Memaparkan catatan dengan label Sharizat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sharizat. Papar semua catatan

Bekas Hakim Negara Akan bantu Rafizi?

| comments

Ini berita terbaru yang akan buat, najib, Rosmah, Sharizat serta pencacai umno sekelian termenung panjang, bukan setakat termenung, dahi mereka juga akan mengeluarkan cecair yang dipanggil "peluh dingin".

rafizi malam tadi telah dihubungi oleh Bekas ketua hakim Negara, Tun Salleh Abas yang menyatakan hasrat peribadinya untuk membantu Rafizi dalam menangani kes penangkapan "bergari" melibatkan pendedahan Rafizi tentang Salah guna Dana lembu yang telah digunakan untuk "beri lembu tinggal dalam kondo"

Penganiayaan terhadap "lembu-lembu yang dipaksa tinggal didalam kondo" itu mencetus fenomena "lembu merah" yangs sangat menakutkan KERAjaan sehingga Sharizat berhenti dari jadi menteri.

Rafizi minggu ini telah ditangkap polis kerana membongkar wabak "lembu merah" yang dikuatiri akan membawa kepada berkuburnya umno tidak lama lagi.


Sekian melaporkan.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Hiburan Petang, Imbas Kembali Salah Laku Umno

| comments (2)

Walaupun ini bulan puasa, tapi tidak salah jika kita terus mendedahkan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat kan.

Nah, sebagai hiburan kita petang-petang ni, elok kita ingat lihat video dibawah ni. jadikan pengajaran.

Ingat, bila kita dipinjamkan kuasa oleh ALLAH, jangan sesekali menyalahgunakannya, jangan gunakan kuasa itu untuk kepentingan sendiri, berdosa buat begitu,apa lagi menyalah guna wang rakyat, lagi la berdosa.




Harap video diatas menjadi pengajaran, jangan khianat pada rakyat, sampai bila-bila rakyat akan ingat.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tak Sabar tunggu Filem Komedi NFC

| comments

Jangan tak percaya pulak, tak lama lagi kita akan dapat menonton filem baru yang diadaptasi dari cerita sebenar lembu yang tinggal dalam kondo mewah.
Yang lebih menarik lagi, Kisah NFC yang akan difilemkan itu akan diolah dalam bentuk yang melucukan, bersesuaian dengan banyak kisah lucu yang berlaku dalam negara ini.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, rancangan untuk menerbitkan filem mengenai Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dan isu National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam perbincangan bersama pengarah filem Hishamuddin Rais

"Bagi saya politik ini kalau ceramah, serius, bosan. Saya nak lebih daripada ceramah. Politik ini mesti ada satu nilai artistik.

"Filem ini mungkin selama 45 minit dan akan pastikan supaya lebih kepada komedi dan seninya bukan terlalu banyak mesej politik. Soal siapa pelakonnya, saya serah pada Hisham (Hishamuddin)," kata Rafizi.

Idea asal membawa cerita lucu itu ke layar perak diumumkan Rafizi dalam ceramahnya di Kuala Lumpur malam kelmarin, tapi "tukanglawan" tak berapa setuju kalau setakat 45 minit, kisah lucu berkenaan lembu kalau 4 jam pun pasti tak berenti gelak bila tonton.

Kalau boleh lama la sikit, kah..kah..kah

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Kondo, Sharizat Dicabar Istihar Harta - Jingga 13

| comments


Berikutan pendedahan pembelian yang dibuat oleh pengarah strategik Keadilan semalam berkaitan bukti pembelian dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura bernilai RM34,562,784 oleh keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Jingga 13 pagi ini  tampil bagi mengemukakan bukti "lengkap" terbaru untuk disiasat oleh SPRM kerana ianya dilihat satu penyelewengan dan salah guna kuasa yang sangat berat oleh keluarga menteri pembangunan wanita dan masyarakat itu berkaitan penyaluran dana NFC bagi tujuan ternakan lembu.

Dana bernilai RM250 juta itu disalurkan kepada NFC adalah bertujuan untuk menambah bekalan daging mentah dipasaran tempatan yang dirasakan tidak mencukupi , bagaimana pun dana tersebut didakwa telah diselewengkan.

Jingga 13 sebelum ini telah banyak mengemukakan laporan kepada SPRM untuk siasatan mereka, antaranya pembelian 1 unit kondo mewah One menerung di bangsar, pendedahan eklusif pembelian kondo mewah di Orchad Scoot Singapura, pembelian kenreta mewah jenama mercedes yang berharga hampir RM600 ribu, percutian mewah keluarga tersebut, pembelian 2 bidang tanah serta laporan penggunaan kad kredit atas nama individu yang dibayar menggunakan dipercayai wang dana untuk ternakan lembu. dan banyak lagi pendedahan.

Selain membuat laporan kepada SPRM , Jingga 13 juga hari ini secara terbuka telah mencabar menteri pembangunan wanita dan masyarakat itu untuk

1- Menafikan adanya pembelian dua unit kondo mewah yang dibeli keluarganya di Marina Bay Suite, Singapura

2-Mengisytiharkan harta beliau dan seluruh ahli keluarga beliau dalam tempoh 2008 sehingga 2011.

3- Menjelaskan bagaimanakah keluarga beliau mampu menanggung bayaran balik bulanan pembelian kondo tersebut yang cukup besar jumlahnya. Anggaran berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh balik bayaran 25 tahun menunjukkan Dato seri Shahrizat perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai kedua-dua kondominium mewah tersebut.

Persoalannya apakah sharizat akan tampil untuk menafikan perkara ini, rakyat mahu tahu kerana wang yang disalurkan adalah wang rakyat dan ianya melibatkan kepentingan rakyat.

Apakah menteri-menteri umno diberi kebenaran untuk menggunakan wang ini seolah-oleh itu milik mereka, dan selepas sharizat, apakaha da menteri lain yang juga menyelewang wang rakyat menggunakan kedudukan mereka.

Jika ini caranya menteri umno menguruskan negara, mereka perlu dibawa kemuka pengadilan, mereka ini telah mengkhianati rakyat.

Saksi penting akan selak kain kak jat

| comments


Saksi penting National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail yang mendakwa dijadikan mangsa kambing hitam apabila dituduh merasuah anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes tersebut akan memberikan kerjasama kepada keADILan bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam skandal NFC


Datuk Shamsubahrin Ismail berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana didakwa menipu seorang pemandu teksi dan kes melibatkan isu membekal pembantu rumah, namun ketua wanita KeADILan percaya tuduhan itu sengaja dikenakan untuk mendiamkan Shamsubahrin agar beliau tidak memberi kerjasama kepada KeADILan.

Kita nampak (pertuduhan) ini usaha mendiamkan Shamsubahrin, menakutkan beliau agar tidak memberi kerjasama kepada kita., Jadi sekarang Shamsubahrin akan bekerjasama dengan kita dan mendedahkan (skandal NFC) kepada kita,” kata Zuraida.

Terdahulu  KeADILan mendedahkan Shamsubahrin diberikan cek bernilai RM1.755 juta oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail untuk merasuah polis dan SPRM yang menyiasat NFC.

Beliau bagaimana pun menjadi kambing hitam apabila ditahan atas dakwaan cuba menipu Mohamad Salleh.



 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit