000 manusia di Zon Industri Gebeng yang dibina tanpa zon penampan ini. Panel penilai perlu bertanggungjawab kepada rakyat, terlebih dahulu daripada menjawab kepada kerajaan,kata Fuziah.

@TUKANGLAWAN Bertegas dengan pendirian tukanglawan selama ini, projek LYNAS harus dihentikan serta merta, jangan sampai berlaku banyak kerosakan dan masalah kesihatan penduduk setempat nanti baru mahu menyesal. apa kah pelaburan dan pembangunan itu lebih utama dari nasib rakyat seramai 700,00 orang itu. kerajaan BN jelas bukan kerajaan yang mampu diharap
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit