Memaparkan catatan dengan label Sebaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sebaran. Papar semua catatan

Terima kasih BN.. Berita tentang TOL.

| comments


Inilah hadiah teristimewa buat rakyat 1Malaysia dari kerajaan umnoapco barisan nasional. khasnya buat pengguna sering menggunakan laluan cheras - kajang,

Sudah sinonim dengan kerajaan umnoapco barisan nasional ini, tiada barang atau perkhidmatan yang tidak dinaikkan harganya., rekod  pencapaian umnoapco memang sangat jelas menyatakan hal itu.

Minyak naik lalu bawak harga barangan naik, makanan tiba-tiba jadi mahal,. sayur , ikan dan barang mentah sudah tidak macam dulu, anak-anak kebulur tak dapat zat makanan yang cukup. kemudian harga gula pula dinaikkan, walaupun baru naik beberapa sen saja, tapi kesannya sangat jelas, mungkin pak-pak menteri atau ketua cawangan umnoapco tidak la terbeban, projek mereka banyak, namun rakyat biasa nei macam mana?.

Itu belum lagi kira harga roti  naik, tepung naik, dan paling kejam harga roti pun naik juga. orang bujang, dulu kalau sebungkus mee segera baru 60sen harganya,kini dah berharga RM1. tu pun tak sedar lagi kew?.


Rata-rata penduduk malaysia nei bukanlah senang sangat, kos hidup makin naik ( hasil pentadbiran kerajaan umnoapco) tapi gaji kekal pada paras lama, pak menteri dan setiausaha cawangan umnoapco mana rasa, perojek sampingan mereka banyak.

Nak pulak sekarang, najib jadi PM, sebagai bini kepada rosmah.. mana dia tahu kesusahan rakyat, lahir dalam keluarga berada, perkara paling susah si najib pernah buat ialah kayuh basikal pegi beli nasi lemak.

Pernah ke najib rasa kesengsaraan hidup, naik bas pun naik bas yang layak panggil limosin besar, tak sama langsung dengan bas yang selalu dinaiki rakyat marhaen, lepas tu kecoh konon memahami hati dan kesengsaraan rakyat.

Memahami konon, menipu lebih umnoapco nei, mereka mudah lupa, rakyat sekarang tak mudah termakan gula-gula umnoapco.


Berbalik kepada isu tol ini, memang habis la penduduk sekitar kajang dan cheras nanti, PRU13 nei kalau BN menang lagi, umnoapco kata nak kikis poket rakyat lagi. tol nak dinaikkan.tindakan ini mungkin hasil tunjuk ajar syarikat penasihat israel, Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini berkata, kadar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang akan dinaikkan pada tahun 2013.

Paling best sekali ialah konsesi berkenaan juga dilanjutkan sehingga 2030 kali ini kerana konsesi berkenaan telah dilanjutkan selama dua tahun pada Disember 2002, kata menteri kerja raya rejim umnoapco tu lagi.. 

Maka selepas PRU13 nei, jika umnoapco menang lagi, maka rakyat bukan sahaja akan terbeban dengan bayaran ansuran kereta, rumah, cukai berbagai cukai, malah lebih teruk oleh kenaikan berlipat kali ganda barangan lain, kenaikan petrol, harga makanan, caj telekomunikasi dan khabarnya GST ( cukai perkhidmatan).

Sudah tentulah oleh kerana tekanan hidup berganda selepas itu, jenayah akan meningkat, masalah sosial akan meningkat dan berbagai masalah lain lagi akan timbul. terima kasih kepada umnoapco kerana menjadikan rakyat malaysia ini sebagai balaci untuk mengkayakan kroni mereka.

Cuma satu jalan sahaja yang kita ada untuk menghalang ini semua harus terjadi, kerajaan korup kurap umnoapco barisan nasional ini perlu dipencenkan oleh sekelian rakyat semua, semua kita harus keluar mengundi pakatan rakyat untuk menghalang umnoapco terus angkuh memegang kuasa dan memperbodohkan rakyat.

Tapi kita tak perlu risau sangat, kerana najib sering buat "magic". disaat berita ini nanti mula panas, najib akan jadi hero dengan menyatakan dia perihatin tentang masalah rakyat, dan kerajaan umnoapco sedia memansuhkan tol pula. contoh yang ada ialah bila syarikat talikomunikasi mahu kenakan cukai 6% sebelum ini. akhirnya najib muncul dan jadi perwira, kononnya dia lah penyelamat dalam keadaan runcing itu.

Ahahaha.. tak apa lah najib, apa pun rakyat mahu bangkit pencenkan umnoapco, dan mungkin selepas itu najib atau rosmah boleh berehat di tempat yang sepatutnya, mungkin juga menteri kabinet umnoapco sekarang boleh turut serta sekali..

Kalau rakyat mahu tengok itu terjadi, jom pencenkan umnoapco.



@TUKANGLAWAN Sedang belek 10 janji pakatan rakyat, antaranya hapuskan tol .




"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"



Awas, Kek Lapis guna mentega babi.

| comments



Dengar cerita banyak industri kek lapis selalu guna mentega  'Pure Creamery Butter-Golden Churn'  yang disahkan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi sebagai bahan utama pembuatan kek lapis mereka, dan pengisytiharan Jabatan Agama Islam Sarawak pada 19 Julai lepas berkenaan "haramnya" mentega jenis ini telah menyebabkan industri makanan ini terjejas teruk.

Hari ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula buat pengesahan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Othman Mustapha ketua pengarah JAKIM, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,"  Katanya lagi

Othman juga meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.


Pengusaha industri makanan yang pernah menggunakan produk "babi" itu juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Mungkin ramai pengusaha kek lapis sudah lama menggunakan mentega ini, mungkin sedap sangat atau murah agaknya sehingga jadi bahan utama dalam resepi  kek lapis ini,tak perlu la kita salahkan mereka, kerana pengusaha ini juga tertipu.mereka pun tak tahu ade "babi" dalam mentega tu...

Mungkin jika JAKIM dan kerajaan lebih serius dan ketat dalam pengawalan produk di pasaran, tidak la ramai yang termakan kek berperisa "babi " ini., bukankah puak umno dan menteri apco selalu laung, ini negara islam? tapi mengapa kawalan barangan seperti ini sangat lemah, mana penguatkuasaan?

Seingat "tukanglawan" mentega jenis ini dah terlalu lama berada di pasaran. dan pasti ramai antara kita sudah "termakan" makanan yang dicampur DNA babi.



@TUKANGLAWAN Terfikir DNA mak babi kew atau "anak babi".




"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"


Perarakan bantah projek Lynas

| comments





KUALA LUMPUR 20 mei 2011: Kira-kira 500 orang berhimpun di depan kedutaan Australia bagi membantah projek pusat pembinaan pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Mereka bergerak dari masjid As Syakirin KLCC menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat tadi.
Perarakan itu anjuran People’s Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas.
Mereka mengiringi enam wakil menghantar memorandum bantahan berhubung sisa radioaktif yang dihasilkan projek berkenaan.
Peserta perhimpunan turut melaungkan slogan ‘Hancur Lynas, Hidup Rakyat’ ketika tiba di kedutaan itu.
Jurucakap bagi NGO itu Vincent Chiam, berkata, mereka mendesak Lynas menamatkan operasi pembinaan projek nadir bumi itu sebelum 31 Ogos ini, sempena hari kemerdekaan yang jatuh pada tarikh tersebut.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir menyatakan sokongan ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvam.
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan dan Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri turut menyertai perhimpunan berkenaan.
Sebanyak enam trak polis lengkap dengan water canon dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan namun tidak ada  sebarang tangkapan dilakukan.

Pengenalan program 10 janji dalam masa 100 hari

| comments



Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:
1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

sila klik sini untuk muat turun lampiran program 100 hari
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit