Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

Awas UmnoApco sedang menjual negara..

| comments



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi (belum lagi yang baru diambil butir diri mereka) merupakan tindakan bahaya kerana ia dilihat sebagai mengadai dan menjual negara sendiri.

Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan. di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka, kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN". Kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa


Beliau berkata demikian  ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi.


Tegasnya, "kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu."
Hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya.

Konspirasi itu begitu membahayakan dan rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya.dan boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang., katanya lagi




"tukanglawan" ajak semua orang fikir sejenak, kita ambil satu contoh, mungkin bilangan warga asing yang mendapat kerakyatan lebih tinggi dikalangan wanita, kerana ada "awek-awek indon" yang masuk ke negara ini bukan berniat untuk sekadar "cari makan," ada juga yang berniat untuk "mencari laki" untuk jadi "orang malaysia" mereka berkahwin dengan warga tempatan, lalu dijadikan warganegara (semudah itu)

Berapa banyak pula awek-awek Indon yang jadi punca keretakan rumah tangga, kerana si "suami" ramai yang hanyut digoda golongan ini, dan ramai lagi menjadi "lauk" lelaki-lelaki kesunyian yang mahu "menyimpan" wanita,

Itu belum lagi kes nepal bergaduh rebut perempuan, bangla menggoda isteri orang dan bermacam-macam lagi
tidakkah kebanjiran warga asing ini membawa permasalahan sosial?, namun kerajaan bermurah hati memberi mereka kewarganegaraan sesuka hati.(pastio ada agenda tersembunyi bukan)

Dan kalau JPN berani, beri la daftar mereka-mereka yang diberi kewarganegaraan itu, kerana rakyat semua mahu tahu, apa kerjaya dan sumbangan mereka, adakah mereka doktor  atau jurutera, adakah mereka Ahli sukan atau artis popular , atau adakah mereka hanya pekerja kilang, atau " perampas laki orang"



itu hanya satu contoh kecil, belum lagi contoh lain , soal peluang kerja, peluang meniaga dan lain-lain lagi, mereka datang untuk "jadi kaya" dan adakah mereka akan membiarkan sahaja peluang yang ada walaupun itu hak rakyat malaysia? fikirkanlah, ini negara kita,bukan negara kita.. JOM TUMBANG BN, SEBELUM NEGARA TERGADAI




@TUKANGLAWAN Mintak anda naik komuter atau bas, siapa lebih ramai, adakah anda dapat duduk atau tempat anda telah diambil bangla dan indon dan anda terpaksa berdiri?, fikirla dimana tempat anda ?.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Jahatnya UMNO ( united monkey nasional organisation)

| comments

Dalam kejadian tanah runtuh melibatkan rumah anak yatim di batu 14 (baca disini) Bridge Amal PAS menghantar pasukan paling ramai untuk mencari mangsa tanah runtuh di lokasi kejadian tersebut

Mereka juga di katakan sampai seawal jam 3 petang berbanding pihak UMNO yg hanya tiba pada pukul 4... mereka tidak di berikan liputan oleh media massa ... sebalik nya di FITNAH tidak memberikan bantuan ...

Dalam keadaan yang sangat genting dan kritikal itu tidak seharusnya umno menggunakan media massa untuk mencari publisiti , bukankah seharusnya dalam keadaan genting dan kritikal seperti ini, siapa pun tanpa mengira latar belakang politik dan agama harus membantu satu sama lain. namun kesepatan itu digunakan untuk kepentingan umno barisan nasional.

Adakah kerajaan seperti ini yang kita mahukan?, kerajaan umno barisan nasional yang sentiasa mencari peluang dan manipulasi mengaburi mata rakyat?. bukannya kerajaan yang sentiasa mengutamakan rakyat.

@TUKANGLAWAN Kesal sekali dengan sikap umno, adakah apa yang mereka lakukan selama ini Iklas kerana Allah , atau mereka cuma menangguk di air keruh?. biar rakyat sendiri yang menilai. kerana rakyat sudah tidak bodoh lagi, walaupun ada. cuma  segelintir. itu pun kerana rasa terhutang budi kepada BN, orang sudah naik kebulan , puak umno masih duduk dalam gua.

Susu 1 malaysia buat pelajar sakit perut

| comments

Tukang lawan siarkan artikel berkaitan susu sekolah sebelum ini sila baca disini dan tukang nak ulas lagi betapa bahanya perkara ini jika projek ini jatuh kepada kroni.





KUANTAN, 20 Mei - Pendedahan Pahang Daily Online (PDO) berkaitan lebih 50 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Hwa dan 20 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min dekat sini muntah-muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas meminum susu sekolah "1Malaysia" pada 18 Mei lalu benar-benar telah mengejut semua pihak terutamanya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP). Khabarnya semalam, rombongan JPNP telah membuat tinjauan ke sekolah terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang insiden ini. Malah, mereka terkejut kerana ia didedahkan di blog ini sedangkan pihak media sebenarnya masih belum dapat menghidu kejadian pada hari itu. Paling mendukacitakan, terdapat maklumat mengatakan pihak JPNP cuba menyiasat siapakah "guru" yang telah menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak kami. Mereka sepatutnya menyelesaikan masalah yang mengganggu para pelajar itu, sebaliknya mereka pula cuba untuk menyiasat pemberi maklumat yang berkenaan. Soalnya, kenapa mereka mahu menjejaki pemberi maklumat sedangkan pokok utamanya ialah menyelesaikan masalah yang berlaku. Kami tidak teragak-agak akan mendedahkan nama-nama pengawai terbabit jika mereka terus menekan pihak sekolah mendedahkan siapakah yang memberikan maklumat berkenaan insiden itu. Kami cuba menyiasat rahsia besar disebalik isu susu sekolah 1Malaysia yang menjadi kontroversi ini.

Projek susu sekolah untuk kroni - awas susu ini merbahaya

| comments

Jika anda seusia dengan tukang lawan, anda tentu ingat lagi akan projek susu sekolah, tahukah anda projek susu dilaksanakan hampir di seluruh dunia sehingga sekarang termasuklah dinegara kita.

Matlamat asal pemberian susu ini sebagai makanan tembahan ialah untuk membekal kan khasiat yang terkandung didalam susu tersebut untuk membantu pembesaran kanak-kanak
kerana ianya didapati amat berkesan dan membantu perkembangan fizikal dan mental



Iran adalah negara yang mengeluarkan perbelanjaan tertinggi di dunia untuk menjayakan projek susu sekolah ini. Kejayaan projek susu sekolah di China dan Thailand umpamanya telah melahirkan generasi muda yang lebih tinggi dan tegap, begitu juga di Eropah dan Amerika.

Tetapi khabarnya dimalaysia matlamat utama program ini bukan untuk memberi khasiat pemakanan kepada pelajar sekolah rendah, tetapi hanya memberi projek dan kekayaan kepada kroni pak menteri yang rata-rata telah lanjut usia.

Satu sumber memberitahu akan sebuah syarikat yang mendapat projek membekal susu pada kanak-kanak di sekolah-sekolah negeri pahang adalah milik kroni najib sendiri, dan kita semua telah tahu akan kesan buruk jika sesuatu projek itu diberikan kepada kroni mereka, perkara utama yng harus dipertimbangkan ialah kualiti barangan tersebut,

Sumber menyatakan Susu yang dikotakkan itu diimport dari Korea ,dan apa yang amat meragukan ialah kos membeli susu tersebut daripada pembekal susu tersebut begitu murah berbanding susu yang dibekalkan dari Sabah atau kawasan lain di negara kita.

Bayangkan susu yang dimport dari Korea lebih murah dari susu tempatan?. Sungguh tidak masuk akal dan pasti ada sesuatu yang tidak betul berkaitan kualiti susu dari Korea

Besar kemungkinan susu yang dibeli dari Korea sudah hampir tamat tempoh dibekalkan oleh syarikat terbabit (yang dapat projek susu 1Malaysia). Kerana dipercayai pihak syarikat berkenaan telah pergi ke seluruh kilang susu di Malaysia untuk mendapat harga yang paling murah tetapi tiada syarikat di Malaysia yang sanggup membekalkannya. Lantaran itulah mereka terpaksa import susu dari Korea yang kualitinya diragui.

Bayangkan jika anak anda atau kaum keluarga anda meminum susu itu, apa yang dikhutiri ialah ianya mungkin memudaratkan kesihatan, malah lebih teruk ialah keracunan makanan.

Kos keseluruhan untuk projek ini dikatakan berjumlah mencecah RM700 juta ringgit, dengan jumlah kewangan sebanyak itu, seharusnya susu tersebut sudah tentu susu terbaik yang boleh didapati, susu yang menjamin pembesaran yang bagus. Bukan susu terbuang yang mungkin akan memudaratkan.

Sumber mengatakan projek tersebut sebenarnya dimonopoli oleh kroni pemimpin tertinggi UMNO sendiri iaitu bagi wilayah selatan kroni TPM Muhyiddin Yassin, bagi negeri Pahang dan wilayah tengah pula diberikan kepada kroni PM Najib Razak

Soalnya, jika benar dakwaan itu maka wajarlah ia ditamatkan serta merta kerana jelas sekali mereka sanggup menipu rakyat dalam hal ini. Lebih mengejutkan susu tersebut juga tidak mempunyai tanda halal JAKIM yang telah disahkan.

@TUKANG LAWAN takut nak minum susu sekarang, takut sumbernya diragui, mana lah tahu susu sudah nak tamat tempuh lalu dicampur pengawet mayat pulak untuk buat susu tu tahan lama, mana lah tahu, orang kalu asyik fikir duit dia takkan fikir bende lain... khabarnya juga susu tepung dah naik harga.. betul kew?
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit