Memaparkan catatan dengan label Skandal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skandal. Papar semua catatan

Jom Lihat Siaran Langsung Pendedahan Skandal Kapal Selam di KLSCAH

| comments

Orang ramai dijemput mengikuti siaran langsung taklimat Scorpene oleh peguam Perancis yang diadakan di Hotel Changi Village, Singapura menerusi ruangan awam yang disediakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) bermula 12 tengahari ini.

Siaran langsung itu dibawakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu dijadual berlangsung dua jam.

Taklimat itu yang sepatutnya dibuat di Parlimen Malaysia terpaksa diubah ke Singapura sebagai lokasi alternatif berikutan halangan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam kenyataan berkata, taklimat tersebut akan merungkai banyak pendedahan dan maklumat baru berkaitan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Antara perkara penting yang bakal diketahui termasuk persoalan siapakah lelaki ketiga, apa peranan Altantuya, siapa Aminah Abdullah dan siapa yang dapat pasport Malaysia.

Kita juga bakal mengetahui nama dan alamat syarikat yang terbabit dalam urusniaga ini, siapa yang ambil duit komisen pembelian Scorpene, apa peranan Najib Razak dalam skandal ini termasuk bukti pertemuan Najib dan Altantuya di Paris. 

Semua ini dalam tangan peguam Perancis,” katanya.

Menurut Edy Noor, sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat.

Orang ramai dan semua pengamal media dijemput hadir. Jadilah antara rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke KLSCAH,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kenapa Najib Bagi Projek Sambungan LRT Pada Syarikat Tak Layak?

| comments

Yang ini memang najib kene jawab, kenapa syarikat yang sama sekali tak layak dapat projek sambungan LRT dianugerahkan projek yang melibatkan keselamatan rakyat tu.

 Saifuddin Nasution Ismail mempersoal mengapa George Kent boleh menang projek LRT sedangkan syarikat itu mendapat markah rendah dalam penilaian laporan Kementerian Kewangan.

Syarikat George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, tidak ada pengalaman dalam projek rel atau LRT, malah mendapat tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman.

Penilaian oleh syarikat perunding kejuruteraan yang telah metulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011  juga menyebut George Kent mendapat purata markah yang rendah dari syarikat lain, dan tidak diyakini untuk mengendali projek tersebut

Rafizi Ramli sebelum nei mendedahkan satu dokumen membuktikan jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan Najib telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai George Ken.

Persoalannya mengapa? najib kene jawab kenapa syarikat tak layak dan tak diyakini mampu mengendalikan projek ini diberi kontrak, ada apa-apa ke?

Mungkin bila najib sudah bukan Perdana Menteri baru semua rahsia akan terbongkar.

 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Penduduk demo Depan Kolam Udang Noh Omar?

| comments (2)

Betul ke penduduk kampung berdemo depan kolam udang milik noh omar yang beriya-iya
nak jadi menteri besar umno selangor tu?.. jom tengok gambar bawah ni.


Tak berapa jelas sangat tulisan nya, yang "tukanglawan" boleh baca sikit je.. , ni apa yg "tukanglawan" faham la ayat tu bunyi camni

"Apakah keistimewaan noh omar, dapat 30 ekar tanah? *********takdapatbaca************** berputih mata!"

Hurmm.. susah nak jawab ni, biar kita baca komen kawan kat facebook je la.



Dan lagi pembongkaran paling best tentang lokasi dan pekerja kolam udang kepunyaan pejuang bangsa melayu asli yang sangat cinta muaah-- muaah pada melayu sebangsanya


Hah, lepas disiasat rupanya ada kena mengena dengan tanah 30 ekar .. jeng.. jeng.. jeng... ( ingat khir toyo?.. ingat Sharizat ?.. satu kapal dengan Noh tu  ).. hurrrmmm itu mesti tanah kepunyaan melayu tu....

Tapi puak umno akan spin cerita ni, diorang kata hasil siasatan penduduk ni demo depan kolam udang noh omar sebab udang tu tak sedap....

Takpe la, kita tunggu noh omar jawab, dia kan suka kuar paper kebelakangan nei.







Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ribut Scorpean melanda Malaysia

| comments

Mahkamah Luar negara sudah mula pun bicara hal berkaitan skandal Scorpean yang melibatkan Najib Razak dan Razak baginda, tapi kes ini kalau cerita pada orang kampung, ramai yang tidak tahu, ini semua peranan media yang menutup isu ini dari perhatian umum.

Bila kes ini sudah mula dibicarakan di mahkamah negara luar, bermaksud ini bukan satu tuduhan tidak berasas, memang ada kes kerana ianya sudah menjadi perhatian antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis seluruh negara agar siasatan dan pendakwaan berhubung penglibatan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dalam skandal urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dan penjualan dokumen rasmi pertahanan negara dimulakan segera.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, setakat ini 10 negeri selesai membuat laporan manakala selebihnya akan menyusul sehingga Jumaat ini.

Laporan tersebut digerakkan melalui jentera AMK Negeri yang diketuai Ketua AMK Negeri masing-masing.

Shamsul berkata, laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuka kertas siasatan sebagai langkah susulan jika tiada respon segera dan telus oleh pihak PDRM kerana didapati adanya elemen rasuah.

Laporan polis dan SPRM adalah untuk memastikan agar kasus berprofil tinggi yang melibatkan Najib Razak termasuk pihak berkaitan dengan kes penyelewengan paling korup dalam sejarah politik negara ini tidak ditutup dan tidak terlepas daripada muka pengadilan akibat kesalahan penggunaan kuasa dan pengaruh politik sewenang-wenangnya” katanya dalam satu kenyataan

AMK sehubungan itu menyelar tindakan Perdana Menteri dan mereka yang terlibat dalam perbuatan jenayah dagangan di mana ianya melibatkan jumlah transaksi melampau bagi tujuan peribadi serta sanggup menjual kehormatan negara. 


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Abislah Duit Pencen Bapak Kita

| comments

Terkejut "tukanglawan" bila dapat tahu bahawa Najib dah gunakan duit dari tabung Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) untuk selamatkan MAS ( Malaysia Airline ).

Itu pun "tukanglawan" tahu bila tonton kembali Video Ceramah Merdeka Rakyat oleh DSAI di Ampang beberapa hari lepas. ( tonton disini )

Tindakan membenarkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melanggan sepenuhnya bahagian pertama RM1.0 bilion Sukuk Juniro Kekal terbitan Malaysian Airline System Bhd (MAS) itu dipesoalkan tindakkannya kerana ianya sangat berisiko apatah lagi melibatkan wang pencen rakyat.

Silap-silap lepas ni , bapak kita tunggu duit pencen tak keluar- keluar hak diorang tu.

"Bon ini tidak ada penarafan, tidak ada jaminan, tiada tempoh masa dan sangat berisiko tinggi.

"Sebab itu kita mintak penjelasan kerajaan kenapa KWAP melanggan,
"  kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor . 

Beliau juga mengingatkan bahawa MAS telah tiga kali diselamatkan atau ‘bailout’ oleh kerajaan.

Meskipun sukuk kekal tidak datang dengan jaminan oleh kerajaan, beliau amat khuatir bahawa ia akan berakhir dengan dana KWAP berdepan dengan risiko kerugian dan bakal sekali lagi diselamatkan oleh kerajaan atas nama menjaga kepentingan dana rakyat

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit